Skip to main content

MUDAH SAJA NAK BUAT JERUK CABAI ATAU CILI JERUK @ CHILI PICKLE - SEDAP DIMAKAN DENGAN MEE DAN CHAR KUE TIAW

Tiap kali  makan Char Kue Tiaw mesti nak letak cili jeruk. Kalau tak de cili jeruk atau jeruk cabai ni rasa tak lengkap pulak makan Char Kue Tiaw. Cili jeruk ni bukan sedap dimakan dengan Char Kue Tiaw je tapi kalau makan dengan bihun , mee goreng dan Mee segera pun sedap tau.


Kat rumah wajib ada cili jeruk ni sebagai penaik selera kalau nak makan mee segera di tengah malam. Tak payah nak potong2 cili tiap kali nak masak mee dan bihun. Cili jeruk ni jugak tahan lama. Lagi-lagi bila disimpan dalam peti sejuk. Boleh tahan dekat 2 bulan.

Cara saya buat cili jeruk senang saja. Saya juga letak hanya separuh balang saja cuka kedalam cili jeruk. mkananya kalau cili tu penuh 1 botol, cuka yang saya letak cuma separuh botol cili tu. Tak letak sampai penuh.




Masa awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan, jiran saya ada bagi sebungkus cili. Jiran saya ni berniaga sayur jadi selalu la dia bagi cili. mungkin sebab bekalan sayur terlalu banyak dan semua peniaga tak boleh berniaga jadi dia bagi banyak sayur-sayur pada keluarga saya . Alhamdulillah.. Rezeki masa PKP. 

Semoga jiran saya dimurahkan rezeki walaupun tak dapat keluar berniaga.


Bagi yang nak try buat cili jeruk disini saya sertakan cara-cara membuat cili jeruk yang kekal rangup dan boleh tahan lama.

Bahan-bahan:

1/2 kilo cili hijau
1 botol cuka makan
1 senduk gula

Balang kaca atau plastik

Cara-Caranya:

Bersihkan cili, buang tangkai dan toskan air. Nak cepat air kering lepas basuh cili tu letak atas kertas surat kabar. Lepas 1 jam, buang kertas surat khabar tu dan gantikan dengan tisu dapur 2,3 helai.

Pastikan balang kering da tak ada air.

Bila cili dah kering air, potong cili ikut citarasa korang. Ada jugak yang tak potong. Dia letak je cili sebiji2 dalam cuka tu tau. Sedap jugak .Cili kekal rangup dan segar.

Masuk kan cili ke dalam balang.

Dalam satu mangkuk masuk kan cuka dan gula.kacau sebati lepas tu tuang dalam balang cili tadi. Tuang separuh pun boleh, tuang sampai penuh pun tak de masalah.

Kalau tuang separuh je, korang tutup balang letak2 dan goncang2 kan sikit balang tu supaya cili bahagian atas terkena cuka.

Sekarang cili jeruk dah siap. Esok lusa dah boleh makan. Nak tahan lama simpan je dalam peti sejuk.

Selamat mencuba.


Comments

  1. CILI JERUK MEMBUKA SELERA

    ReplyDelete
  2. aduh. ni kegemaran ni.
    x pernah buat sendiri, diana.
    beli.
    yg dlm peti ais tu pun dah nak abis.
    tq for sharing.
    nanti nak try ikut resepi ni.

    ReplyDelete
  3. aduh. ni kegemaran ni.
    x pernah buat sendiri, diana.
    beli.
    yg dlm peti ais tu pun dah nak abis.
    tq for sharing.
    nanti nak try ikut resepi ni.

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …