Skip to main content

LUNCH BAG UNTUK MAISARA : BAGI SEMANGAT UNTUK IBU SIAPKAN BEKAL ANAK

Hi semua...

Sejak tadika sampai dah masuk umur 13 tahun , Maisara masih lagi bawa bekal ke sekolah. Jenis malas nak beratur membeli katanya. Lagipun dia sekarang pengawas jadi tak boleh makan lambat2 katanya. kena makan cepat2.  Jadi lunch bag sangat penting untuk maisara dari dulu sampai sekarang... Baru2 ni belikan dia lunch bag baru sebab yang lama dah koyak. Cantik tak??


Ikutkan jiwa ibu ni nak beli yang gambar frozen, gambar hello kitty. Masih dok ingat anak tu macam kanak-kanak riang lagi. Tapi kena sedar diri anak dah besar dan diri dah tua so kita pilih yang gambar Eiffle Tower ni.

Beli ni dapat free gift Keychain tau. Lunch bag memang kat zip dia korang kena letak keychain sebab mudah sikit nak buka. Zip dia kecik je. Kalau korang nak beli lunch bag pastikan korang beli yang jenis fabrik keras gini. 




Lepas tu bahagian tepi dia ada lining keras tu. Apa ke nama nya entah la. Tapi kalau tak de lining keras tu lunch bag cepat koyak kat bahagian jahitan tepi tu. Sebab bekal kan berat dengan bekas air bagai.

Satgi kat bawah ni korang baca saya tunjuk lunch bag yang tak tahan. cepat koyak.




Bahagian belakang dia ada poket jugak. Boleh la letak note ke apa. Korang kalau nak beli boleh terus klik link ni.. Shopee Lunch Bag harganya cuma rm13.90. Nampak tak bahagian dalam dia ada aluminium foil tu untuk pastikan makanan kekal hangat. 



Makanan tu tak la tahan panas sampai 5,6 jam. macam Maisara ni pergi sekolah jam 12, jam 3 baru dia makan. Tapi makanan tu panas2 suam la sikit. Dalam dia pun muat untuk 3 bekas makanan. Maisara biasanya bawak satu botol air, satu bekas makanan, dan satu balang kecil biskut keropok.

Nampak macam banyak je makan..kan??Tak de la..dia makan kongsi dengan kawan-kawan biasanya.Sebab tu boleh bawak banyak.


Yang biru ni pulak lunch bag lama dia. Baru pakai sebulan. Dah koyak bahagian pemegang nya dan bahagian tepi jahitan. Kalau anak korang bawak makanan yang ringan, sesuai la pakai yang ni.tapi kalau untuk isi bekas air memang tak sesuai. sebab air biasanya berat.


Ini bahagian dalam dia. Cukup besar jugak.Boleh isi satu bekas makanan dan satu bekas air. Tapi bekas air tu tak boleh berdiri tegak la. Tak macam lunch bag atas yang hitam tu. Yang hitam tu bekas air boleh letak menegak.

So kalau bekas air anak korang mudah keluar air kat penutup dia tak sesuai pakai yang biru ni. Yang biru ni murah je. Harga rm4.50 saja. Jadi kalau korang nak bagi anak seronok bawak bekal, dan baru nak ajar anak bawak bekal, suruh la dia pakai lunch bag ni. Nak beli boleh klik sini. Shopee Cute Lunch Bag. Anak suka bawak bekal, ibu pun semangat nak siapkan bekal anak.




Yang bagus nya bila murah ni boleh la tukar2 lunch bag selalu. anak pun seronok hari2 bawak lunch bag comel. Bila dia dah biasa bawak bekal tukar la pakai lunch bag yang tahan dan kuat sikit.

Macam Maisara , kawan-kawan nya teruja betul tengok lunch bag dia. Sama teruja macam nak tengok isi dalam nya. Hahahha.

Ok.tu je.. Bye.

Comments

  1. alhamdulillah comey sangat bag lunch tu ^_^

    ReplyDelete
  2. si aiyan selalu kalau bekal pun kuih je, bekas air dia letak tepi bag tapi menarik jugak lunch bag macamni, cuma tulah kebarangkalian dia utk tertinggal adalah tinggi heheh...

    nasibla akak tka beli yang gambar kartun ek, si anak dara tu dh sekolah menengah kang segan dia

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …