Skip to main content

RESEPI PUDING LUMUT ATAU AGAR-AGAR LUMUT PALING SEDAP - PENCUCI MULUT UNTUK KELUARGA DIBULAN RAMADHAN

Paling senang nak tanam daun pandan sebab tunas nya cukup kuat untuk tumbuh tak kira tanah basah atau kering. Siram 2 hari sekali pun dah cukup buat pokok pandan tumbuh segar.tapi kalau tak dikawal boleh penuh halaman rumah.

Kalau tinggal di kampung tak pe la nak tanam banyak mana pun.Tapi di bandar2 dan pekan susah sikit nak tanam banyak-banyak. Boleh tanam dalam pasu je la. Daun pandan ni ada banyak kegunaan nya terutamanya dalam masakan. Salah satu makanan yang menggunakan daun pandan yang paling sedap ialah Puding Lumut ataupun Agar-Agar Lumut.

foto:tyasprabowo


Cara menyediakan nya pun senang je. Resepi ini adalah dari saudara Tyasprabowo.

Resepi Agar-Agar Lumut atau Puding Lumut

Bahan-bahan nya:

2 bungkus agar-agar.
120g gula pasir
2 biji telur dikocok sedikit
2 bungkus serbuk santan segera
800ml air
200ml air perahan daun pandan dari 12 helai daun pandan.


Cara-caranya:

1- campur agar-agar bersama gula pasir, telur, serbuk santan, air dan air pandan. Masak sampai mendidih.

2- Kemudian apa bila sudah mendidih, aduk atau kacau agar-agar tu. kalau nak lumutnya kecil-kecil kalau je banyak kali. 

Tapi kalau suka lumutnya nampak besar-besar, kacau sekali sekala saja. 

3- tutup api dan tunggu dalam 10 minit baru tuang dalam acuan atau dulang.
baru lah agar-agar tu nampak sekata lumutnya.

Tapi kalau tutup api terus letak atas loyang atau acuan, agar-agar tu akan terpisah jadi dua lapis.Satu bahagian berlumut dan satu lagi bahagian yang jernih.

Jadi terserah pada korang nak puding lumut yang bagaimana.

Setelah sejuk potong dan boleh simpan di dalam peti sejuk. Lagi sejuk lagi sedap.

Selamat mencuba dan terima kasih Tyasprabowo untuk resepi ini.



Comments

  1. Makan sejuk-sejuk pasti sedap 🤤

    ReplyDelete
  2. resepi ini mudah sikit kak sebab campur semua sekali... nak kene cuba nih, selama ni dana suka makan tapi takut nk masak sendiri... dana suka yang dia jadi 2 layer heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …