Skip to main content

REVIEW DAN SINOPSIS FILEM ROH FASIK - INDONESIAN HORROR MOVIE


Tajuk: Roh Fasik (2019)
Pengarah:Ubay Fox
Penulis Skrip: Ubay Fox, Evelyn Afnilia
Genre: Horror
Durasi: 1j 30m
Tarikh release: May 2019
Pelakon:Evan Sanders, Irwansyah, Denira Wiraguna 
Rating:4/10

Sinopsis Filem Roh Fasik


Akbar mendirikan rumahtangga dengan Zahra dan mempunyai seorang anak perempuan (Amira). Selepas kematian isterinya (Zahra) akibat dibunuh, Akhbar hilang keyakinan diri, dan mula mempertikaikan takdir Allah. Hidupnya mula tiada hala tuju dan jauh dari tuhan.

Tidak lama kemudian Akbar mendirikan rumahtangga dengan Renata tapi mereka tidak bahagia seperti pasangan yang baru berkahwin.

Risau dengan keadaan Akbar, Hasan datang menjenguk Akbar dan menasihati Akbar supaya terus kuat dan kembali ke jalan yang benar namun Akbar tetap berkeras dan tidak menghiraukan nasihat Hasan.



Tanpa Akbar sedari, Renata dan Amira kerap di ganggu makhluk halus didalam rumah tersebut sehingga pernah iblis tersebut merasuk Renata. Disebab kan Akbar kerap tiada dirumah, Amira menghubungi Hasan dan meminta Hasan datang melihat keadaan ibu tirinya.

keberadaan Hasan di dalam bilik Renata menimbulkan syak wasangka Akbar kepada Hasan dan hubungan mereka menjadi keruh.




Review Filem Roh Fasik


Pada 15 minit terawal filem ini saya rasa macam tengok filem munafik 1.Isteri meninggal dan suami tak boleh terima hakikat. Kemudian dia dah malas ke masjid dan mula pertikaikan itu ini. Bezanya dalam munafik, isterinya meninggal sebab kemalangan tapi dalam Roh fasik ni isteri nya meninggal kerana di bunuh.

Bukan tu saja tapi masa iblis merasuk Renata di dalam bilik, dia punya scene tu pun macam filem munafik. Wajah Renata berwarna hitam dengan mata yang menakutkan. Lepas tu dia berdialog dengan Hasan dalam bahasa arab tu. Memang macam munafik walaupun tak 100% sama.

Rupa-runya filem ni diinspirasikan dari filem Munafik juga sebab pengarah filem ni minat sangat dengan karya2 Samsul Yusof.



Tapi saya akui filem ini seram dan menakutkan cuma diawalnya sahaja. Pada pertengahan cerita bahagian hujung2 tu dah kurang rasa seram tu.

Saya suka sangat dengan alunan bacaan ayat-ayat alquran dari Irwansyah yang memegang watak hasan. Sangat merdu dan memang sedia tahu Irwansyah memang mahir mengalunkan bacaan ayat suci alquran. Bila dia baca je terus hilang rasa seram tu.Hahah.. Rasa tenang jiwa dengar.




Bagi saya filem ni tak macam filem la. Belum cukup kuat nak dijadikanl filem. Lebih nampak macam drama tv saja. babak menyeram kan tu pun tak banyak. hantunya pun tak seram. Kalau ini drama tv saya boleh bagi 7atau 8 bintang. Tapi ini kan filem. Kita bagi 4 bintang saja la...


Comments

  1. tak sangka ya filem ini di inspirasikan dari filem munafik...
    kalau dana memang tak sanggupla layan filem seram indonesia... sebab diaorang kalau seram tu melampau seram hantu nya... huhuhu

    ReplyDelete
  2. perrgghh! dasat jugak penangan filem munafik.

    ReplyDelete
  3. munafik dah jadi benchmark la ye. hehe

    ReplyDelete
  4. kak..review filem tamil yang best2 pulak..hihihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Sis Diana, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …