10 IDEA KREATIF DIY BAKUL DAN PASU YANG PALING MUDAH GUNA BAHAN TERBUANG



Hi korang. Bagi penggemar barang-barang diy mesti dah banyak benda yang korang diy kat rumah tu. Ada yang buat koleksi tau. Bagi yang baru belajar nak kitar semula barang-barang terbuang tu kat sini saya kongsikan beberapa contoh idea dan cara mudah membuat bakul dan pasu comel .

Semua idea dan contoh yang saya tunjuk kan ni menggunakan bahan-bahan ringkas dan selalunya kita jumpa banyak dibuang saja. Sayang betul kalau benda yang sedikit je rosak tapi duduk nya di tempat sampah. 





Jadi apa kata sebelum kita buang tu kita baik pulih atau percantik kan lagi bakul-bakul, tin dan sebagainya untuk dijadikan pasu atau bakul yang cantik. Semua gambar dan idea saya ambil dari website lain dan ada juga yang dari pinterest.

DIY bakul dan pasu cantik guna bahan murah dan terbuang,


1- Raga  yang cantik ni dibuat menggunakan kertas surat khabar atau kertas terbuang. Kertas tu digulung panjang dan dianyam pada permukaan kotak. Saya pernah tengok di facebook ada sorang makcik ni buat banyak bakul guna kertas surat khabar ni.

Kemudian bakul hiasan tu dia jadikan hiasan diruang tamu dia. memang cantik dan menarik idea ni.




2- Benda yang paling tak praktikal di gunakan dalam bilik air ialah alas kaki pvc dalam bilik air. sebab benda ni memerangkap habuk dan kotoran di permukaan lantai.  Sebab tu benda ni banyak dibuang. Kalau kat tempat sampah tu memang banyak benda ni.

Sebelum korang buang apa kata korang bersihkan dulu dan ambil idea macam gambar diatas ni untuk jadi kan pasu bunga atau boleh juga digunakan sebagai bekas tisu dapur. 

Mahal jugak alas kaki pvc ni sebenarnya. Jangan dibuang sebab boleh diy buat bakul, pasu dan macam2 lagi. Nak buat kotak pun boleh tau.

3- Saya ambil juga idea ni walaupun saya tak paham apa dia tulis. Tapi tengok gambar tu boleh la faham sikit2. kalau korang biasa tengok kat kedai-kedai elektrik, ada banyak tape ikat barang yang lebar dan panjang tu. 

Korang boleh minta je kat pekerja kedai elektrik dan perabot tu . diaorang pun biasanya buang je sealer tape tu. Balik rumah buat la bakul kecik ni. Boleh dijadikan tempat letak berus makeup atau pin tudung.

kalau saya pulak benda gini saya akan letak atas meja makan dan letak gula-gula atau coklat. Comel je..kan?



4- Saya suka betul la idea ni sebab saya ni suka sangat bunga yang comel-comel, kecik-kecik macam ni untuk hiasan dalam rumah. Pot kecil dan dibalut dengan tali macam ni jugak macam penyeri di ruang makan. 

Lebih sesuai juga kalau diletak kan dalam bilik air.

Tapi kalau saya la, saya suka kalau kita buat satu rak kecil dan susun pot bunga kecil ni banyak-banyak atas rak tu. Berseri-seri rumah nanti. tak tu lekat kan saja di dinding sebab pot bunga macam ni ringan saja.

Kalau buat besar sikit boleh la letak remote tv. 



5- Ada banyak botol sos plastik macam ni dibuang saja. Nak simpan pun bukan boleh isi apa pun sebab mulut nya kecil.. Apa kata kalau korang buat bakul cantik yang boleh kita isi peralatan makeup. Boleh juga digunakan untuk isi sabun, dan syampoo dalam bilik air.

Seseuai juga untuk hanya dijadikan hiasan di meja kopi diruang tamu dan luar rumah.

Paling sesuai boleh guna untuk dijadikan bekas hamper untuk diberikan pada kawan-kawan kita. Kalau saya dapat ni memang gembira rasa hati.


6- Bekas yang satu ni korang rasa-rasa sesuai untuk isi apa ye? Macam bekas kuih raya pun ada jugak. kalau saya buat isi gelas pun cantik. Letak kat meja makan atau meja kopi. Bila tetamu datang , hidang air dalam bekas tu. tak de la meja basah dan rosak kan perabot kita.

Bahagian ats botol-botol tu korang boleh letak waterproof tape yang kaler gold untuk tutup tajam2 dibahagian bekas potong tu. 

