APA WANITA PERLU BUAT JIKA DIGANGGU LELAKI NAKAL

Hi korang., Kat twitter sekarang ada cerita seorang gadis yang diganggu lelaki nakal. Kesian juga baca cerita sigadis tu sebab ada komentar yang kata "dia pun melayan.."..  Tak pasal-pasal gadis tu pulak di persalah kan.



Padahal gadis tu bukan melayan, dia cuma bercakap baik2 supaya lelaki nakal tu tak bertindak kasar pada dia. Pandangan orang yang sekadar membaca tapi tak mengalaminya. Susah juga untuk di nilai.

Kalau saya sendiri pun takut juga nak tunjuk bakat menengking saya ni bila di ganggu lelaki nakal. Lagi-lagi kalau time tu kita berseorangan. Risau dia diam-diam ekori kita sampai kerumah dan buat sesuatu yang lebih buruk lagi di masa akan datang.

Lagi-lagi bila dia tahu siapa kawan-kawan kita, dimana tempat tinggal kita dan sebagainya. Hati orang ni kita bukan tahu. Bila dah terguris sikit pun mula la nak berdendam.

Ada juga yang kata "tak payah layan dan just diam je.." . Yang ni saya setuju terutamanya kalau kita berada di tempat yang ramai orang. Bila kita diam dan tak pedulikan dia, seolah-olah dia tak de di depan kita, itu akan buat dia tak ada sebab untuk bertindak kasar pada kita.



Kalau dia datang sentuh kita baru lah kita jerit sekuat hati.

Satu lagi bila ada lelaki nakal ganggu korang,  korang boleh cepat2 pergi ke tempat yang ramai orang. Lelaki nakal ni dia suka ganggu perempuan kat tempat yang jauh dari orang ramai. Diaorang ni memang berani time sunyi je. Kalau ramai orang dan2 jadi sopan santun.

Korang cari lah mana2 lelaki ke abang2 ke yang badan sado2 sikit atau yang nampak dewasa sikit. Cerita kat dia.." encik..lelaki tu ganggu saya dari tadi lagi..Saya takut.." sambil cakap tu korang tunjuk2 la kat lelaki nakal tu. Comfirm kepanasan lelaki nakal tu dan mesti dia cepat2 blah dari situ.

Bagi saya, wanita patut tahu sekurang-kurang nya asas dalam membela diri. Kalau dah rajin sangat boleh je join kelas Taekwando atau silat. Tapi kalau tak de masa nak belajar, boleh je la tiru sikit2 asas membela diri yang banyak kat Youtube tu.

Di bawah ni saya share self-defense illustrations untuk korang cuba, Kalau hari-hari buat mahir la nanti.








Sebelum tido, asah sikit2 penumbuk kita ni.. Hahaha. Beli punching bag satu. Letak dalam bilik. sebelum tido asah penumbuk dulu. Lama2 tak la kekok nak bagi sedas dua kat muka orang. Hahahh.

Kalau dah tak tahu apa-apa seni mempertahan kan diri korang boleh cuba:
- attack sensitive parts (mata, alat sulit)
- capai pasir/batu dan baling kat muka lelaki nakal tu.
- jerit sekuat untuk tarik perhatian orang ramai dan menakutkan pelaku.
- attack guna pin/keronsang. payung, botol air, kunci.
- berani. jangan sekali-kali tunjuk yang korang tengah takut.




Jangan fikir positif sangat ye.. Ada orang dia rasa sentiasa selamat dan tak pernah fikir buruk2.

" tak de siapa la nak kacau aku ni.. Aku bukan lawa pun.."

" aku bukannya lalu tempat gelap2 dan sunyi2 ni sorang2.. tak de sebab kenapa nak lalau situ.."

" tak pe la ..laki aku sado , ada kungfu.. tak de siapa beranai kacau aku..."

" .. mana ada orang jahat kat kawasan ni. Semua orang kat sini aku kenal.Semua baik2"

Orang yang selalu fikir positif tak kena tempat ni lah selalunya yang mudah jadi mangsa penipuan dan jenayah. sebab dia tak bersedia dengan apa pun kemungkinan buruk yang berlaku.

Siapa pernah di ganggu lelaki nakal? If you don't mind, share your experiance in the comment. ^..^








Post a comment

8 Comments

  1. Terima kasih atas tips diberikan. Memang tidak pernah terfikir lagi perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  2. Tulah, terkejut baca kat Twitter pasal lelaki ni, berani sungguh!

    ReplyDelete
  3. Yang pentingnya jangan sesekali bersendirian di tempat2 yang meragukan,

    ReplyDelete
  4. Thanks untuk tips tu.. Takutla kalau perkara macam ni jadi

    ReplyDelete
  5. Bagus tips tu. Boleh dipraktikkan. Tapi kalau ai kat tempat pompuan tu, benda first yang ai akan pk untuk buat adalah lari.

    ReplyDelete
  6. Yang penting jangan panik...

    ReplyDelete
  7. kurangkan berada di tempat yang sunyi dan asing...

    sentiasa berdoa minta perlindungan dan yang paling penting jangan keluar berseorangan

    ReplyDelete
  8. elok juga ada sedikit ilmu pertahanan diri utk kegunaan bila perlu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)