RESEPI TEMPOYAK MASAK ASAM YANG PALING SENANG DAN SEDAP

Setahun sekali baru la merasa dapat makan masak tempoyak. Bukan sebab tak de tempoyak tapi sebab malas nak makan. Hari-hari masak lebih kepada selera suami dan anak-anak.




Tempoyak sentiasa ada je dalam peti sejuk. Maklum la, orang perak..kan? Hahahha.. Wajib la dalam peti sejuk ada tempoyak. Selalunya kalau buat masak tempyak ni mesti buat madsak asam tempoyak. Kalau masak lain tu susah sikit la tekak ni nak terima.


Macam ni la rupa Tempoyak masak asam yang saya selalu buat. Saya letak kunyit sikit untuk bagi kaler kuning tu naik. Kalau tak letak kunyit kaler nya pucat saja. Tak letak pun tak pe. sama je rasanya tetap sedap.

Kemestian jugak bagi saya bila buat Tempoyak masak asam ni mesti nak letak timun.Timun tu tak nak masak sampai lembut pun tak pe. Resepi saya ni sebenarnya tak de sukatan bahan pun. Main campak2 je. 

Terserah korang nak lebihkan apa dan kurang yang mana.Yang penting garam kena secukup rasa. Ok jom la tengok resepi Tempyak Masak Asam yang saya sediakan ni. 


Bahan_bahan:

2 sudu besar tempoyak
2 ekor ikan (terserah nak ikan apa pun.Ikut selera masing-masing)
1/2 biji timun
5 biji cili padi. kalau nak pedas boleh lebihkan.
1 biji bawang besar
2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
1 batang serai
sedikit daun kesum
bunga kantan

Cara-Cara membuat Tempoyak Masak Asam:

Bersihkan ikan dan masuk kan dalam periuk.
Kisar bawang besar dan cili padi.
Kemudian masuk kan ke dalam periuk ikan tadi.
Masuk kan tempoyak, serai yang diketuk2 sikit dan semua bahan lain.

Masak atas api hingga ikan cukup masak.

Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je ..kan?? sangat sedap kalau makan dengan ulam-ulam. Ada orang yang suka letak petai. Tapi saya tak de petai.Sini susah nak jumpa petai so saya letak timun la. Saya suka timun. :)

Selamat mencuba.

Post a comment

0 Comments