JUMLAH BIL ELEKTRIK DARI BULAN MARCH HINGGA JUN

Ramai yang berkongsi bil elektrik masing-masing dan rata2 nya ramai yang tak berpuas hati dengan jumlah bil elektrik mereka.



Rumah saya ni bil baru sampai hari ni. Dan jumlah untuk 2 bulan penggunaan cuma 243.69. Bil dari April hingga 12 Jun.

Macam terkejut la sebab murah dari yang kami jangka. Suami saya kata dia anggarkan bila dalam rm400 sebab tv pun dari celik mata sampai jam 3,4 pagi.



Adik dan kakak pulak bergilir guna komputer. Memang kami syak bil akan meningkat.

Alih-alih dapat bil jumlah nya tak sampai rm300. Satu pencapaian hebat nih. Hahahah..

Kalau di lihat pada bil di app TNB ni bil dari April sampai Mei ialah rm144.05.

Sebelum PKP pun bila elektrik kat rumah ni dalam rm70 lebih saja. Tu pun sebab budak2 sekolah dan tido awal. Tv pun kadang2 tak buka.

Kipas buka di ruang tamu je.




Tapi bila cuti ni memang berganda la penggunaan elektrik kat rumah ni.

Tapi bil dari Mei sampai Jun turun sikit. Tak sampai rm100.  Susah jugak nak paham punca penurunan tu..

Hahah... Anggap je la rezeki. :p


Suami kata ada yang bil sampai cecah ribu. mungkin yang bil melambung tu sebab rumah ada aircond yang dipasang lebih dari 8 jam.

Kalau korang nak jimat aircond tu buka waktu tido malam je. Tu pun dari jam 12 sampai jam 3-4 pagi je.


Siang2 pakai je kipas angin biasa. Kulit kita ni kena juga berpeluh. Jangan dibiarkan kering dengan aircond saja. Tak elok.

So kesimpulan nya bil elektrik rumah kami di tahap yang kami jangka. Dan tak membeban kan lah.

Sekian.

Post a comment

7 Comments

  1. Kalau tak pakai air cond 24 jam... rasanya... tak la semahal mana...

    ReplyDelete
  2. Kak Sue tak tau lah bil berapa sebab selalu suami settlekan semua.. nie senyap ja, okay lah kut..

    ReplyDelete
  3. Bagus tak semahal mana dijangka.
    Alhamdulillah nikmat ekektrik ni macam dah satu keperluan je.

    ReplyDelete
  4. Samalah kak. ingatkan bil letrik makin naik pkp ni, syukur tak banyak macam biasa. air cond pun on masa tidur je lah. rupanya yang naik banyak tu sekali 3 bulan bilnya. patutlah pun.

    ReplyDelete
  5. lupa tgk bil tp xdelah mahal sangat rasanya..adik lelaki byr online tu xthu brapa..hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah oklh tu mampu dibayar n xmembebakan

    ReplyDelete
  7. baru nak imagine rumah pasang aircond 24 jam..

    siap satu rumah lagi..

    bagaimana penjimatan elektrik adalah usaha yang bagus semasa ekonomi gawat ini

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)