5 Western Restaurant You Must Check in Kuala Lumpur, Malaysia

5 Western Restaurant You Must Check in Kuala Lumpur, Malaysia


Menonton rancangan tv dari negara-negara eropah tentu membuatkan anda tertarik dengan berbagai hidangan barat yang disajikan. Anda tak perlu lah sampai terpaksa mengunjungi negara tertentu hanya untuk merasai hidangan yang ditunjuk kan.

Di Malaysia sendiri sudah banyak restoran barat yang anda boleh dapat nikmati berbagai hidangan barat tanpa perlu keluar negara .Here are 5 western restaurant you must check in Kuala Lumpur, Malaysia.



#1- Western Express

Kebanyakan orang semestinya sudah mengenali restoran ini dengan murtabaknya yang dikatakan agak tebal dan juga sedap. Akan tetapi makanan barat juga merupakan hidangan yang istimewa yang utama di restoran Western Ekspress ini. 

Antara menu barat yang menjadi pilihan orang ramai di sini ialah Chicken Chop dan juga Fish & Chip yang dibakar dan juga menjadi menu yang harus di cuba apabila anda berada di restoran ini. Sos lada hitam yang membanjiri Chicken Chop diakui sedap oleh ramai pelanggan yang telah mencubanya. 


Antara menu barat lain yang dihidangkan di sini ialah The Slopper dan bahan yang yang digunakan untuk membuatnya ialah sosej, coleslaw (sayuran cincang berkuah likat), fries dan telur bersama sos cendawan dan mayonis. 

Dan bagi sesiapa yang ingin mencuba murtabak yang dihidangkan restoran Western Ekpress ini anda disarankan mencuba Murta Burger. Ianya merupakan burger versi murtabak. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan layanannya juga sangatlah bagus.  

Alamat: 52-G, Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak,  56000 Cheras, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 3 am



#2- Killer Gourmet Burger - KGB



Kepada peminat-peminat tegar burger boleh singgah ke restoran KGB ini kerana ia sememangnya terkenal dengan kualiti burger yang sememangnya dijamin terbaik. Burger yang dihidangkan di sini sememangnya berbeza daripada burger yang   dihidangkan di tempat lain. 

Terdapat pelbagai jenis burger yang terdapat di sini seperti Bobcat Club, The Shack, Bella Bomb dan Tornado. Harga untuk hidangan di restoran Killer Gourmet Burger ini sememangnya berpatutan. 

Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 10.30 pm) manakala Jumaat – Ahad (12 – 11 pm)




#3- Paksu Chicken Chop 

Perkara utama yang pelanggan tahu mengenai restoran ini ialah harganya yang murah. Dan Chicken Chop yang rangup dan lembut dibanjiri sos lada hitam yang istimewa sememangnya menjadi hidangan utama restoran ini. Anda juga boleh menikmati hidangan barat yang lain selain Chicken Chop seperti Lamb Chop, Spaghetti Carbonara dan juga pankek.  

Saiz hidangan untuk setiap menu juga agak besar jadi ia sememangnya akan memuaskan selera anda semua. Selain itu restoran Paksu Chicken Chop ini cukup selesa dan ianya terletak  betul-betul di hadapan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, jadi pelanggan yang beragama Islam boleh menunaikan kewajipan sewaktu menunggu meja atau selepas menikmati hidangan di restoran Paksu Chicken Chop ini.


Alamat: 289,, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 12 am


#4- The Grato® Original by Chef Yasser

Kualiti hidangan barat yang dihidangkan di sini sememangnya terbaik kerana restoran The Grato ini dimiliki oleh seorang chef profesional yang agak terkenal dan nama beliau ialah Chef Yasser. Restoran The Grato ini bukan sahaja menyajikan makanan Barat malah terdapat juga makanan Itali seperti  piza, pasta, burger dan nachos. Persembahan hidangan di restoran ini juga semestinya menarik dan juga cantik. 


Sebenarnya sudah banyak hidangan yang dipuji oleh pelanggan seperti piza, burger dan juga pasta. Walaubagaimanapun, piza merupakan hidangan yang sering disebut-sebut oleh para pelanggan yang telah pernah mencubanya. 

Suasana di restoran ini juga sangat selesa dan dekorasinya juga sangat menarik. Bukan itu saja, restoran The Grato ini juga pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Jadi tidak hairanlah bila ramai pelanggan yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi makanan barat kegemaran mereka. 

Alamat: Lot 531, Jalan AU 1/4D Jelatek Business Centre, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 – 11.30 pm


#5- Copper 

Restoran ini menghidangkan masakan dari Eropah dan juga Mediterranean. Restoran yang terletak di Menara Shell ini juga mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya yang mengagumkan. 

Hampir semua hidangannya mendapat pujian daripada pelanggan dan kebanyakan menunya boleh dikatakan ringkas namun cantik. Antara yang boleh anda cuba ialah Shakshuka, Roast Beef, Suquet de Prix dan Seabass Spaghettini.


Arrabiata. Copper menjadi pilihan pasangan kekasih dan keluarga atau kumpulan. Ini kerana suasananya ceria dengan cahaya semulajadi pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam.

Alamat : Level 5, Menara Shell, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Menu western memang menjadi kegemaran ramai orang. Manakan tidak, menu makanan barat ini memang banyak yang sedap. Lagi-lagi jika persembahan makanan itu sendiri nampak sangat mewah dan eksklusif. 
Yang pasti, tidak semua menu makanan western itu mahal. Masih ada lagi pilihan menu western food dengan harga yang sangat berpatutan. Jika terasa leceh nak ke mana-mana restoran, boleh saja guna servis penghantaran makanan seperti Foodpanda. Duduk kat rumah pun boleh makan menu western food dengan adanya servis delivery sebegini.
Para pengemar steak, pizza dan burger khususnya tentu akan sangat happy dengan adanya tempat makan western food near me yang best best begini! Lihat gambar pun dah rasa teringin, belum lagi betul-betul masuk ke dalam mulut kan? Apa tunggu lagi, jom kita order menu western food yang berdekatan dengan lokasi kediaman masing-masing.

Post a comment

1 Comments

  1. Shedap sangat tu...kalau ke KL nanti bolehlah singgah makan.. kalau tak sampai KL blur nak makan mana...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)