SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA 2020 DIBAWAH PENTADBIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Berbagai reaksi yang diberikan ramai atas pengumuman  Menteri Kabinet yang telah disenaraikan dalam Kabinet Di bawah Pentadbiran Tan Sri MuhyiddinYassin hari ini. Rata-ratanya ramai yang terkejut dan mempertikaikan tentang pelantikan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan.



Atas faktor usia, ramai yang merasakan jawatan Menteri Belia dan Sukan lebih sesuai untuk calon yang berusia lebih muda dan KBS harus lah diterajui oleh golongan belia seperti sebelum ini.

Ianya merisaukan golongan muda kerana adakah Reezal Merican benar-benar memahami kehendak anak muda masa kini dan sanggupkah beliau meluangkan masa menyelami jiwa anak muda dan peka dengan situasi semasa anak muda.

Kalau sebelum ini Syed Saddiq kerap berinteraksi dengan belia melalui laman twitter dan caranya ini benar-benar membuatkan golongan belia selesa dan beliau sendiri lebih cepat bertindak apabila maklumat disampaikan kepadanya melalui twitter.


Apa pun peluang harus diberikan dan diharapkan semua menteri yang dilantik dapat menjalan kan tanggungjawab masing-masing dengan telus dan amanah. Berikut adalah senarai Kabinet Malaysia yang dilantik di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin




MENTERI KANAN

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (Senator)


Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kerja Raya
YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (Senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Senator)

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju


Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (Senator)


SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA 2020 DIBAWAH PENTADBIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA 2020 DIBAWAH PENTADBIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Reviewed by Diana Rashid on March 09, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. semoga semua menteri ini dapat melaksanakan amanah dan tanggunjawab dengan baik. Semoga Allah memelihara Malaysia

    ReplyDelete
  2. semoga semua menteri dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin, kecewa cuma menteri belia dah sukan dah tak handsome atau jambu lagi heheheh

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.