Skip to main content

RESEPI ROTI PURI TAK PAKAI YIS YANG MUDAH DAN SEDAP

Berbuka puasa dengan Roti Puri bukan saja mengenyang kan tapi juga menjimatkan sebab Roti Puri ni makanan yang ringkas dan cara membuatnya juga cepat dan mudah. Roti puri yang saya buat ni tak menggunakan Yis jadi dia punya roti jadi rangup dan kena di di masak dengan hati-hati sebab kalau dia pecah masa kita menggoreng minyak akan masuk dan rasa tak best la sikit. 


Tapi kalau roti Puri yang guna Yis dia lebih kenyal dan tebal  bila kita koyak masa nak makan tu. Tak mudah pecah masa menggoreng. Sama ada guna yis atau tak guna yis korang tetap kena perap doh roti Puri ni dulu tau.

Rahsia kesedapan Roti Puri ni juga ialah pada pencicahnya. Ada yang suka cicah dengan  sambal. Ada juga yang suka cicah dengan kari. Tapi yang paling sedap sekali ialah makan dengan kari kambing. Boleh tersandar puas. Hahaha.

Disini saya kongsikan resepi membuat Roti Puri tanpa menggunakan yis yang sangat mudah dan sedap.


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
sedikit garam
air suam
5 sudu minyak masak

Cara-Caranya:

Masuk kan minyak masak dan garam ke dalam tepung.

Gaul dengan hujung jari je.

Bila dah sebati masuk kan air sikit demi sikit sambil uli doh jadi lembut dan tak melekat.

Bulat2 kan doh kepada beberapa bahagian.

Kemudian biarkan selama 15-20 minit.

Lepas tu canai doh jadi nipis. sambil canai doh tabur2 sikit tepung pada doh.

Canai semua doh sampai habi. Biarkan doh yang dah dicanai tu selama 1-2 jam.



Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena banyak. Api perlahan je,

Bila minyak dah panas masuk kan doh yang dah dicanai tadi.

Jangan guna sudip yang tajam sebab takut Roti pecah dalam kuali.

Bila dah perang dan roti naik kembung angkat dan toskan.

Boleh la hidangkan dengan pencicah yang korang suka.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …