IMPIAN BERTAHUN DIMAKBULKAN BERKAT DOA DAN KATA-KATA YANG BAIK.

Hi semua. Minggu ni saya bertemu semula di alam maya dengan seorang kawan lama yang nak kata rapat sangat pun tidak la. Cuma di masa saya bujang dulu kami sama-sama bekerja di satu kilang di Jb. Saya seronok dengar dia bercerita tentang diri dia selepas sekian lama kami tak bertemu.



Yang paling menarik sekali bila dia cerita tentang anak-anak nya. Setiap anak ada cerita yang sangat menarik. Sama la macam orang lain kan? Tapi yang bestnya bila dia cerita kan tentang anak sulung nya yang satu ni.

Saya agak terkejut bila dia sebut anak sulung sebab setahu saya masa dia kerja dulu dia memang tak de anak lagi walaupun dah 3 tahun berkahwin. dia berkahwin masa tahun 2000.

1 tahun selepas berkahwin dia masih belum ada tanda2 hamil. Masuk tahun ke dua pun sama. Tahun ke 3 begitu jugak. Dia mula rasa sedih bila adik2 dan sepupu2 dia  yang dah kawin semua nya melahirkan anak selepas setahun lebih berkahwin.

Dia mula rasa rendah diri, mudah terasa dan paling sedih bila time raya dan kenduri kendara.



Bila balik ramai-ramai ke kampung jumpa saudara mara lain yang jarang bertemu mesti ada soalan tentang anak.

"ni anak siapa? OOoo anak abangchik, 2 orang, anak si Angah 2 orang jugak.. Anak si Along yang mana satu??"

Bila masuk je soalan tentang anak si Along, dia mampu jawab dengan ketawa kecil je. Tapi dalam hati tuhan je yang tahu. Tapi yang buat dia rasa bersyukur bila  ada yang tahu dia tak de anak lagi mesti orang kata yang baik2 sahaja untuk dia dengar. dan ada yang siap tadah tangan doakan semoga dia dapat anak.

Alhamdulillah. Dikelilingi orang baik-baik..kan?? tu pun salah satu rezeki jugak tu.




Bila dah selalu dengar benda yang baik2 dan doa dari orang2 yang tahu dia tak de anak, selepas 8 tahun kawin dia disahkan hamil. Dia percaya apa yang Allah bagi pada dia ni mungkin disebabkan doa2 orang ramai pada dia. Doa jiran2 dia, doa kawan tempat kerja, doa mertua, doa dari biras.

Disebabkan doa2 tu juga Allah bagi dia ketenangan hati, hidup yang bahagia walaupun masa tu dia tak de anak pun. Balik rumah sunyi je rasa tak de bunyi budak2. Tapi sekejap je dia fikir pasal benda2 gini. selebihnya hati dia tergerak untuk buat benda lain yang buat dia lupa sekejap pasal anak.



Sekarang ni anak dia dah umur 11 tahun. Anak kedua umur 9 tahun. anak ke tiga umur setahun. Tiap kali balik raya , dia akan bawak anak2 dia tu pergi rumah jiran2, pergi rumah kawan sekolah. dia bagi anak2 dia kenal orang2 yang mendoakan dia dan anak dia dulu.

Saya semakin percaya bila kita bertemu dengan orang yang belum ada rezeki anak ni, kita bercakap lah benda2 yang baik pada dia, doakan dia. Entah la kita pun tak tahu doa kita mustajb ke tidak tapi sekurang2 nya dia akan senang hati, tak sedih. tak stress..

Bila ada rezeki dia nanti InsyaAllah, dia tak kan lupakan kita yang menjadi salah seorang yang menjaga hati dia.

Tu je la saya nak cerita.. Semoga bermanfaat untuk semua..

Post a comment

18 Comments

  1. amin ya robbal alaminn .. ;p

    ReplyDelete
  2. lama tu 8 tahun takde anak tapi bagus la dia sentiasa positif. alhamdulillah allaah dah makbulkan doa dia :)

    ReplyDelete
  3. Tolong doakan saya bertemu jodoh dengan orang yang baik.
    Terima kasih berkongsi cerita yang beri inspirasi pada saya.

    ReplyDelete
  4. Betul, kadang2 geram dengan yang tak ada common sense, seolah2 yang tak ada anak tu sengaja tidak mahu anak

    ReplyDelete
  5. syukran, peringatan yg baik..semoga kita termasuk dalam golongan mereka yg sentiasa berfikiran positif & mendoakan yg baik2..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..yg penting sentiasa positif..yakin dgn ketentuanNya

    ReplyDelete
  7. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  8. Kata2 yang baik beri kesan positif kepada yg mendengar. Tahniah kepada kawan Diana tu.

    ReplyDelete
  9. doakan untuk shida juga kak diana :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..alangkah beruntungnya...tenang bila dpt circle yg baik2..suatu rezeki jgk tu

    ReplyDelete
  11. aamiin.. alhamdulillah rezeki..bgs kawan diana sentiasa positif..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah doa terkabul saat yg tepat insyaa-Allah

    ReplyDelete
  13. moral of the story, jgn berhenti berdoa. sbb kita tak tahu yg mn sy akan termakbul. sesuatu rezeki tu akan hadir tepat pd masanya tak pernah lewat even sesaat

    ReplyDelete
  14. Fikir yg positif hasilnya pun posifif.insyaalllah

    ReplyDelete
  15. Jangan patah semangat dan teruslah yakin dalam doa, kelak jika memang sudah waktunya apa yang diinginkan akan dikabulkan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Allahu, tersentuh hati saya baca. Masih ada manusia yang ada common sense mcm DianaRashid ni... Saya sendiri masih ikhtiar hamil 8 tahun, sentiasa berdoa n ikhtiar. Yang penting, kuatkan hati sendiri dengan stay positive, bersangka baik dengan Allah dan minta org doakan. =D

    ReplyDelete
  17. ya doa yang tak putus-putus dari hambanya, insha allah akan datang juga rezeki pelbagai cara. kakak saya pun 9 tahun kahwin baru Allah bagi rezeki anak. dan skrang dah punya 2 anak dan diorang pun dah tamat belajar.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)