Skip to main content

CUACA PANAS SEHINGGA PENGHUJUNG MARCH 2020

Hi Semua..

Musim panas dah datang ni. Hari ni paling panas la saya rasa sampai bersandar kat dinding pun terasa berbahang. Air paip pun panas. Kena tadah air dalam kolah dulu sebelum nak mandi. Hari ni je entah berapa kali saya mandi.



Korang perasan tak bila panas macam  ni je mesti banyak nyamuk. Pelik la. Bukan nyamuk ada waktu cuaca lembab ke, kan??

Kesian tengok kucing pun tido dalam bilik air sekarang ni. Masuk je bilik air masing 2 terkejut. Dia terkejut tengok kita, kita pun terkejut tengok dia. Hahahah.

Kipas memang 24 jam on saja.

Suhu dengan Pulaau Pinang waktu ini , jam 10 malam  28°. Tempat lain pun mesti ada yang lagi panas. Contoh macam kat Petaling Jaya suhu 30° .

kalau time2 gini duduk dekat gunung Kinabalu kan best.Sejuk je. Kalau tak salah kat sana suhu rendah..kan? dalam 10° je. Kita ni kalau suhu 20° pun dah cukup best dah. Tido nyenyak sampai terlepas subuh la..Hahahah.. Astagfirullahhalazim...



Kalau ikutkan pada siaran media dari Jabatan Meteorologi ni, cuaca panas ni akan berterusan sampai hujung March nanti. Cuaca panas yang melanda semenanjung ni disebabkan kita masih berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut.

Sabar la kejap..Tak lama je lagi.. Nanti sampai musim hujan mendapat la bangun pagi nak mandi sejuk2 tu. Rasakan..

Jangan la suruh saya pakai aircond kat rumah. Saya tak boleh guna aircond.  Anak2 pun tak boleh asyi kena aircond. Kalau dalam kereta pun buka aircond saya stanby macam2 krim sapu kat kulit. Hahah..

Tu la..Kulit tak biasa. Dari bujang lagi dah biasa kerja lasak2 sampai berpeluh2.Tak de kena aircond. Nasib le..

Korang jangan lupa minum air banyak, kUrangkan penggunaan air, elak kan pembakaran terbuka dan kurangkan aktiviti luar macam yang disarankan dalam siaran media dari jabatan meteoroligi tu.

sekian.


Comments

  1. Cuaca panas, diniknati, baik juga untuk kesehatan, keluar keringat apalagi olah raga...salam kenal dari kami hajiumrohtour.top
    https://www.hajiumrohtour.top/2020/02/heboh-arab-saudi-setop-kedatangan-umroh.html

    ReplyDelete
  2. memang betul panas membahang time tenghari tuh, tapi petang kadang redup mendung...

    ReplyDelete
  3. Pembunuh Tanpa Bayang :-


    Sini panas kering tapi berangin. Rasa macam duduk tepi pantai.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …