4 JENIS PERNIAGAAN MAKANAN YANG PALING LARIS SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ramai yang terkesan dari segi pendapatan. Ini disebabkan ada syarikat yang sudah mengurangkan tenaga pekerja demi mengurangkan kos. Namun orang ramai dinasihatkan agar bertenang. Ada juga yang bertindak cepat dengan memulakan perniagaan kecil agar dapat menampung perbelanjaan keluarga. Perniagaan makanan menjadi pilihan utama orang ramai memandangkan ianya mudah mendapat permintaan pelanggan.



Kali ini saya kongsikan beberapa jenis perniagaan makanan sebagai langkah awal memulakan perniagaan. Kebanyakan peniaga yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan makanan disarankan memilih perniagaan yang memerlukan modal yang kecil namun mempunyai permintaan yang meluas. Berikut adalah perniagaan yang sesuai untuk pemula.

1- Burger
Burger adalah makanan ringkas yang sangat popular di Malaysia. Dari kampung hingga ke bandar burger sentiasa menjadi pilihan ramai mendangkan ianya mudah di masak dan harganya juga berpatutan.

Namun lokasi perniagaan perlulah menjadi fokus utama peniaga sebelum memulakan perniagaan. Lokasi  yang bagus ialah di tempat yang mempunyai ramai orang.Dari segi harga, ianya bergantung kepada modal bahan yang anda laburkan.



Untuk memulakan perniagaan burger adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat dan sedikit ilmu tentang perniagaan Burger. Terdapat Ebook yang boleh anda pelajari untuk mendapatkan pendapatan 5-6 angka sebulan hanya dengan perniagaan burger.



2- Aiskim
 Mungkin ada yang pandang sinis dengan perniagaan Aiskrim. Tapi kalau anda seorang yang peka dengan isu-isu makanan viral, jangan lupa yang Aiskrim antara makanan yang paling kerap mendapat perhatian netizen.

Dari aiskrim kelapa, kemudian Aiskrim coki-coki, aiskrim ala-ala Magnum hinggalah aiskrim Milo sering menjadi perhatian ramai.

Modal yang kecil dan yang penting ialah pemasaran yang bagus dan menjadikan perniagaan Aiskrim paling releven untuk anda yang ingin memulakan perniagaan Aiskrim.



3- Bergedil tauhu
Untuk sebiji bergedil tauhu harga yang biasa saya jumpa ialah antara RM1.50 - RM1.80. Ada yang jual 1 pek ada 5 biji dengan harga rm5.50.

Namun cara membuat bergedil tauhu tidak la begitu rumit dan bahan-bahan nya juga mudah untuk didapati. Bergedil tauhu juga makanan yang mudah disimpan dan tak mudah rosak.

Bergdil tauhu adalah makanan yang ringkas tapi cepat kenyang.Sebab tu ianya selalu mendapat tempat dihati para kaki makan. Dari dewasa hingga kanak-kanak, bergedil tauhu pasti jadi pilihan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan makanan, bergedil tauhu adalah salah satu makanan yang patut anda jual.



4-  kuih raya
Kebetulan, bulan puasa juga sama-sama disambut pada ketika perintah kawalan Pergerakan. Dan tak lama je lagi kita akan menyambut hari raya.

Bagi yang nak memulakan perniagaan boleh la mula menjual kuih raya. Walupun anda tak pandai buat kuih raya , boleh juga dapatkan bekalan kuih raya dari mereka yang membuat kuih raya.

Komisyen yang anda dapat tentu boleh membantu perbelanjaan seharian. Dengan pengalaman menjual kuih raya anda juga pasti mampu menjual lebih banyak barangan lain.

Hanya memerlukan modal untuk pemasaran anda boleh menjadi agent dan stokis untuk barang makanan dan pakaian.


Post a comment

1 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)