Kalau nak buat bekas jahitan pun cantik jugak ni. Cuma kena ada pebutup dibahagian atasnya.



7-  Pasu bunga dari batu ni saya tengok dah ada kat facebook yang buat macam ni. cara nak buat pun senang dan bahan-bahan pun yang senang dapat je. Kalau nak pasu besar boleh guna tin cat kalau nak yang kecil guna je tin bekas laici.

Macam-macam jenis batu korang boleh guna. Nak guna batu hiasan yang warna warni pun cantik juga. Tapi kalau saya, lebih suka batu yang kaler neutral macam dalam gambar ni.

Sesuai untun hiasan pokok luar rumah dan kalau rumah korang berkonsepkan industri, pasu macam ni sesuai sangat.



8- Saya ni suka sangat apa-apa saja hiasan yang guna tali ni. Sangat sedap mata memandang. Nak guna untuk konsep moden pun boleh, tradisional pun boleh, Betul tak?

kat shopee ada jual tali macam ni. Dari saiz kecil sampai yang saiz besar. Tapi kalau korang rajin boleh je guna sabut kelapa buat tali. Cuma rumit sikit la kerja nya. Silap2 tak jadi pasu kot..hahah..

Bagi saya pasu tali macam ni sesuai dengan bunga warna apa saje. 




9- Pasu warna putih memang tengah in sekarang ni..kan? saya pun dah sikit2 tukar barang rumah kepada warna putih.Hehhe.. Saja nak ikut apa yang tengah trending. Semua perabot warna putih, pasu pun kena la warna putih jugak.

Pasu kecil2 macam ni biasanya orang guna untuk semai benih. Bila pokok dah mula besar dan kuat kita akan ubah pokok ke tanah. pasu ni jangan di buang pulak. Bila dah terlalu banyak boleh la bersihkan dan kemudian cat dengan warna putih.

Gunakan tali dan balut bahagian atas pasu. Guna glue gun untuk melekatkan hujung tali supaya tak tercabut. dah siap untuk dijadikan hiasan dalam rumah.


10- Cantiknya kotak ni. Lepas ni nak kena cari tali kat shopee jugak la. Teringin nak bakul tali macam ni. Boleh buat isi surat khabar atau pun tempat untuk kucing tidur. Kucing saya suka tidur dalam kotak walau pun ada sangkar. Hahah..

Boleh juga untuk dijadikan bekas hamper.

Kalau dalam gambar ni dia buat bekas untuk barang2 dalam toilet. sesuai jugak tu. Boleh letak tisu tandas, pewangi dan pencuci tangan.

Bagi saya membuat sendiri barang-barang macam ni memberi kepuasan kepada pemilik tu sendiri. Barang diy lebih dihargai kerana kita buat sepenuh hati malah ianya menjimatkan belanja jugak.

Kalau nak beli barang-barang diy ni bukan murah-murah tau. kebanyakan art product memang mahal dan tak semua orang rasa ianya berbaloi untuk dibeli.

So kalau korang pun salah seorang macam tu, jom diy..



Post a comment

11 Comments

  1. Tertarik dengan pasu bunga tu..cantik..

    ReplyDelete
  2. Kalau kreatif, buat sendiri ni, boleh buat duit. ;)

    ReplyDelete
  3. cantik2 bee suka jenis tali tu , tapi tali boleh tahan lh harga dia , ada satu lg diy guna kain ... nanti bee ajarkan di blog ... senang sangat

    ReplyDelete
  4. kalau tangan kreatif buat apa pun jadi.. cantiknya..

    ReplyDelete
  5. cantik kejadiannya kalau rajin diy

    ReplyDelete
  6. cantiknya semua kak, walaupun cuma letak tali tuh terus nampak jadi mahal gitu... boleh juga kalau rajin untuk cuba nih

    ReplyDelete
  7. yg pasu batu tu nampak paling rare. saya pon ada buat diy bakul dari kain terpakai dkt blog saya, hehe.

    ReplyDelete
  8. No. 4 5 7 10 senang2 je..tp No.10 nmpak kemas..dan menarik patern dia..boleh cuba :)

    ReplyDelete
  9. Menarik sangat. Suka pasu dan bakul yang guna jute rope tu nampak vintage classic sikit.

    ReplyDelete
  10. menarik. boleh cuba, nmpak senang.

    ReplyDelete
  11. cntik semuanya..diy bila dating rajinnya,.hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)