RESEPI PUDING ROTI BERSAMA SOS CREAM - LETAK KURMA UNTUK GANTIKAN KISMIS

Hi korang.. Masa bulan puasa hari tusaya dah kurang sikit makan kurma sebab tak mau makan benda manis-manis. Suami je yang makan kurma. Jadi bila dah habis puasa ni banyak lagi kurma yang lebih dalam peti sejuk tu. Tu yang terfikir nak buat Puding Roti dengan Cream Sos.


Rupanya memang la tak cantik mana pun. Hahah.. Tapi berjaya membuat anak-anak yang cerewet makan untuk habis kan satu loyang ni.

Saya kurang kan susu supaya roti tak lembik sangat. Maknanya bila anak-anak makan diaorang boleh rasa roti tu. Anak-anak saya ni makanan ruji diaorang ialah roti. Sebab tu penting untuk nampak kan rupa roti pada puding ni.




Biasanya kita letak kismis pada puding roti tapi saya letak kurma yang saya potong halus2. Anak-anak tak makan kurma. Bukan sebab diaorang tak suka rasa kurma. tapi sebab diaorang seram tengok kurma. 

Dari kecil memang diaorang tak pernah tau rasa kurma tu cemana. kalau diaorang tau kurma tu sedap macam gula-gula comfirm berebut kurma dengan ayahnya. Hahhaha, Dah banyak kali paksa makan kurma tapi diaorang tak nak.

Puding roti ni pun masa saya masak saya tak bagitau pun dalam nya saya letak kurma. Saya pukau mata mereka dengan taburan coklat dan kacang badam.Bila dah nampak coklat hitam2 tu diaorang langsung tak perasan ada kurma di sebalik coklat.

Bijak tak saya ???


Tak banyak pulak gambar yang saya snap untuk resepi ni. Maklum la, teruja nak bagi anak-anak makan. Hahah.. Satu kebanggan bila saya dapat masak benda yang anak-anak makan tau. Macam tu la perasaan ibu-ibu yang ada anak yang memilih makan nih.

Bagi yang nak kan resepi ni. Meh saya kongsikan untuk korang. Cara membuatnya senang je. Sama saja macam korang buat Puding roti biasa. Cuma saya letak kan kurma, coklat dan badam. 

Untuk sos cream saya buat pekat sikit sebab kalau cair sikit puding roti mesti akan jadi lembik. So nak elak kan puding roti jadi lembik benyek saya buat cream sos tu pekat Jom tengok resepi lengkap nya.


 Bahan-bahan:

Bahan untuk puding roti
10 keping roti
200ml susu kotak full cream
2 biji telur
5 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanila
majerin/ butter
kurma  di hiris halus
badam
segenggam coklat masakan yang dah di potong keck2. (boleh gantikan dengan coklat chips atau coklat rice)




Bahan Untuk sos cream

2 sudu besar buttercup
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil tepung kastard
1 sudu besar gula perang
secubit garam

Cara-Caranya:

Panas kan oven

Sapu mentega atau majerin pada loyang.

Potong roti kepada 4 bahagian dan kemudian susun dalam loyang. Susun bertindih2 sambil diselang selikan dengan kurma.
Bahagian atas nya tabur kan coklat dan kacang badam. ketepi kan loyang..

Masuk kan susu ke dalam bekas lain dan masuk kan telur gula, esen vanila dan majerin. Mix semua bahan sampai sebati. Kemudian curah ke dalam loyang yang kita dah susun roti tadi. tuang semuanya.

Lepas tu guna senduk atau sudu tekan2 sikit roti supaya  susu meresap pada roti.

Bakar pada suhu 180 selama 30 minit. Bergantung pada oven masing2.


Sekarang kita buat cream sos pulak.

Mula-mula cairkan buttercup,

lepas tu masuk kan whipping cream, susu, gula perang secubit garam dan tepung kastard. Kacau sampai sebati dan berkilat.

kemudian boleh la angkat,

Puding roti ni paling sedap kalau kita sejuk kan dulu dan kemudian baru potong dan letak kan sos cream diatas dia.

Rasa nya tak la terlalu manis tapi cukup sedap dan boleh dijadikan hidangan untuk tetamu kalau ada apa2 majlis.

Selamat mencuba




Post a comment

8 Comments

  1. rajinya mak pandai tarik minat anak nak makan pemanis mulut ni

    ReplyDelete
  2. rajinnya buat puding roti mesti sedap sbb anak2 suka kreaatif caranya

    ReplyDelete
  3. rasa pandai nak makan sahaja dan bukan pandai nak buat..

    tunggu anak buat buatla nampaknya

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap puding roti campur coklat

    ReplyDelete
  5. owh xpernah cuba yang kurma
    selalu cuba yang kismis atau coklat
    hans xsuka kismis
    cuma ada pakcik sorang nih yang berjaya buat puding ada kismis tetapi hans makan
    memang sedap betul puding roti dia buat

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak beli oven, nak buat semua resepi kak diana tau ^_^

    ReplyDelete
  7. bijak sangat.. btui juga pakai kurma.. sedap betui puding roti tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)