JENIS-JENIS DRILL DAN BEZA KEGUNAAN SETIAP SATUNYA

JENIS-JENIS DRILL DAN BEZA KEGUNAAN SETIAP SATUNYA Hi semua.. Awal-awal saya menulis blog dulu saya jana pendapatan guna Nuffnang. Sebulan dapat la rm100. Kadang- kadang kumpul dapat lebih lagi. Nak tahu apa barang yang saya beli hasil pertama dari blog ni?? Drill Driver. Harganya RM120.



Ini lah drill yang saya beli guna hasil pertama dari blog.  Dah 10 tahun drill ni masih elok , masih gagah dan sentiasa bersedia. Eceh!!

Brand DCA model J1Z-FF-10A. Sekarang ni saya tak tahu harganya berapa. Sekarang dah banyak model lain dan ada yang harga cecah rm200 lebih

Kalau orang lain mungkin akan beli baju dan belanja makan, Beza pulak dengan saya yang beli Drill. Drill dan perempuan tu jauh sangat untuk dipadan kan.Hahah



Bagi saya semua rumah patut ada satu drill. Drill adalah satu keperluan. Bukan barang yang "kalau tak de pun tak pe la". Drill ni banyak sangat membantu suami saya buat kerja-kerja baik pulih dalam rumah.

Pasang besi langsir, rak baju, rak tudung, baiki rak dapur, pasang tempat gantung tv, buat meja untuk rilek2 kat depan rumah dan banyak lagi la. Belum kira dengan bakti nya di kampung saya dan rumah jiran2 jugak.



Sebab tu kalau ada orang pinjam drill ni 10 kali saya tanya suami, "dia dah pulangkan ke belum?" dasar perempuan kedekut.Hahaha..

Nak beli drill ni just pergi kedai dan tanya je taukey tu..

"ini boleh tebuk dinding tak?? kayu boleh?? besi boleh??"

Cina tu kata boleh terus ambik bayar.Hahaahah.. Nampak tak perempuan membeli cemana?? Pantas tau.

Tapi kalau korang nak buat style membeli macam saya ni kena buat kat kedai hardware yang korang dah biasa pergi dan tahu cina tu tak auta korang la. Silap-silap balik rumah silap beli drill la jawab nya.

Drill ni bukan semua sama tau. Nampak je semua macam pistol, boleh pusing-pusing. tapi fungsinya lain-lain tau. Saya saran kan untuk korang beli kat kedai hardware. Senang nak tanya apa-apa yang tak faham pada penjual tu. Cari la penjual yang knowledgeable dan tak kisah kalau korang banyak tanya.



Kalau jenis malas nak menjawab pergi je cari kedai lain. Biasanya cina kedai hardware ni ramah tamah tau. Kedai hardware kat rumah saya ni kalau suami pi kedai dia bagi yougurt la, bunga la..hahaha

Kat sini saya share posting yang dikongsi oleh saudara Fateh Hakeem berkaitan Drill dan kegunaan nya yang berbeza supaya korang lebih jelas drill macam mana yang sebenarnya korang nak beli.




Drill vs Hammer Drill vs Impact Driver vs Rotary Hammer
Apa beza keempat-empat alatan ini? Semuanya ada mata berputar, ada tuil, dan bentuk seperti pistol.

Drill Driver
Ini adalah gerudi biasa kegunaan harian. Boleh tebuk lobang pada plastik, besi, dan kayu. Boleh juga digunakan untuk benam/buka skru. Kurang sesuai untuk melobangkan dinding batu. Antara keempat-empat alatan, drill biasa ini adalah yang paling murah dan paling ringan serta praktikal.

Hammer/Impact Drill
Tambahan pada drill, gerudi jenis hammer drill ini ada satu lagi fungsi iaitu hammer, sesuai untuk menebuk lobang pada dinding batu. kepalanya berputar sambil ada aksi mengetuk seolah-olah ada tukul. Biasanya ada logo tukul pada body dia. Sebab tulah namanya hammer drill. Harganya sedikit mahal berbanding drill driver biasa.

Impact Wrench
Ramai yang sangka impact wrench ini sama seperti drill kerana rupanya yang lebih kurang sama. Kekuatan impact driver ini adalah pada daya kilasnya (torque) kerana aksi 'mengetuknya adalah seiring arah putaran. Sesuai untuk membenam dan membuka skru/nut yang ketat atau berkarat. Namun, ia tidak sesuai untuk menebuk lobang. Jika kegunaan anda banyak pada membenam/membuka skru, ini adalah alatan yang sesuai dimiliki.

Rotary Hammer
Rotary hammer ini adalah bapak segala gerudi. Sekeras mana dinding konkrit, ia mampu tebuk. Setebal mana dinding, ia mampu tembus. Rotary hammer ini kerjanya satu sahaja - tebuk dinding konkrit. Nak benam skru boleh guna adapter dan off hammer function. Drill bitnya pon jenis khas: SDS shank bit- lebih keras, besar, dan panjang. Korang sukalah kan?😁

Harga
Boleh usha dekat shopee / lazada / kedai hardware. Boleh dapat semurah RM40 dan semahal 4 angka. Apa-apa pun, tanya poket dan keperluan masing-masing. Macam saya yang amatur DIY ni, brand oem china pun sudah memadai. Yang penting buat research dahulu sebelum membeli.




Corded vs cordless
Secara amnya, cordless lebih mahal berbanding corded. Untuk tools kecil seeloknya cari yang cordless sebab ia lebih praktikal. High power tools macam rotary hammer, saya prefer corded sebab lebih puas pakai dan harga lebih marhaen. Kalau cordless rotary hammer, memang harga yahudi mabuk todi 😝.

Kesimpulan
Jika anda tiada mana-mana power tools dan masih pening nak pilih apa, hammer drill adalah kompromi terbaik antara keempat-empat alatan ini. Semua ia mampu buat, cuma bukan terbaik dalam mana-mana bidang kerja.

Secara peribadi, saya ada cordless drill dan rotary hammer. Banyak gunakan cordless drill sebab praktikal. Bila nak melobangkan dinding batu, kita bawa keluar rotary hammer. Hamek kau, puas hati!
Ada lagi yang saya tertinggal? Boleh kongsikan di bawah.
Semoga bermanfaat! 

Sumber: Fb Fateh Hakeem


Post a comment

8 Comments

  1. Drill penting tu bagi yg rajin bertukang

    ReplyDelete
  2. Drill memang wajib ada dalam rumah kan, senang

    ReplyDelete
  3. Rumah Mrs. A takde drill so memang sedikit leceh kalau nak guna drill kena pi pinjam kat b.i.l

    ReplyDelete
  4. Drill pun ada berjens-jenis ya.

    ReplyDelete
  5. Cari benda2 macam nj kat diy ..murah la sikit

    ReplyDelete
  6. antara benda wajib ada esp utk mereka yg baru pindah rumah hehehe

    ReplyDelete
  7. byk kegunaanya..tapi tulah, time nk berehat ptg2 Ahad, jiran rmh bwh meng-dril, sabar jelah..lama pulak tu..

    ReplyDelete
  8. ok mama tak pernah guna drill. mama kena belajar ni huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)