STEREO HEADPHONES HARGA RM10 SAHAJA

Headphones sangat penting dalam rumah kecil kami ni sebab saya suka tonton tv tanpa ada gangguan bunyi luar

Jadi siapa2 nak dengar lagu kat phone ke, video youtube ke video facebook, IG bagai sila la pakai headphones.



Kalau tidak saya halau semua masuk bilik. Hahah..

Tapi memandangkan komputer saya letak di ruang tamu, dan komputer ni jugak kerap digunakan anak2 untuk menonton filem dan video makanya perlu ada satu headphones untuk komputer juga.

Kalau tidak nak dengar apa kata tv pun tak tau. Bingit bunyi kiri kanan.

Headphones lama. Dah campak masuk stor tunggu untuk di transit ke tong sampah. Hahah


Selepas headphones lama mula menunjuk kan kuasa mendengar yang kejap ada kejap tak de makanya saya pun beli la satu headphones murah untuk komputer ni.

Kali ni beli tak mahal mana pun. Rm10 sahaja harga headphones ni. Sekali campur pos harga rm15. Tapi lepas guna coins dapat lah harga rm13 lebih.

Baru beli..dah sampai!!!

Saya ni tak tau nak review benda gini. Yang penting ada bunyi yang sedap kat telinga ni, tak de bunyi sok sek sok sek, bunyi tak de sekat2, kira ok dah tu.

Hahahah... bagi bagi rating 5 bintang untuk headphones rm10 ni.

Kira berbaloi beli la walaupun harga rm10. Jangan guna lasak2 dah la. Sebab tu saya beli yang ni je untuk komputer.


Kalau untuk smartphones tak sesuai kot sebab biasanya kalau guna smartphones kita nak baring la, menyulur la, merangkak la.. kan??

Biasanya kalau headphones ada wire ni dia murah sikit. Tak sama macam wireless punya headphones.

Saya belikan wireless headphone untuk si kakak, sampai sekarang tahan lagi. Dah setahun lebih guna.
Cuma ada patah sikit kat bahagian kepala tu. Tu pun masih elok berfungsi.



Ni kat bekang kotak headphone yang baru beli ni. Saya malas baca benda gini2. Tak penting pun untuk saya. Hahahaha...

Kalau korang nak beli jugak boleh la pi ke shopee. Seller dari penang. Klik gambar bawah untuk terus ke kedai shopee dia.




Post a comment

8 Comments

  1. oklah tu harganya tahan lama diguna..comp senyap je yg riuh suara anak2 kalau depa main game

    ReplyDelete
  2. Smlm tgk citer hantu play dkt android box. Jd xseram n serabut sbb anak2 bising 😅

    ReplyDelete
  3. Saya kalau tengok Movie suka pakai headphone..rasa mcm duduk dlm panggung wayang hehe

    ReplyDelete
  4. wah murah dan berbaloi. mama pun asyk duk cari earphone or headphone yg best

    ReplyDelete
  5. Pandai survey boleh dpt yg murah dah berbaloi

    ReplyDelete
  6. Tak kisahlah RM10 je pun, tapi ok dan puas memakai. Berbaloi beli.

    ReplyDelete
  7. murah betul ni. suka gak pakai headphone. sedap mendengar tapi bila dah pakai, orang panggil lansung tak dengar dah. hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)