Skip to main content

APA PERBEZAAN CORN STARCH DAN CORN FLOUR - YANG MANA PALING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN

Bila kita pergi ke kedai bakery kita akan nampak banyak produk yang namanya lebih kurang je. Kalau coklat ada macam-macam jenis coklat. Kalau gula, ada macam-macam jenis gula. Kalau tepung ada lagi banyak jenis tepung. Salah satunya yang buat pening ialah Corn Starch dan Corn Flour. Ataupun tepung jagung.




Sebab tu kalau masuk kedai bakery jangan tanya "gula ada tak?" .. Kena lebih specific soalan tu..

"Gula perang ada tak?'

"Gula Icing ada tak?"

Giteewww...

Masa saya mula-mula belajar baking dulu , saya masuk kedai bakery dan termenung panjang dekat rak bahagian tepung tu. Saya angkat letak, angkat letak antara Corn Starch dan Corn Flour

Pening lah.Yang mana satu nak kena beli ni.?Rupa sama, Nama pun lebih kurang.Tapi apa bezanya. Sudahnya saya balik tanpa tepung jagung. Hahah.. 

Sampai rumah terus google dan cari apa beza Corn Starch dan Corn Flour.




Melalui pembacaan saya, perbezaan antara corn Starch dan Corn flour ialah :- 

Sebenarnya corn starch dan corn flour tak sama. Kalau ikut bahasa Malaysia memang kedua-duanya adalah tepung jagung . Tapi corn starch ialah tepung jagung yang dibuat dari biji  jagung. Proses membuatnya berbeza dengan corn flour sebab corn starch melalui proses penggilingan dalam keadaan jagung tu basah. Tapi corn flour menggunakan jagung yang kering. Kedua-duanya bebas gluten dan tiada rasa atau bau

Corn strach mengandungi sedikit protein, lemak atau serat. Ia banyak digunakan dalam masakan untuk bagi masakan kita pekat dan menyerap air sebab i bila dimasak dengan suhu lebih dari 60c dia akan jadi geletin.

So kalau korang nak pekat kan sos , buat krim kastard, bubur bayi, biskut , baik guna corn starch. Oleh sebab dia tak ada rasa , kalau kita campurkan dalam masakan kita pun dia tak kan menjejaskan rasa masakan kita.

foto: myrecipes.com


Untuk buat kek, corn starch  dan corn flour tak berapa sesuai sebab kedua-duanya tak kan buat kek kita naik kerana dia tak ada gluten.

Corn Flour pulak ada lah tepung jagung yang dibuat menggunakan biji jagung kering. Tepung jagung dibuat dari jagung kuning atau putih. Ia digunakan untuk membuat roti. Ia juga digunakan dalam penyediaan jenis-jenis makanan yang dibakar lain di mana ia seringkali dicampur dengan tepung gandum.

Corn flour juga tak ada gluten.Tapi ada juga yang gunakan corn flour untuk buat kek macam kek span. Tapi jumlahnya kena tepat. Sedikit sahaja digunakan untuk membuat kek. Kalau tidak tak dapat hasil yang cantik. Kek span biasanya halus dan lembut sebab diletak kan corn flour.


Foto: suratrasmi

Tapi ada juga orang rasa kedua-dua tepung ni sama je. Tapi kalau diperhatikan betul2 , ada bezanya.Terserah nak guna yang mana satu.Sesekali kena juga bereksperiment dengan bahan-bahan masakan ni. Baru lah kita tahu apa berbezaan nya.

Comments

  1. biasa tau guna tepung jagung utk memekatkan masakan...pernah guna corn starch utk buat sotong celop tepung ..menjadi mcm yg slalu mkn kt kedai :)

    ReplyDelete
  2. selama ni hentam je... dana guna yang gambar bawah tu kak... mekasih untuk info nih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaaaaaaaaaaaaaaa asal kan nama dia ada jagung jadi tepung jagung lah. hahahahahahaha

      Delete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…