CARA MENGATASI MASALAH CHECK IN PADA APP MYSEJAHTERA

CARA MENGATASI MASALAH CHECK IN PADA APP MYSEJAHTERA Sejak diumumkan pemberian RM50 kedalam eWallet untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi ini ramai yang mula memuat naik aplikasi ni di playstore.



Aplikasi ni sangat bagus sebab ada maklumat terkini berkaitan Covid 19.Selain tu juga ada disediakan perkhidmatan booking temujanji ke klinik kesihatan, boleh dapat khidmat nasihat kesihatan, dan banyak lagi.




Aplikasi ni selamat dan terjamin untuk digunakan. Sebab itu kerajaan menggalak kan kita menggunakan aplikasi ini.



Tapi sejak diumumkan pemberian rm50 kepada yang memuat turun aplikasi ini, ramai yang mengalami berbagai masalah ketika mendaftar. MySejahtera ada mengumumkan masalah pendaftaram mengalami sedikit masalah disebabkan keseksakan dan kebanjiran pengguna yang mendadak yang mencuba untuk akses ke MySejahtera.

Jadi bagi yang belum mendaftar diharapkan dapat bersabar. Bagi yang sudah mendaftar korang mungkin akan mengalami masalah pada bahagian "Check In".



Untuk mengatasi masalah Check In ini apa yang korang boleh lakukan adalah seperti di bawah.

1- pergi ke SETTING

2- Pilih Apps

3- Pilih MySejahtera

4- Clear data

selesai..



Kemudian pergi ke butang home di smartphone korang dan buka Aplikasi MySejahtera dan Log In menggunakan pasword dan email yang korang gunakan untuk mendaftar.

Inilah cara menyelesaikan masalah Check In pada aplikasi MySejahtera.

sekian..

Post a comment

2 Comments

  1. kita lama dah dl apps ni tapi tak register lagi, baru ni nk register asik tak boleh je... nyampah betul

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)