ZUL MUHAMMAD

20 RESEPI MASALODEH PALING SEDAH YANG DAH RAMAI CUBA



20 RESEPI MASALODEH PALING SEDAH YANG DAH RAMAI CUBA - Kuih Masalodeh ialah kuih yang paling saya suka di dunia. Ha..Giteww.. Paling suka di dunia ni tau. kalau ada ternampakorang jual kuih masalodeh ni comfirm saya beli. Tapi nak dapatkan kuih masalodeh yang paling sedap, gebu di dalam, rangup di luar memang la susah.

Nampak sangat nak membuat kuih Masalodeh ni memerlukan kemahiran dan teknik yang luar biasa hebatnya. Hahhaha..

Bahana-bahan untuk buat kuih masalodeh ni lebih kurang sama je.. Tapi ada sedikit perbezaan bahan tambahan untuk menyedapkan lagi kuih masalodeh.. Sukatan bahan juga membezakan kuih tu dalam kategori sedap atau pun tidak. Memandangkan citarasa tekat manusia ni lain-lain dah tentu ada bermacam resepi masalodeh yang ramai dah kongsi.

Ada orang suka kuih masalodeh yang lembut luar dalam, ada yang suka kuih yang garing sampai ke dalam dan ada yang macam saya lebih suka kuih yang rangup di luar gebu di dalam.

Biasa nak dapatkan garing dan gebu tu saya tebalkan sikit kuih tu. kacang dhal tak perlu kisar sampai halus sangat. Tambah air sikit semasa blend.

Untuk memudahkan lagi korang membuat kuih masalodeh ni, disini saya kongsikan 20 resepi kuih masalodeh yang di kongsikan ramai blogger masakan di Malaysia dan ada juga resepi dari facebook.




1- Resepi  Masalodeh Sumber: Jamilah Jamaludin
Bahan-Bahan nya:

Kacang dhal
Halia
Bawang putih
Jintan Manis
Bawang merah
Cili Kering
Daun Kari
Garam

CARA-CARA:
1.Rendamkan kacang parpu/kacang dhal semalaman. Basuh elok-elok dan toskan untuk keringkan.



2.Blend kacang dhal tadi menggunakan blender bahan-bahan kering. Blend hingga teksturnya ada yang halus dan ada yang kasar.

3.Tumbuk kasar halia, bawang putih dan jintan manis.



4.Hiris bawang merah, cili kering dan daun kari.



5.Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam kacal dhal. Masukkan garam secukup rasa untuk perasakannya.



6.Gunakan senduk yang bulat untuk bulatkan kuih anda.




7.Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan. Dah siap! Rangup, mudah & sedap!



2- Resepi Masalodeh Sumber: Kuali Mama

Resepi Masalodeh Rangup Diluar Gebu Didalam
Bahan-bahan:

500 gm kacang dhal - direndam selama 2 jam
3 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
2 helai daun kari - dihiris
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
30 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Photo: Kuali mama


CARA MEMASAK:

1. Kacang dhal dikisar tanpa menggunakan air. Kemudian dimasukkan ke dalam bekas adunan.

2. Campurkan bawang besar, cili hijau, halia, daun kari, jintan putih dan jintan manis, air dan garam secukup rasa.

3. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan tekan sedikit tetapi jangan terlalu leper.

4. Akhir sekali, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng adunan tersebut. Apabila cukup garing dan warnanya perang, bolehlah diangkat.

5. Sedia untuk dinikmati dan lebih enak ketika masih panas.


3- Resepi Masalodeh Sumber: Resepi Dapur Nuoi

Resepi Kuih Masalodeh Rangup

Bahan-bahan:-

1 cawan kecil Kacang dhal - rendam dalam 1/2 jam
lepas tu blender semua kacang dhal yang sudah kembang tadi

Bahan2 Penyedap Rasa Mosalodeh

1 biji bawang merah - tumbuk
1 inci halia- tumbuk
1/2 sudu jintan manis - tumbuk
1/2 sudu jintan putih - tumbuk
Daun kari - hiris
3 biji cili kering- hiris
1/4 susu serbuk penaik
1/4 sudu tepung beras
Garam secukupnya

Photo: Resepi Dapur Nuoi


Cara-caranya:

Masukkan semua bahan penyedap rasa masalodeh, gaul2 sebati..

Bulatkan lawa2 kemudian tekan perlahan2 bagi leper, orter bagi cun2, ikut suka nak tebal mana..

Tunggu minyak panas dulu, kemudian goreng dengan api kecil sampai garing dan masak..

Dah masak, boleh makan panas-panas dan rebut-rebut.😬🤤


4- Resepi Masalodeh sumber: Resepi Bonda

Resepi Kuih Masalodeh

Bahan-Bahan:

300gm kacang dal – rendam semalaman dengan air yang banyak
½ labu bawang besar – dihiris
1 sudu jintan putih – dikisar kasar
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili cili kering – dihiris nipis
½ sudu teh garam
Minyak

photo: Resepi Bonda


Cara Membuat:

1. Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.

2. Kisarkan kacang dal sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.

3. Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas. Gaulkan hingga sebati. Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.

4. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.

5. Ambil sedikit adunan dan bulatkandan leperkan di atas plastik.

6. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.


5- Resepi Masalodeh Sumber: CikIla Menari

Kacang dal - kisar sampai hancur
Bawang besar - Cik Ila suka potong mayang
Daun kari - dua tangkai
Cili kering - potong halus
Jintan manis - satu sudu
Garam dan serbuk perasa

Photo: CikIla menari


Cara-Caranya:
Bila dah hancur semuanya, letak tepi sekejap dan prepare bahan-bahan lain.

Gaul bagi sebati semuanya. Cik Ila ketepikan sekejap dalam setengah jam bagi semua rasa sebati.

Saiz ikut suka korang. Sedang-sedang je. Bentukkan bulat2 dan balik-balik di tapak tangan untuk bentukkan dia macam gambar kat atas tu. Syok tengok adunan kacang dal ni beratur nak tunggu masuk dalam mandian minyak panas :)

Guna api kecil je. Kita tak mau kuih ni masak mengejut.

Photo : CikIla Menari
Hasilnya. Garing di luar dan gebu di dalam. Cukup rasa dan sedap. Puas makan.


6- Resepi Masalodeh Sumber: Azzalea

Bahan-bahan diperlukan untuk membuat kueh masalodeh:
sedikit ikan bilis
secubit tepung ubi
Daun kari
Cili kering
2 genggam kacang dal
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 bii bawang besar

Cara membuat kuih masalodeh india:

1. Pertama sekali, tumbukkan kacang dal dan kisar halus tanpa meletak air.

2. Kemudian langkah seterusnya membuat kuih lodeh, dalam satu bekas yang lain, campurkan kacang dal dikisar, bawang, daun kari, cili kering dihiris, dan ikan bilis yang ditumbuk serta serbuk ikan bilis, jintan manis bersama telur.

2. Kedua, perasakan dengan sedikit garam. Garam tidak perlu terlalu banyak kerana pati ikan bilis sudah masin rasanya. Gaul rata semua adunan dan kepal-kepalkan bentuk bulat.

3. Ketiga, kepalkan sehingga padat dan gorengkan dalam minyak panas pada api sederhana.
Masakkan sehingga bahagian bawah garing sebelum diterbalikkan bahagian atas agar kuih tidakpecah.




7- Resepi Masalodeh Sumber; Mori's Kitchen

RESEPI MASALODEH ATAU VADEY

Bahan-bahannya:
500 gram kacang dhal di rendam semalaman
3 tangkat daun kari
1 biji bawang besar (yang besar betul.. hehehe kalau kecil 2 ketul la yer)
5 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan putih
Garam secukup rasa

Photo: Mori"s Kitchen


Cara-caranya.

1.   Rendam semalaman kacang dhal, kemudian di toaskan air nya.

2.   Kisar separuh kacang dhal nie sehingga hancur, separuh lagi kisar kasar.  Campurkan ke dalam sebuah bekas.

3.   Daun kari di gunting nipis, bawang besar di dadu dan cili kering di gunting nipis.

4.  Gaul kesemua bahan bersama kacang dhal tadi.  Masukkan juga jintan putih dan garam secukup rasa.  Mori letak anggaran 1 setengah suduh teh garam.

5.  Sediakan dulang dan alaskan dengan sehelai plastik.  Ini untuk memudah kan semasa nak amik adunan tadi untuk di goreng.

6.   Kepal2 kan adunan tadi berbentuk bulat leper dan susun atas dulang tadi.

7.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak,  Api biar sederhana.

8.   Goreng kan sehingga agak2 kuning kemerahan.
Angkan dan toaskan minyaknya.


Sedia untuk di hidang.

8- Resepi Masalodeh sumber; Tumis.my

1 kg kacang dal
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
10 helai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk gorengan

Photo: Tumis.my


Cara-cara:

Rendamkan kacang dal semalaman atau sehingga lembut,kisarkan kacang yang sudah lembut dengan sedikit air,tapiskan air tersebut dan ambilkan kacang dal yang dikisar.

Mayang bawang besar,hiris daun kari nipis-nipis,guntingkan cili kering halus-halus,panaskan minyak dan gorengkan bawang dan cili kering sehingga kekuningan.

Gaulkan gorengan tadi dengan kacang dal yg telah di kisar,gaul sehingga rata dan tambahkan garam secukup rasa.


9- Resepi Masalodeh Sumber: The Rose & The Nightingale!

Bahan-bahan:
2 Cawan kacang Dhal
1-2 tangkai Daun Kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Kering - ini pun digunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Hijau - potong dadu [yang ni optional]
1 biji Bawang Besar- potong dadu
1 sudu kecik Jintan
Garam secukup rasa

Photo: The Rose & The Nightingale

Cara-cara membuatnya:

Rendam kacang dhal semalaman. Kemudian toskan. Separuh dari kacang dhal tadi dikisar/blend halus dan sebahagiannya lagi dikisar kasar-kasar.

Campurkan kesemua bahan-bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak. If kamu-kamu tengok masalodeh tu dah timbul, maknanya ia dah masak. Done!
Bentukkan adunan berbentuk bulat dan leper dan gorengkan kuih sehingga kekuningan.


10- Resepi Masalodeh sumber: Isya_Irfan@My Resepi 

Resepi Masalodeh Rangup

Bahan-Bahannya:

2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..


Cara menyediakan dan memasak Kuih Masalodeh:

Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
Selamat mencuba.

11-  Resepi Masalodeh Sumber: Dari Dapur Kecah

Bahan-bahan:

2 cawan kacang dhall
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
*1 tangkai cili hijau - dadu halus
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
1 sudu kecik jintan
Garam secukup rasa
* memandangkan kat rumah tak ada cili hijau, saya gantikan dengan 2 biji cili padi
Cara-cara:

photo: Dari dapur kecah


1.Rendam kacang dhal semalaman. Toskan kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar
2.Campurkan kesemua bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, once masalodeh timbul maknanya dah masak.

12- Resepi Masalodeh Sumber: Tengku Butang

Bahan-Bahan :
300gm kacang dal (rendam semalaman dengan air yang banyak)
½ labu bawang besar (dihiris)
1 sudu jintan putih (dikisar kasar)
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili cili kering (dihiris nipis)
½ sudu teh garam
Minyak



Cara Membuat :
1.Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.
2.Kisarkan separuh kacang dal sehingga hancur dan separuh lagi dikisar kasar.
3.Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas
4.Gaulkan hingga sebati.Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.
5.Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
6.Ambil sedikit adunan dan bulatkandan leperkan di atas plastik.

7.Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.


13- Resepi Masalodeh Sumber: Mawar Di lautan

 Bahan-bahan nya:

500gm. kacang dal (pilihlah Dal Austarlia sbb ia lebih lemak dan kurang bau). Basuh dan Rendam selama 4 jam. Selepas tempoh rendam, toskan dalam penapis.
4 tangkai cili kering dihiris halus. (kalau tak de boleh guna cili merah, cili hijau atau cili padi. Tapi agak-agak  la ye. Nanti terlebih pedas plak.)
2 labu bawang sedang dipotong dadu halus.
2 sudu teh Biji jintan manis.
15 helai daun kari dihiris.
2 batang kayu manis 2 inci panjang. (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa mula dari 1 sudu teh.
Minyak untuk goreng.

Photo: Mawardilautan

CARA-CARA:

1. Masukkan kacang dhal yang telah ditoskan dalam blender tanpa di tambah air. Biar hasil kisaran anda kasar sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas.

2. Campur semua bahan dan gaul rata. (daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam dalam bekas kisar.

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Guna sarung tangan plastik.

4. Panaskan minyak dan gorengkannya ikut kesesuaian. Pastikan minyak cukup panas semasa mula2 memasukkannya ke dalam kuali. Kemudian jaga suhu minyak supaya tidak terlalu kuat atau perlahan.

5-6 minit adalah masa anggaran yg diperlukan untuk memastikan masalodeh cukup masak dan garing.



14- Resepi Masalodeh Sumber: Watiermanlife

Bahan-bahan :
300 gram kacang dhal
1 bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu (Akak add 1 biji cili api) 2 tangkai cili kering  yang dipotong nipis (ni Akak tambah)
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis  garam secukup rasa  minyak untuk menggoreng



 Kaedah penyediaan :

1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. (Akak rendam semalaman).

2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender.( Akak blend kasar sikit)

3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.

4. Masukkan bawang, cili merah,cili kering, cili api,  jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.

5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.

6. Hidangkan .

15-  Resepi Masalodeh Sumber; Mak Esah Catering

Bahan-Bahan
2 cawan kacang dhal direndam semalaman atau sekurang2nya 5 jam, kemudian toskan airnya.
1 sudu kecil halia kisar,
2 sudu besar  bawang putih kisar,
secekak kecil pokok ketumbar
setengah biji bawang besar yang dihiris halus

photo: Mak Esah catering


Cara memasak:
Gaulkan semua bahan dengan dhal yang telah dikisar bersama-sama barang sesudu kecil garam mengikut rasa lah.

Boleh letak cili kering  atau cili kecil yang dipotong jika suka. Lg sedap tanpa rempah ratus..
Lagi sedap tanpa rempah ratus..percayalah...hehe

Bentukkan kecik2 sebelum menggoreng...goreng didalam minyak banyak dengan api yang sederhana.

Masalodeh yang lazzatun..sedia untuk dihidangkan..makan panas-panas lebih sedap yer..:)





16- Resepi Masalodeh Sumber: Qasehqu Quinnie

2Bahan2

3 1/2 cawan kacang dhal- saya rendam dulu kacang ni lepas tu baru sukat...kalau nak timbang dulu sebelum rendam..berat kacang dhal dlm 330gm...
2 biji bawang besar
daun kari secukupnya-dlm 10 tangkai kot..ikut saiz la ye..letak byk lagi sedap...:)
2 sudu kecil jintan kasar/manis
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil garam
4 biji cili api/2 cili merah dihiris

Photo: Qasehququinnie

Cara2

1. mula2 rendam kacang dhal tu semalaman....contohnya saya rendam dari kul 5 petang...5 pagi esoknya baru saya masak...basuh kacang dan toskan..lepas tu blend kacang guna blender kering...biar lumat....disebabkan kita guna blender kering...nanti akan dpt kacang yg separuh hancur dan separuh tak hancur...tak pe..biarkan je kacang tak hancur tu....

2. lepas tu blend pulak bawang besar..jintan kasar dan daun kari...semua ni blend kering jugak...bawang besar tu blend lumat ...tapi kalau ada yg tak hancur tak pe....jintan kasar dgn daun kari tak yah lumat sgt...agak2 la ye....masukkan sekali kedalam mangkok bersama2 dgn kacang dhal yg telah di blend. kalau rajin boleh tumbuk bahan2 ni..saya malas...ngeee

3. masukkan garam..cili padi/ cili merah....tepung gandum sekali bersama adunan kacang dan gaul2 rata...lepas tu biarkan kejap..perap dlm 10 minit.

4. panaskan minyak...bentuk2 kan kuih ...kepal2 kan dan tekan leper bulat...goreng...masa goreng tu..jgn cepat2 nak kalihkan dia nanti terburai lak..biar bawah dia tu dah masak skit baru kalih2kan...masak la sampai kuning...angkat dan toskan...


17- Resepi Masalodeh Sumber: Namaku Cella 

1 cawan kacang dal- rendam semalaman ( akan kembang jadi 2 cawan

1 bawang holland
1 tangkai daun kari
5 cili padi / cile kering gunting
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk goreng

photo : Namaku Cella

Cara-Caranya:
1. Rendam kacang dal semalaman

2. Toskan kacang dal dan blend hingga halus..
     Jika suka rangup kacang tak perlu blend terlalu
     halus

3. Blend secara "pulse" . Jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air

4. Gaulkan kacang blend bersama garam,bawang cincang,cili potong dan daun kari yang digunting halus

5. Ceduk 1 sudu dan bentukkan bulat leper atau boleh bentukkan dalam sudu sahaja.

6. Terus goreng dalam minyak panas..

7. JANGAN dibalikkan sehingga nampak bawahnya  garing baru terbalikkan supaya kuih tidak berderai



18- Resepi Masalodeh Sumber: Dailymakan

2 cawan kacang dal(rendam lebih kurang 4jam/toskan)
2 biji bawang besar*
2 biji cili merah*
2 biji cili hijau*
5 tangkai cili kering*
2 tangkai daun kari*
1 sdb jintan manis ditumbuk kasar
garam/perasa secukupnya (opah masukkan 1 sdt maggie cukup rasa)

photo: dailymakan



CARA PENYEDIAAN :


