10 JENIS AIR FRYER PALING BAGUS DAN JADI PILIHAN PENGGUNA



Salah satu gadjet dapur orang perempuan sekarang ni yang paling jadi idaman ialah Air fryer. Walaupun harganya mampu milik tapi nak beli air fryer yang paling bagus tu la yang paling susah nak dibuat pilihan. Tambahan pulak sekarang ni ada banyak sangat air fryer murah serendah rm150 sahaja dan yang berharga bawah rm200




Takut juga kalau tersilap beli dapat barang yang tak berkualiti. Baru pakai seminggu dah jahanam. Sana rosak, sini rosak alih-alih terpaksa keluar duit beli air fryer lain yang lebih berkualiti.

Air Fryer menjadi pilihan ramai kerana fungsi memasak yang mudah digunakan dan tak memerlukan kita untuk mengawal api tak kiralah masak ayam, kek, dan sebagainya. Cuma masuk kan bahan masakan tekan butang dan dalam masa yang dah ditetapkan masakan sedia untuk dihidangkan.

Memandangkan ramai yang tercari-cari Air Fryer yang paling bagus hari ni saya senaraikan beberapa jenama dan model Air Fryer yang berbaloi untuk di beli dan dimiliki. Dari segi fungsi nya dapatlah korang menilai sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Senarai 10 Air Fryer yang bagus dan berbaloi beli

Philips Viva Collection Air fryer XXL HD9630
- Harga RM 1500
Kawalan masa hingga 60 minit
- Cepat  di bersihkan dalam masa 90 saat
- Bahagian luar tak panas
- Selamat di guna dalam mesin pencuci pinggan
- Matikan automatik
- Isyarat siap
- Kawalan suhu 80 - 200 ° C
- Suis hidup / mati
- Power on light
- Buku & Aplikasi resipi

Air Fryer Philips Model  SL-AFD2 saiz Xl. 
- buku resepi disertakan dengan cooking kit
-Harga rm700 termasuk caj penghantaran dari luar negara



- saiz hidangan sehingga 6-7 orang
- Saiz Air Fryer yang  menjimatkan ruang walaupun  kapasiti yang besar
- Semua aksesori dan bakul memasak mempunyai lapisan nonstick dan boleh guna apa saja jenis pencuci pinggan mangkuk.
- Mengurangkan bau minyak dan memasak di rumah anda
- Ada pilihan untuk memasak stik, ayam, makanan laut, daging, makanan beku, pizza, kentang goreng, sayur-sayuran, kek, roti, pencuci mulut dan banyak lagi.
-Fungsi mematikan automatik untuk memastikan masakan dimasak dengan sempurna.





HAIRE- Air FRyer Model : Analog 2.5L
- Harga serendah rm250


- Fungsi: menggoreng memanggang, membakar dan mengukus
- Kapasiti  2.5 L - 4 L
- Teknologi gelombang panas yang pantas
- Goreng, panggang, bakar atau kukus
- Menggunakan minyak 80% lebih sedikit
- Pemasa 60 minit
-  Fungsi mematikan secara automatik
- Penapis udara bersepadu
- Bakul & kuali yang selamat menggunakan pencuci pinggang mangkuk
- Penunjuk kuasa & suhu LED
- Termasuk buku resipi & panduan



Tefal : EY4018 Air Fryer 1.2KG (4.2 LITRE)
- harga rm499



- masak dengan  sedikit minyak
- Suhu berketepatan tinggi
- Hidangan bergoreng dalam 15 minit
- Kapasiti 1.2 Kg untuk 6 hidangan
- Elemen pemanasan atas dengan aliran udara ringan
- Pengaturan suhu hingga 200 darjah C
- Pemasa 60 minit, mati secara automatik dengan loceng dering automatik
- 8 Program - Goreng, Bakar, Panggang semua makanan
- Senang dibersihkan dengan bakul dan kuali yang boleh ditanggalkan.




Khind ARF-3000 Air Fryer 
- Harga rm280



- Kapasiti 3.0 L . 1400 W
- Paparan Digital, Sensor Sentuh
- 8 Program yang telah ditetapkan
- Teknologi Peredaran Udara
- Mampu memasak sejumlah besar makanan,
- Teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi untuk kurang minyak dan memasak yang sihat.
-  Bakul goreng dengan panggangan keluli tahan karat SUS304 untuk keselamatan makanan.
- Dengan suis pemanas automatik yang ditutup untuk perlindungan tambahan.
- Paparan Digital meningkatkan penampilan periuk sambil menyampaikan maklumat masa dan suhu.
- Dengan reka bentuk fungsi yang dapat diprogram kawalan sensor sentuh, mudah digunakan.
- Kapasiti loyang /bakul Maksimum: 1.3 L
- Voltan: 220 - 240 V (50/60 Hz)
- Warna: Hitam
Aksesori
- 1 x caje basket
- 1 x Penyepit
Jaminan 1 Tahun oleh Khind Malaysia



Russell Taylors Air Fryer ( Large 3.8L) AF- 24
- harga RM250


- Kapasiti bakul ialah 2.6L, kapasiti pan  3.8L
- Mudah dibersihkan & kurang bau
-Termostat boleh laras
- Teknologi Udara Pantas
- Multicooker - boleh digunakan untuk  bake, grill & roast
- pemegang tak panas
- Analog
- Menggunakan teknologi Rapid Air- menggoreng tanpa minyak ( makanan akan sedikit kering tapi menyihatkan)


HIRAKI Air Fryer Pan 3.8L
- Harga RM150


- Hiraki Air Fryer
- Kawalan mekanikal - Analog
- Kapasiti kasar: PAN 3.8L
- Kapasiti bersih: Bakul makanan salutan non-stick 2.6L dengan LFGB & FDA
-  Kuasa: 1300 W
- Pemasa: 30 minit dengan penggera / penunjuk
- Suhu boleh laras 80-200 ° C
- Pot yang boleh ditanggalkan ( POT BOLEH DILEPASKAN DENGAN COATING NON-STICK)
- Pelbagai kegunaan: kentang goreng, panggang, panggang dan roti.
- Senang dibersihkan.

PerySmith 4.8L 3D Air Fryer [XL Size] Ecohealth Series PS1520
Harga: RM250


- Kapasiti Pan: 4.8L
- Kapasiti Bakul: 3.8L
- Teknologi ECOHEALTH, makanan goreng dengan minyak kurang 80%
- Sistem pemanasan aliran udara 3D, cepat dan menjimatkan tenaga
- Suhu termostat boleh laras.80 ° C ~ 200 ° C
- Bakul makanan yang boleh ditanggalkan lapisan makanan
- Pemasa 30 minit dengan pemadaman automatik
- Perlindungan dari panas berlebihan
- Kuasa: 1500w
- Voltan: 240v
- Berat: 5kg
- Saiz: 326 x 326 x 380 (mm)


Nakada 5 Liter XL Air Fryer NKD1100
- Harga RM200 ++




- Saiz yang besar (lebih 1 kilo ayam)
- Rekabentuk cantik dan unik (Analog)
- mempunyai fungsi kawalan pemanasan
- Mudah Dibersihkan
- Ringan
- Menggoreng tanpa minyak lebih sihat (ayam goreng, nugget, keropok lekor, ikan bilis, kacang)
- Tanpa Asap Bakar (ikan bakar, kebab, sate, ayam)
- Kukus - tanpa air
- Roti bakar dengan keju
- Bole membakar kek, roti, biskut
-langkah memasak yang mudah di fahami

Giselle 4.8L Manual Air Fryer KEA0204
- Harga RM 250




- Kapasiti bakul ialah 4.8 L
- Kapasiti Pan ialah 4.8 L
- Kapasiti yang besar sesuai untuk  memanggang ayam
- Kaedah kawalan: kawalan mekanikal
- Matikan automatik
- Kaedah pemanasan: peredaran udara panas
- Boleh memasak hidangan untuk 7-8 orang
- Bahan pelapik: lapisan kuali yang tidak melekat
- Tombol kawalan suhu yang boleh disesuaikan dari 90-200 ℃ membolehkan anda menyediakan pelbagai makanan dari kentang goreng garing hingga kepak ayam yang berjus.

Sebenarnya ada banyak lagi jenama dan model air fryer  yang murah dan berbaloi untuk korang beli. Cuma korang kena rajin survey je. Boleh dapatkan maklumat melalui website-website yang menjual Air Fryer dan  kalau dilihat sekarang ni banyak group-group di fb yang mengumpulkan peminat dan pengguna Air Fryer. Kat situ pun korang boleh dapatkan maklumat.

Selain itu  boleh juga berkongsi resepi dan bertukar-tukar pandangan tentang cara menggunakan dan menjaga air fryer.

Ok bye..





Post a comment

11 Comments

  1. saya guna air fryer jenis Russel Taylor

    ReplyDelete
  2. Dah lama mengidam ni, bila nak belinya entah lah saya ni haha

    ReplyDelete
  3. ray singgah jadi followers ke 4990. yayyy
    smbil2 tu survey air fryer skli

    ReplyDelete
  4. PerySmith 4.8L 3D Air Fryer tu lawa laa D. Warna pulak merah .. cam bekenan la pulak..

    ReplyDelete
  5. nakada tu memang paling rare rupanya... mula-mula dana ingatkan apa lah tu rupanya air fryer hehehe... dana belum ada lagi air fryer nih nak beli tapi banyak yang dipikirkan hehehhe

    ReplyDelete
  6. saya memang nak sembat satu..

    wait and see dulu hahahaha

    ReplyDelete
  7. Mrs. A takde air fryer.
    Kawan Amway tu rekomen AF phillips tak pelah maybe lain kali sebab sekarang target nak vacum phillips.

    ReplyDelete
  8. memang air fryer ni perlu ada d dapur bagi memudahkan ibu2 memasak. done follow your blog....

    ReplyDelete
  9. Air fryer dlm wishlist gak ni. Tengah mengumpul dana dulu hehe

    ReplyDelete
  10. wishlist ni..ada Nampak shopee, harga 130..tapi tu la, tak beli2..hahaa

    ReplyDelete
  11. Suka guna barang elektrik philips tapi tu lah harga dia boleh tahan mahal. kena menabung dulu ni. ramai juga yang beli Russell Taylors tu antara yg selalu lazada promote.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)