Skip to main content

5 TEMPAT MENARIK DI ITALY YANG PALING KERAP DIKUNJUNGI PELANCONG

Itali adalah salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan ia juga merupakan negara yang menerima ramai pelancong-pelancong yang hadir bagi menikmati keunikan landskap semulajadinya, seni budaya, makanan yang lazat dan banyak lagi faktor-faktor yang menarik. Kalau korang bercadang untuk ke Itali, saya senaraikan beberapa tempat yang wajib korang pergi bagi memastikan satisfaction level korang sepanjang bercuti ke Itali di tahap yang maksima. Haa.

Perjalanan dari Malaysia untuk ke Italy selalunya bakal mengambil masa selama hampir 20 jam. Jadi apa yang korang perlu fikirkan ialah keselesaan korang di sepanjang perjalanan. Kita tak akan selesa kalau terkena lenguh pinggang dan sakit badan sepanjang berada dalam flight. So suggestion saya sila lah pilih airline yang dapat menjaga keselesaan sepanjang flight.


Oleh itu, boleh try survey flight ticket ke Itali di Traveloka. Banyak airline yang disediakan. Adalah lebih baik dapatkan Emirates flight booking sebab Emirates ni rating dari segi kualiti servis agak tinggi. Plus makanan dalam flight pun sedap-sedap dan insyallah tak akan boring sepanjang dalam flight. The good things about Traveloka, banyak dah cover untuk banyak destinasi pelancongan yang top-top. Even kalau nak ke Hong Kong, boleh je survey flight to Hong Kong dan bandingkan sendiri harga-harga airline yang ada kat situ. 
So apa yang kita tunggu lagi. Saya dah share sikit tips pasal flight ticket, now we go on dengan top sight yang korang boleh pergi di Itali. Let’s go
Naples

Pada yang sukakan kesibukan sesuatu kota, ini lah tempatnya. Bandar yang dikatakan paling sibuk di Itali. Kiranya dia macam Kuala Lumpur la kalau kat Malaysia. Cuma nya kat Naples ni lebih unik sikit sebab dia penuh dengan khazanah-khazanah bersejarah dan seni budaya Itali. Kalau nak jalan-jalan dan mencari sesuatu yang unik, boleh la menginap di Naples ni. Sebab kat sini boleh try sekali makanan yang menjadi simbol Itali iaitu pizza dan spaghetti. 

Pompeii

Pernah tengok tak movie Pompeii? Kalau tak pernah tengok, wajib tengok. Inilah salah satu tarikan yang ada kat Itali dimana satu bandar yang telah tertanam dek kerana letusan gunung berapi yang berlaku sejak 1500 tahun dahulu. Ni cerita benar tau. So disebabkan kejadian tu, bandar Pompeii ni sekarang dijadikan tempat bersejarah. Kalau datang ke sini, kita boleh la tengok gaya hidup orang Roman pada suatu ketika dulu. Tempat ni kira macam tempat purba la gitu. Paling menariknya, walaupun telah digali sejak 300 tahun dahulu, sehingga kini, ia masih belum selesai ke hari ni. Pompeii ni berdekatan dengan bandar Naples. So senang nak pergi kalau menginap di sekitar Naples.
Venice in Italy


Mesti ramai yang dah pernah dengar tempat ni. Sebuah bandar yang paling unik yang di bina di kawasan lagun. Boleh dikatakan salah satu pengangkutan utama bagi tempat ini ialah menggunakan bot atau sampan. Venice ni jugak banyak menjadi lokasi penggambaran filem-filem Hollywood. Kalu sampai ke sini jangan lupa sewa sampan untuk lalu di Grand Canal dimana satu terusan yang memisahkan sebuah bandar kepada 2 bahagian. Walaupun Venice ni selalu sesak dengan pengunjung, ia tetap sesuai kalau sesiapa yang teringin nak honeymoon kat sini. View dia sangat cantik. Confirm sekali sampai, nak pergi lagi.

Cinque Terre

Juga merupakan salah satu lokasi yang sering diambil sebagai lokasi penggambaran bagi filem-filem luar negara. Dari genre action sampai la ke genre romantik. Sebab apa? Sebab view dia yang sangat cantik. Cinque Terre membawa maksud kepada ‘Lima Tanah’ dimana terdapat lima kampung yang terbina di sepanjang persisiran pantai dan tebing-tebing curam. Iaitu Riomanggiore, Manarola, Vernazza, Monterosso dan Corniglia. Dengan menggunakan ciri-ciri landskap yang unik, perkampungan ini menggayakan lagi kawasan mereka dengan mengecat warna rumah dengan warna-warna yang ceria. Pelancong yang datang amat tertarik dengan laluan yang ada sejak bertahun lama dahulu sebagai jalan untuk mereka meneroka di sekitar kawasan ini.

Rome

Rome merupakan bandar yang menyimpan kebanyakan sejarah yang berlaku di Itali dan pada masa kini ia mampu mengekalkan khazanah bersejarah itu seiring dengan konsep moden pada hari ini. Yang dahulunya terkenal dengan Empayar Rom, kini ia dikenali dengan ibu negara bagi Itali. Kita dapat lihat struktur senibina pada Empayar Rom dahulu masih lagi dikekalkan dan menjadi tumpuan utama pengunjung untuk ke Itali pada setiap tahun. Even professional photographer pun banyak menghabiskan masa di Rom bagi mendapatkan gambar dari setiap sudut Rom yang menyimpan pelbagai ciri dari zaman purba.



Itu lah dia 5 tempat wajib yang saya rasa korang patut datang kalau Itali menjadi salah satu destinasi yang korang idam-idamkan. Jangan lupa snap picture banyak-banyak dan pastikan anda bawak semua alat penting untuk mengecas batteri camera dan phone. Saya yakin memori korang akan full sepanjang berada kat Italy. Setakat ni sahaja entry saya kali ini. Nanti ada masa saya sambung lagi tempat lain. Jumpa lagi. Bye gais

Comments

  1. Venice tu fuhh banyak kali tengok gambar dah kagum sgt.

    ReplyDelete
  2. Dah lama memendam hasrat nak pergi Venice sejak menonton drama kisah hidup penulis buku Hemmingway (sory klau salah eja) banyak scene2 dlm drama tu di buat di Italy... Cantik!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sis Diana Rasyid, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …