Skip to main content

REVIEW KDRAMA ROMANTIC DOCTOR , TEACHER KIM 2 - (DOCTOR ROMANTIC 2)


Tajuk: Romantic Doctor, Teacher Kim 2 ( Dr. Romantic 2)
Episod pertama: 6 Januari 2020
Bahasa: Bahasa Korea
Bilangan episod: 16
Genre: Medical drama, Melodrama, Filem romantik
Director: Yu In Sik
Writer: Kang Eun Kyung
Barisan pelakon:
Ahn Hyo‑seop, Lee Sung‑kyung,Kim Min-jae,Shin Dong‑wook, Han Suk Kyu, Yoon Bo Ra, Park Hyo Jo, Im Won He.


Musim pertama Romantic Doctor, Teacher Kim dulu saya tak sempat tengok pun. Jadi review Kdrama Romantic Doctor musim ke 2 ni tak de perbandingan dengan musim pertama dulu. Saya pun tak tahu musim pertama kdrama ni  sangat best atau tidak.

Kdrama Romantic Doctor, Teacher Kim 2 atau pun nama lain judul Kdrama ni ialah Doctor Romantic 2 dah sampai episod 10 pada 4 february 2020.


Drama ni mengisahkan seorang doktor , Boo Yong Joo atau dikenali sebagai Master Kim. Dia ni doktor yang kurang suka bersosial dengan doktor2 lain kecuali dengan pasukan dia sendiri di Hospital Doldam. Itu pun cuma hal berkaitan kerja dan tak melibatkan langsung hal2 peribadi.

Dicawangan lain tak de doktor yang suka dengan Master Kim ni sebab dia jenis berterus terang. Dari doktor biasa sampai la ketua-ketua pengarah Hospital. Ramai tak suka dia.

Dia seorang pakar bedah yangt hebat la.

Hospital Doldam ni adalah hospital yang terletak di kawasan pedalaman. Jauh dari bandar. Tapi hospital ni selalu terima kes-kes kecemasan melibatkan kemalangan dan pergaduhan.



Dengan kemasukan 3 orang lain doktor baru ke Hospital Doldam, ingatkan kekurangan pakar bedah dapatlah diatasi tapi sebaliknya berlaku bila 2 orang doktor ni banyak sangat masalah nya.

Cha Eun Jae seorang doktor tapi bila buat pembedahan dia , akan pening, loya, nak muntah dan pengsan. Sampai terpaksa di usung keluar dari OR. Dosebab kan Kejadian macam ni la dia di tukarkan ke Hospital Doldam.





Seo Woo Jin pula seorang doktor yang dibuang kerja sebab mulut jahat senior dia. Dia pun jenis degil,tapi sebenarnya dia ada masalah hutang . Master Kim nampak potensi dia dan pelawa dia bekerja di Hospital Doldam.

Dia terima untuk bekerja di Hospital Doldam tapi dia nak duit sebab nak bayar hutang2 dia.

Sebenarnya dalam drama ni ada banyak kisah-kisah nya. setiap orang ada cerita mereka sendiri. Sebab tu ramai yang suka tonton drama ni.Setiap watak ada cerita mereka. Ditambah dengan pihak atasan hospital yang sibuk nak kaut keuntungan.



Contohnya macam Pengurus Jang yang terpaksa mengikut saja kata-kata siapa saja yang berada diatas. Bukan sebab dia pembelot, bukan sebab dia kaki kipas tapi sebab dia berjuang untuk hidup. Sebab dia tau dia cuma pekerja.

Lagi pulak, Pengarah Park yang baru dipindahkan ke Hospital Doldam cuba nak mengubah sistem dalam hospital hingga ramai staf tak bersetuju seolah-olah objektif lari dari asal semata2 sebab nak mudah, nak elak kesesakan pesakit dan sebagainya. Katanya untuk memudahkan staf tapi sebenarnya dia cuma nak tunjuk dia berkuasa di Hospital Doldam. Bukan Master Kim .

Saya paling suka watak Miss Oh yang bertanggungjawab dan tegas, Dia jugak sangat mengambil berat hal-hal berkaitan staf2 kat Hospital Doldam. Nampak dia macam diam je tapi sekali dia bercakap tak de siapa berani bantah.



Paling tak suka watak Doctor Yang. Apasal entah mulut dia jahat sangat. Sebab dia lah Seo Woo Jin di buang kerja. Nasib baik Master Kim ajak join Hospital Doldam. Tapi boleh pulak Doktor Yang pun di tukar kan ke Hospital Doldam sebab kena ikut pengarah Hospital yang baru.

Padahal Doctor Yang ni tak berkebolehan pun, buat kerja tak sempurna dan lebih suka menyakitkan hati lagi2 dia suka sindir2 Cha Eun Jae. Kesian Eun Jae hari2 mengadap mulut jahat Doctor Yang.


Yang bestnya tentang drama ni ialah ianya bukan semata-mata tentang perubatan tapi tentang bagaimana kita semua ni melalui hidup masing-masing. Setiap orang ada jalan susah payah tu. Tapi cara kita mengatasi masalah tu lah yang sebenarnya membuatkan kita lebih kuat.

Mungkin lepas ni saya akan tonton Doctor Romantic seison 1 jugak la. Drama ni sangat bagus untuk semua. Masih berbaki 6 episod lagi dan saya harap penamatnya nanti Doctor Yang insaf dan bertaubat. Hahhaha...

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …