GARIS PANDUAN DAN CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID19

Bantuan khas covid 19 diberikan kepada pekerja bagi membantu majikan mengurangkan kos operasi dengan memberi cuti kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan



Syarat-Syarat Kelayakan


1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak
dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988 (Akta 342).





2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak
dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


Pemohon Yang Tidak Layak:

1. Bukan Warganegara Malaysia

2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian /
menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one￾off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Kaedah Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19

• Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)

• Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

• Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank





2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
 Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

        a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di 
Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 
(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan

        b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di
rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta
Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM
untuk merawat Covid-19 (warded)

a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk
merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan
penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan
kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.


Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian:

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.







Post a comment

1 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)