Advertisement

4 APLIKASI AL QURAN UNTUK MEMANTAPKAN BACAAN DAN SESUAI UNTUK YANG BARU BELAJAR MENGAJI

Sebelum Ramadan memang dah berniat nak khatam alquran sebab bila masuk Ramadan nak mulakan dengan juzuk 1 semula. Alhamdulillah berjaya khatam pada 20 April. Saya mengaji tak guna Alquran Manual. Guna Aplikasi je sebab mudah nak baca masa duduk-duduk depan tv atau kat dapur.

Maknanya bila ada masa lapang buka je la Quran untuk baca walaupun sekejap. Jadi cepatlah khatam nya.


Hari ni saya nak kongsikan beberapa aplikasi Al-quran yang korang patut cuba. Aplikasi Al-quran biasanya lebih lengkap dengan rujukan tajwid dan bacaan surah dari Qari dan ini sangat sesuai bagi mereka yang mengaji sendiri dalam masa yang sama boleh belajar dan merujuk cara bacaan.

Terima kasih untuk rakan-rakan facebook saya yang sudi berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi-aplikasi ini.

1- Al-Quran Melayu
Aplikasi yang saya gunakan hingga sekarang ialah App Al-Quran Melayu. Saya suka aplikasi ni dan masih kekal menggunakan sampai hari ni sebab mudah nak cari ayat dan surah yang kita nak baca. lepas kita baca dan nak tanda bacaan kita yang terakhir pun senang je.







Nanti nak baca balik cuma klik pada "Terakhir Baca" terus terpapar ke bahagian yang terakhir kita baca. Kita juga boleh settiing nak paparan yang ada terjemahan atau pun tidak.

Kalau sakit jari nak scroll dia boleh auto scrool tau. Selain tu kalau nak semak bacaan boleh dengar bacaan dari Qari  untuk lebih tepat cara bacaan nya.


kelemahan aplikasi ni ialah nak rujuk hukum tajwid kena  pergi kat setting dan kena check melalui warna. Dia tak terus tunjuk hukum tajwid pada paparan surah yang kita baca tadi.

2- Muslim Pro
Kebanyakan rakan-rakan saya menggunakan Aplikasi Muslim Pro. Menurut pengguna ianya adalah aplikasi berbayar kalau korang mahu . Yang bagusnya aplikasi ni selain ada Al-quran dan terjemahan nya , ada juga azan setiap kali masuk waktu solat, ada kiblat checker, dan juga hadis2 setiap hari.





Paling best sekali aplikasi ni ada personal tracker . Dia akan tanya Are You fasting today? Lepas tu bila cukup sebulan nampak lengkap jadual tracker kita tu rasa kagum la dengan diri sendiri.

Kelemahan aplikasi ni pulak ialah ia nampak tak kemas dan ada banyak sangat iklan. Kalau nak guna aplikasi ni korang kena banyak scroll la.

Bagi yang baru2 reti guna smartphone untuk akan rasa serabut sikit la. Ada orang yang bila dia tengok banyak sangat benda kat satu paparan mula la dia rasa susah nak guna. kan??

Tapi bagi pendapat saya ianya adalah salah satu aplikasi terbaik setakat ni.


3- Quran By Quran.com
 Ramai juga yang menggunakan aplikasi Quran By Qrran.com ni. Aplikasi ni khas untuk bacaan Al quran sahaja. lengkap dengan terjemahan dan bacaan qari.



Kita boleh pilih Qari mana yang kita nak dengar alunan bacaan alquran dari mereka.

Tapi saya tak mengemari aplikasi ni sebab dia makan banyak space dalam storage phone saya. Selepas install saya di suruh untuk download  required files . Kalau tidak app tu tak berfungsi. 77.59 mb je. tapi bagi yang ada internet terhad tu tak sesuai untuk guna aplikasi ni.




Untuk menyemak terjemahan nya juga korang download terjemahan tersebut. Bermakna aplikasi ni 80 % nya menggunakan internet.



4- Tilawah Malaysia
Aplikasi tilawah Malaysia ni dikongsi saudara Mizue7 di twitter. Menurut Mizue Al-Qiran di aplikasi ni sangat senang di baca terutamanya bagi yang nak belajar mengaji. Contoh tengah baca dekat Mushaf, pastu rasa musykil, search je surah apa, ayat berapa, tekan play. Senang. Siap ada mathurat lagi



Yang paling saya suka dengan aplikasi ni ialah bila kita sentuh pada ayat yang nak dibaca, kemudian akan dengar secara perlahan-lahan ayat yang kita sentuh tadi . Ni bagi yang nak belajar sebutan ayat tu dengan betul dan jelas.

Sesuai untuk siapa yang nak belajar membaca Alquran.

Kelemahan aplikasi ni pulak ialah ianya hanya untuk bacaan quran. Tak ada peringatan waktu solat dan sebagainya. kalau nak aplikasi macam tu kena download lain lat app store.

Ok. tu je la yang saya nak kongsikan. Apa pun semoga kita semua gunakan aplikasi ini untuk memantapkan bacaan Al-quran kita. Kalau tak reti boleh belajar.


Catat Komen

2 Ulasan

  1. bagus..good sharing especiallly good for muslim to know

    BalasPadam
  2. Excellent Post! putlocker Vowels Advertising; leading Brand Consultancy & Advertising Agencies in India

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)