Skip to main content

RESEPI KUIH KETAYAP MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum...

Kuih ketayap ni adalah kuih kegemaran suami saya.
Dia tak suka kuih ketayap yang dibancuh dengan santan.
satu lagi dia suka kalau kulit tu di masak ada garing2 sikit macam gambar bawah ni..



kalau tak de garing2 tu memang lambat sikit habis nya..

Saya memang jarang buat kuih ni..
setahun sekali je buat kot..hahahahh..
Jadi bab menggulung nya tu memang saya tak berapa pandai..
asalkan inti nya tak keluar dah la..:p

Buat nya pun senang saja..
Buat cara saya la senang..
kalau ikut orang2 tua dulu saya tak tahu apa cara nya...
mungkin kalau orang2 tua tengok cara saya buat mesti diaorang 
geleng kepala je..heheheh..

Meh saya ajar cara saya..

Mula-mula kita buat inti nya dulu..
Bahan-bahan untuk Intinya..

3 sudu gula merah
1 cawan air
1 mangkuk kelapa parut
(anggaran dalam 3 genggam)
sehelai daun pandan.

cara-caranya..
masuk kan gula merah,daun pandan  dan air dalam periuk.masak hingga mendidih.,kemudian masuk kan kelapa parut.masak hingga air kering..kemudian angkat dan ketepikan.

sekarang kita buat kulit nya:-
bahan-bahan:-
4 sudu besar tepung gandung.
1 cawan air.
sedikit garam
sedikit pewarna hijau,

Cara-cara nya:-
masuk kan semuanya dalam pengisar dan kisar la sampai tepung tak de ketul2.
jangan cair sangt dan jangan pekat sangat..

Cara masak:-
guna kuali leper untuk mudah kan memasak..
kuali ada telinga tu pun ok je...
sapu minyak kat kuali..
cedok aduanan kulit tu dalam satu senduk besar.ratakan bagi nipis..
bila dia dah merekah tepi2 tu angkat terus letak kat dalam pinggan.
Ambik inti nya dalam satu sudu..
letak atas kulit nya..kemudian gulung sikit.lipat tepinya sikit dan gulung sampai habis.
dah siap satu..
ulang buat sampai habis aduann dan inti nya tu..
dah boleh makan...

senang..kan??

sekian...


Comments

  1. Rasa nak buat la pulak..huhu

    ReplyDelete
  2. memang mudah dan sedap. tapi, nak buat inti tu yang macam malas. hihi

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Fav saya jugak. Dah lama tak buat. Memang senang jer resepinya.

    ReplyDelete
  4. tambah sebiji telur mesti testur kulit gebu + licin macam fazura....ehhh!

    ReplyDelete
  5. lama betul tak buat kuih ni...

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa kuih ketayap. nani tak pernah try lagi :D

    ReplyDelete
  7. Saya juga suka kuih ketayap, ia mengingatkan saya kpd aruah mak yg kerap buat kuih ketayap untuk breakfast kami masa kecik2 dulu...

    ReplyDelete
  8. Lya msh failed bab buat kuih ni msti x mnjdi

    ReplyDelete
  9. Eh. Macam senang je. Boleh cuba ni. heheh

    ReplyDelete
  10. Nampak senang pulak buat kuih ni. Tapi nak cari semangat nak mulakan tu payah pulak

    ReplyDelete
  11. senang nya...boleh buat sendiri ni...kuih feveret...beli xpuas rasa...xckup hehe

    ReplyDelete
  12. kuih saya biasa buat juga ni
    memang senang
    anak-anak saya pun suka makan

    ReplyDelete
  13. Cm snng jrrr lh try wt ny psty sdp...

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…