Photo: Dailymakan
Cincang atau hiris bahan bertanda
Blend kering kacang dal

*opah asingkan 2 genggam dan blend kasar

Satukan semua bahan2 dan gaul sebati

Kepal-kepalkan atau bentukkan

Goreng sehingga masak dan kekuningan menggunakan api yang sederhana

Siap dihidangkan


 19- Resepi Masalodeh Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah

*RESEPI VADAI @ MASALODEH

BAHAN - BAHAN

Kacang Dal
1 biji Bawang Besar potong dadu
Jintan besar
Cili Kering dipotong kecil
Daun Kari
Garam secukupnya
Gula Secukupnya
Ajinomoto secukupnya

Photo: RashidahAbuBakar


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rendam kcang dal 3 jam
2. Asingkan segenggam bahan dan ketepikan dan selebihnya dikisar halus dengan sedikit air
3. Setelah halus toskan air bahan yang dikisar
4. Gaulkan semua bahan
5. Perasakan garam dan gula serta ajinomoto
6. Biarkan adunan selama sejam dan bentukkan adunan dan goreng

20 - Resepi Masalodeh Sumber: Julia Izrena

Bahan A 
Kacang dhal (basuh & rendam semalaman)
Toskan air bagi kering dan blend kering guna mesin blender yg kecik 
Bawang besar 
Cili kering 
Daun kari
Cili hijau sebatang 
(Hiris halus )
Bahan B
Jintan manis 
Halia 
Bawang putih 
(tumbuk / blend kering)
Garam secukup rasa
Gula sikit bagi balance rasa 

Photo: JuliaIzrena

Cara buat 

1) Blend semua kacang dhal yang dah ditoskan..saya blend guna blender kering 

2) Gaul dengan bawang, daun kari, cili kering, jintan manis, garam hingga sebati

3) Bentukkan masalodeh (saya pakai plastic hand glove xmau bagi melekat kat tangan)

4) Panaskan api & goreng macam biasa ☺️

(Untuk bentukkan guna senduk dan tekan bagi padat dan masa nak angkat masuk dlm kuali tu kena slow2 sebab dia mudah hancur..

5)minyak kena secukup nya dan goreng api besar supaya dhal tak lerai..

 500gram kacang dhal harga rm2 cuma dapat 15 ketul masalodeh je saiz senduk..


Itu lah 20 resepi masalodeh yang ramai dah cuba dan memang sedap. Selamat mencuba..

Post a comment

11 Comments

  1. BANYAKRESEPI MASALODEH FEVERET NI MAKAN SEDANG2 SUAM

    ReplyDelete
  2. Sedah tu sedap ye kak. Suka makan masalodeh ni tapi tak pandai buat. boleh lah kot cuba salah satu resepi yang akak share ni. Tq kak

    ReplyDelete
  3. masalodeh kegemaran PC dan en suami..rangup di luar tapi lembut dalamnya.Yang buat suka makan bila kunyah tu ada rasa daun kari,pedasnya lada,rasa bawangnya,jintan..nikmat sungguh.Bila dah mula makan susah nak berhenti.Susah juga nak cari yang ngam dengan tekak.Pernah beli kerasa kering luar dalam.Tak boleh kunyah.Tak tahu mana silapnya.

    ReplyDelete
  4. saya suka sangat makan ni, baru tau namanya masalodeh ya, opsss pandai makan je nama tak tau

    ReplyDelete
  5. Mcm2 versi masalodeh yg ada. Yg pasti sedap dimkn waktu ptg dgn air teh o. Dah letak url diana di bloglist abe kie. Thanks for the exchange! :)

    ReplyDelete
  6. ya ampu sedapnya..suka makan bila tergigit cili kering tu, rangup dan pedas-pedas. selalu beli je. nak buat tak ada kerajinan lagi

    ReplyDelete
  7. banyaknya resepi masalodeh,,,,, buat sekal jer dulu. boleh la cuba nanti hii

    ReplyDelete
  8. sedapnyeeee ni antara kuih fevret..
    suka yang garing diluar lembut didalam =D

    ReplyDelete
  9. shida suka yg garing skit..rangup-rangup je bila mkn hehee :)

    ReplyDelete
  10. mcm2 resepi mcm2 idea... hmm boleh jg try ni utk mkn raya haji nnt

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)