15 PETUA DAN TIPS MEREDAKAN SAKIT GIGI YANG MUDAH DAN JIMAT

gigi yang rosak punca kesakitan


Sakit gigi jangan buat main oi. Boleh runtuh rumah kalau mengamuk sebab sakit gigi.haha. Ada ke yang sakit gigi sampai runtuh rumah? Harap-harap tak de la ye. Orang tak hantar ke klinik gigi nanti hantar ke rumah sakit jiwa pulak.

Ramai orang sakit gigi yang berkaitan dengan gigi berlubang dan gigi baru nak tumbuh. Gigi berlubang paling siksa sebab selagi tak cabut selagi tu la sakit nya tetap ada. Nak tak nak kena ke klinik dan cabut.

Tapi nak cabut tu pulak bukan senang-senang je doktor cabut. kena tunggu sakitnya reda baru lah gigi berlubang tu boleh dicabut. Doktor pun bagi ubat hilangkan sakit gigi dan katanya 3 hari lagi baru datang cabut.





Kita balik rumah makan ubat sakit gigi tu, Sakit gigi pun hilang dan kita terus malas nak cabut gigi yang berlubang tu sebab ubat klinik tu hilangkan sakit gigi dengan cepat. 2 bulan lagi sakit gigi tu datang balik terutamanya lepas makan. Tu la..siapa suruh tangguh-tangguh cabut gigi..kan??

Sakit gigi berdenyut-denyut biasanya disebabkan gigi korang ada yang reput dan jangkitan tu dah merebak ke kawasan lain dalam gusi. Tahap kesakitan nya sampai boleh mempengaruhi pekerjaan, pembelajaran dan kesukaran kita untuk menumpukan perhatian .Mulut pun start berbau sebab gigi reput dan berlubang tu dah makin buruk.

Tapi ada berita baik, Berita baiknya ialah sakit gigi boleh di rawat. Disini saya senaraikan 15 petua dan cara yang dilakukan oleh kebanyakan orang di seluruh negara untuk meredakan sakit gigi dan mengurangkan rasa berdenyut pada gigi dan gusi.

Petua dan cara mengurangkan sakit gigi.


 1- Jangan minum air sejuk. Minum air yang bersuhu bilik. Minum air sedikit demi sedikit, jangan minum dengan tegukan yang banyak.

2- Jangan terlalu fokus kan diri korang dengan kesakitan gigi korang.

3-  Gunakan minyak cengkih untuk menghilangkan sakit gigi. .

Urutan untuk sakit gigi


4- Urutan sakit gigi di celah jari menggunakan ice. Untuk mencuba rawatan ini, yang perlu dilakukan ialah, ambil sedikit ais dan gosokkannya ke titik tekanan ( diantara ibu jadi dan jari telunjuk) selama 5 minit.

Pastikan untuk menggosoknya pada tangan yang sama dengan sakit gigi korang.kalau sakit belah kiri ,urut tangan belah kiri. begitu juga sebaliknya.

5- Gunakan pad pemanasan atau botol air panas.

6- Kunyah satu atau dua ulas bawang putih

7- Campurkan setengah sudu garam biasa dalam segelas air panas dan gunakannya untuk membilas mulut dengan bersih.

8- letak daun jambu batu yang dah dihancurkan kat tempat gigi yang sakit, Boleh juga berkumur dengan air rebusan daun jambu batu

9- Uncang teh pudina yang suam di letak kan di gusi

10- Berkumur dengan air rumput gandum

12- Tumbuk bunga cengkih garam dan bawang putih kemudian sapu pada gusi yang sakit

13- Celup kapas dalam Minyak pati thyme  kemudian tekap pada gusi dan gigi yang sakit.

14- Air rebusan kulit pokok Janda merana sangat baik untuk menghilangkan sakit gigi.

15- Berkumur dengan ubat kumur yang mengandungi hidrogen peroksida

Pokok Janda Merana


Terdapat ubat sakit gigi yang dijual di farmasi. korang boleh beli ubat tahan sakit gigi di farmasi dan antibiotik untuk menghilangkan sakit gigi untuk sementara. Biasanya sakit gigi akan hilang untuk sementara dan beberapa jam kemudian sakit gigi datang kembali.

Cara-cara yang dinyatakan diatas ni juga hanya merawat sakit gigi untuk sementara. Korang tetap perlu mendapatkan rawatan pergigian secepat mungkin.

Terdapat satu petua orang dulu-dulu juga yang berubat sakit gigi dengan hanya ketuk paku pada dinding kayu. Ada ayat tertentu yang dibaca ketika ketuk paku ke dinding. Suami saya pernah buat sekali untuk anak saya. Memang menjadi dan beberapa hari kemudian suami bawak anak saya ke klinik untuk dapatkan rawatan gigi.

Apa saja petua yang korang cuba jangan abaikan rawatan di klinik gigi. Kalau tidak memang sakit gigi tu akan datang balik.




Makanan yang perlu dielak kan ketika sakit gigi


Ada beberapa makanan yang korang kena elak kan apabila sakit gigi. Sakit gigi ni ialah rasa sensitif dari dalam gusi. Bermakna ada makanan dan minuman yang memacu rasa sakit pada gigi dan gusi kita. Antara makanan yang korang perlu elak kan untuk mengurangkan sakit gigi ialah:-

a) Minuman bergula -  boleh menghakis gigi - jauhi minuman soda, jus buah, atau apa sahaja yang mengandungi gula



b)Makanan dengan keasidan tinggi- contohnya makanan yang masam  seperti buah lemon dan mangga.

c) Makanan yang sukar dikunyah - kacang, sayur mentah dan lain-lain.

Makanlah makanan lembut yang mudah dikunyah dan ditelan dan tidak menyebabkan tekanan pada gusi kita. Misalnya bubur ataupun kuih yang lembut.

Semoga perkongsian saya ni memberi manfaat pada korang semua.

*Penulis tidak bertanggungjawab terhadap semua kemudaratan yang dialami pembaca dalam merawat sakit gigi seperti yang dinyatakan didalam artikel ini. Rawatan pakar pergigian digalak kan agar tiada 




Post a comment

5 Comments

  1. CANTIK POKOK JANDA MERANA UNIK NAMANYA

    ReplyDelete
  2. Sakit gigi ni, memang tak tahan. Huhu

    ReplyDelete
  3. Tq Di kongsi petua ni. Bab bab sakit gigi ni kan boleh bawak bergaduh tau. Bila dah kena sakit gigi serba tak kena dibuatnya ..

    ReplyDelete
  4. nice sharing kak..tp mmg betul dulu shida pernah sakit gigi merana juga semalaman ^_^ last2 ubat dia sensodyne :)

    ReplyDelete
  5. In the end kena juga jumpa dentist. tu yang paling seram.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)