MENANG 500 COINS PERCUMA DARI SHOPEE

Seronok betul bila dapat 500 coins percuma dari Shopee kelmarin. Nak dapat 1 coins pun bukan senang tau.



Saya memang hari2 kutip coins di Shopee. Cara paling senang untuk dapat coins di Shopee ialah dengan menonton ShopeeLive.

5 minit tonton dapat 5 coins. Lagi 5 minit dapat lagi 5 coins. Dalam 1 jam siaran live tu kita boleh dapat 20- 30 coins.

Kalau tak mau tonton Shopeelive boleh juga main games Shopèe. Tapi tak sebanyak dapat coins melalui Shopeelive.


Apa yang seronoknya dapat coins ni??

Seronoknya sebab kita boleh tebus coins tu masa beli barang di Shopee la. Dapat jimat kos penghantaran pun jadi la..

Lepas tu bila barang tu ada diskaun harga , lagi la dapat murah. Dah banyak kali saya beli barang  dapat kos penghantaran percuma dan diskaun 10%.




Alkisahnya minggu lepas saya tonton Shopeelive sambil menjahit langsir. Kali ni host tu buat cabaran teka lirik lagu.

Saya ni mana la tau lirik lagu2 ni.Tapi saya dapat jawab untuk soalan kedua. Tu pun tiru jawapan orang. Hahaha

Mula2 pakai tulis je jawapan ikut kepala sendiri. Tengok dekat komen rata2 bagi jawapan yang lain dengan jawapan saya.


Saya pun tiru la jawapan dia orang.

Eh.. rupa2 nya dipilih pulak sebagai pemenang. .. Hahha.. padahal jawapan tiru orang je.

Sedar2 dipilih sebagai pemenang pulak. Hahaha..



Kelmarin 500 coins dah dimasuk kan dalam acc Shopee saya.

Ni kali kedua saya menang coins melalui Shopee. Paling banyak saya pernang menamg 1000 coins. Tapi tak ingat peraduan apa.

Walaupun 500 coins tu sama je dengan rm5 tapi saya seronok tau..


Seronok!!!!! Terima kasih Shopee... :)


Post a comment

5 Comments

  1. Wahhh untung! I pun tiap hari check in kumpul coins tu. Tp tak pernah lg tonton shopee live, pasni nak buat gak lah hehe

    ReplyDelete
  2. Wow banyak Tu... tahniah diana

    ReplyDelete
  3. Wahhh, banyak tu 500 coins, Sha paling banyak pun 50 coins. Itu pun yg pusing roda ala-ala roda impian tu hehe

    ReplyDelete
  4. sama lah. hari hari kutip coins. untung sangat dapat 500coins ni kak. rezeki akak. Alhamdulillah

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)