BAYAM BRAZIL DAH MULA MEMBIAK ~ TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI

BAYAM BRAZIL DAH MULA MEMBIAK ~ TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI  Awal bulan hari tu lepas PM kata dah boleh merentas negeri kami ada la balik kampung. Dah lama tak balik kampung. Nak la melawat mak dan anak-anak saudara tu.

Seronok kalau duduk di kampung ni bila petang2 boleh jugak keluar rumah walaupun sekadar keliling rumah je. Boleh belek2 pokok bunga, sayur, nampak ayam , itik. Betul tak?

Kalau duduk di kawasan perumahan ni susah sikit la. Lagi2 kalau tanah sekangkang siput je. Nak keluar pun setakat ke pintu pagar. Tengok kereta tengok rumah depan kiri dan kanan. Hahaha. Lepas tu masuk rumah semula , main phone.

Pokok bayam Brazil dirumah mak


Rumah mak saya kat kampung ni ada macam-macam jenis pokok yang kakak saya tanam. Salah satunya ialah pokok Bayam Brazil. Tepi pokok bayam brazil tu ialah pokok bidara. Daun dia saya buat minyak tau. Sapu time anak2 batuk atau selsema.

Saya ada ambik segenggam je Bayam Brazil ni untuk bawak balik ke Penang . Saya kan tengah diet. Jadi kalau lapar buka peti sejuk , ambik satu pokok dan makan. sekarang dah habis la daun tu. Makan timun je kalau lapar.heheh

Teringat pulak nak tanam kat pasu di luar rumah tu.Mana lah tau kot2 menjadi naik pokoknya. Mak kata pokok ni senang tumbuh. Ikutkan pengalaman hidup saya ni, jarang2 sekali pokok yang saya tanam tumbuh dengan baik dan sempurna.

Ada yang tumbuh tapi tak berbuah, dah bertunas tiba2 mati, yang elok bercambah , bila tanam sekali memburuk dalam tanah, semua ada la..dan kebanyakan nya tak menjadi.Hahahah

Jadi saya pun ambik la 2 pokok Bayam Brazil ni je untuk cucuk dalam pasu. Lepas cucuk tu boleh pulak lupa pasal pokok Bayam Brazil ni. Kesian betul dia. Terabai selama 2 minggu lebih. Tu la punca pokok tak menjadi tu.Lupaaaaaa....

Semalam masa nak buang daun-daun pokok lengkuas yang merimbun teringat nak check pasu Bayam Brazil. Punya la seronok bila tengok pokok tu dah membiak. Dah tumbuh kelopak2 baru.




Gambar masa baru2 cucuk kat pasu tak ambil la pulak. Kalau tidak boleh juga buat kenangan.Kan?

Tak sabar pulak nak tunggu dia merimbun macam pokok bayam orang lain. Kawan-kawan saya kat FB ada kongsi juga gambar Byam Brazil diaorang. Ish!!saja je diaorang tu nak bagi saya jeles.

Kita zoom sikit..

Lepas ni nak cucuk2 dalam semua pasu yang ada.Biar tumbuh banyak. Boleh saya makan setiap hari. Saya suka makan Bayam Brazil ni gantikan salad dalam laksa. Makan dengan mee dan bihun, megi, macam2 la..

Pokok Bayam Brazil ni juga boleh dijadikan pokok hiasan. Saya ada banyak pasu kosong ni. Tinggal nak beli tanah je. Lepas tu siap la kau. Saya nak jadikan rumah ni rumah bayam Brazil.Kahkahkah..

Cara Tanam dan Penjagaan Pokok Bayam Brazil
Nak tanam pokok ni senang je. Cucuk je dalam pasu. Siram 2 hari sekali pun ok. Kalau kawasan kerap hujan tak payah siram pun tak pe.Eceh!! pandai nak ajar orang tu. Padahal pokok ni memang jenis senang tumbuh. Hahah..

Ok.. lah tu je la nak cerita.



Post a comment

15 Comments

  1. Rumah mak kita penuh dengan bayam brazil..sampai x larat nak makan hehehe.. sedap makan buat ulam. salam kenal

    ReplyDelete
  2. ramai pula yg tanam bayam brazil nih..rata2 tanam mesti menjadi..nanti nk pi cari hehee

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat pokok ni.
    Mudah2an hidup subur merimbun

    ReplyDelete
  4. Salam DR.... apa khabar?
    Kebetulan hakak pun mintak anak pokok bayam brazil ni dengan jiran 2-3 hari lepas.... Baru jugaklah tanam dlm pasu. Tadi tgk ada sepokok dua mcm dah layu jer. Harap harap yg lain hiduplah . Tulahhh org dah lama makan hasil tanaman kita masih lagi nak belajo menanm hihi

    ReplyDelete
  5. Itulah ada juga terbaca katanya poko bayam brazil ni senang hidup.
    Tapi tak tahulah kalau Mrs. A yang tanam hidup ke tidak huhuhuuu... selalu menanam tak hidup orang kata tangan panas.

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH RAJIN BERCUCUK TANAM ADA HASILNYA

    ReplyDelete
  7. bagus buat sendiri minyak bidara..akk ada beli minyak ni, alhamdulillah, ok..

    mmg viral pokok bayam ni..tak pernah jumpa lg...boleh buat salad rupanya, ingatkan mcm bayam biasa..

    ReplyDelete
  8. Sedap bayam brazil..masa bulan puasa haritu dapat jugak la merasa bayam brazil, sepupu bagi dari kampung

    ReplyDelete
  9. Akk pun terjebak juga dgn bayam brazil ni, baru tanam juga hihi. Jiran sebelah rumah ada tanam, dia rajin bagi akk sbb dia kata tak sempat nak makan tu dia..mmg mudah nak tanam, cucuk2 je dah hidup.

    ReplyDelete
  10. memang senang nak hidup pokok bayam brazil ni kan D, kalau D cucuk banyak2 dalam pasu tu lagi dapat banyak pokoknya. :)

    ReplyDelete
  11. bayam brazil is one of my favourite. nak belajar tanam jugak sbb nnt tak payah susah-susah keluar pegi beli bila habis.

    ReplyDelete
  12. Oi Diana sou o seguidor número 4984 e gostaria que você me seguisse também.

    ReplyDelete
  13. Hahaha .. jangan dihajar tuh orang, kak :D.
    Aku kok baru tau ya ada bayam jenis Brazil .., apa aku yang tidak paham pohonnya 🙈.
    Ternyata banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Diana! Walaupun pokok tu katanya senang membiak, tapi kalau takde usaha..celah mana pulak dia nak membiak kan..haha

    Mcm saya la..belum sampai seru nak menanam bayam brazil..hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)