TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020

....Sehubungan dengan itu kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 - YAB Perdana Menteri Malaysia


Ini adalah tempoh paling lama saya tak keluar rumah iaiatu seminggu setengah ketika post ini di tulis. Bila Perdana Menteri umumkan yang tempoh RMO dilanjutkan sehingga 14 April, rasa macam memusing-musing dunia ni.

Saya ni walaupun tak bekerja dan hanya suri rumah tapi tak la biasa sangat tak keluar rumah untuk masa yang lama. 2,3 hari sekali ada juga keluar makan, beli belah atau pun singgah kedai runcit didepan ni.

Untuk 2 minggu awal tempoh RMO, saya rasa ok la, kita boleh layan filem dan kdrama. Tapi bila tempoh RMO ditambah lagi , fuh!! Tak kan nak tengok filem je lagi kot. So nak buat apa lagi nih?

Untuk aktiviti anak-anak boleh la kita suruh beljaar, hafal sifir, sesekali bagi main phone. Tapi kita yang tua ni nak buat apa entah. Memasak pun dah jemu. Saya ni selalu jemu makan makanan yang dimasak sendiri. 

Sebab tu suka makan kat luar. hhehe..




Simpati saya juga untuk semua yang terjejas pendapatan mereka terutama nya yang bekerja sendiri dan tak de gaji tetap. Paniaga pasar malam, restoran kecil-kecil atau pun peniaga tepi jalan. 

Tapi ini lah masanya untuk kita sama-sama berjuang demi kesejahteraan negara kita. Kita mungkin bukan tentera yang pegang senjata. Tapi dengan duduk di rumah, itu lah perjuangan dan pengorbanan kita semua.

Sabar dan terus sabar..



Tak de siapa yang suka duduk dalam rumah sampai tak boleh keluar..kan?? Hilang nikmat dan kebebasan yang kita semua kecapi selama ini. Dengan masing2 dah mula rindu kampung, rindu kawan-kawan dan tempat kerja. Teruskan bersabar.

Semoga Virus Covid-19 ini segera berakhir dan kita semua dapat menjalankan kehidupan seperti sedia kala.  Amin..






Post a comment

6 Comments

  1. semoga semua akan berakhir dengan selamat

    ReplyDelete
  2. terima kasih Diana , blog akak dah hilang virusnya.
    dah boleh tinggal jejak di petak komen juga.
    Tq utk Sweetie juga ..

    ReplyDelete
  3. Sama2 kita doakan Bumi selamat dari wabak ni... jadual hidup jadi tunggang langgang sejak PKP ni...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)