Skip to main content

PAKCIK ZAROL HELMI DALAM KENANGAN

Hi semua..

Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru untuk semua yang membaca blog saya ni. Dah lama juga blog saya ni tak berupdate disebab kan kesibukan menguruskan perkara-perkara berkaitan persekolahan anak-anak.



Sedang kami semua masih dalam keadaan menguruskan keperluan anak-anak, 31 Disember 2019 saya dapat berita Pakcik saya meninggal dunia.

Semuanya berlaku tanpa kami sekeluarga duga. Menurut apa yang diceritakan makcik saya, Pagi 31 Disember Pakcik saya keluar agak lewat ke Masjid untuk kerja-kerja memasang sound sistem. Arwah belum bersarapan pagi tu. Dengan ditemani anak sulung nya, dia memulakan kerja-kerja.

Jam 10 lebih kami sempat bergurau-gurau dengan arwah di group Whatsapp keluarga. Beberapa jam lepas tu nampak satu Whatsapp dari isteri arwah (makcik Yati) yang meminta keluarga segera call. Beberapa minit kemudian sepupu saya maklum kan Pakcik kami dah tak ada.




Arwah dikatakan terjatuh dari menara masjid dan meninggal serta merta di situ. Bayangkan lah apa perasaan kami semua waktu tu.

Pada surat mati ditulis waktu kematian ialah jam 12;45. So kami agak dia terjatuh dalam jam 12 tengahari.

Dalam keadaan tak bersedia jam 2;30 petang kami terus gerak ke Ipoh, dalam perjalanan sepupu update melalui whatsapp Katanya, arwah kena dikebumikan segera sebab darah keluar tak berhenti.


Sampai je kat Masjid dalam jam 6 lebih., baru selesai solat jenazah. tapi memang saya dan anak-anak pun tak sempat nak tengok arwah. Itu lah yang membuatkan saya sedikit terkilan dan sedih,




Kami adik beradik membesar bersama pakcik dan paksu sebab kami memang tinggal dengan opah sejak kecil.. Jarak usia kami semua tak jauh pun. pakcik saya baru berusia 46 tahun. Masih teringat waktu kecil main perang-perang, tengok dia bertukang, dia suka menyanyi, beberapa kali jadi Qari wakil sekolah, main guitar semuanya di depan mata kami.

Kami adik beradik macam kehilangan seorang ayah. Setiap kali raya, kenduri kendara, atau apa saja majlis keluarga kami semua berkumpul. tapi lepas ni semuanya akan berubah.

Suami saya pun dah tak de geng nak sembang politik. Setiap kali raya ke , kenduri ke memang suami tunggu je pakcik saya ni sampai sebab banyak cerita dia nak dengar.




Pakcik saya ada ramai kawan-kawan. Dia bergaul dengan kawanpkawan yang minat muzik, kawan-kawan yang minat politik dan kawan-kawan yang kaki masjid. So dari situ pun dah nampak ramai kawan-kawan arwah.

Selepas arwah meninggal, keluarga makcik saya tak putus-putus terima tetamu yang datang melawat dan hulurkan sumbangan. Bangga dan terharu pulak bila lihat kawan-kawan pakcik saya dikalangan orang-orang yang baik.

Namun bila  mengenangkan 5 orang anak arwah hati jadi sayu dan sedih. Anak-anak semuanya masih  kecil, masih belajar dan makcik saya tak bekerja. Bayangkan lah bagaimana mereka nak menghadapi semuanya. Saya harap makcik saya kuatkan semangatnya demi anak-anak.

Peristiwa ni adalah satu kenangan duka bagi kami seluruh keluarga. Kami terpaksa kuatkan hati dan kami redha atas pemergian nya. Kami tahu dia di tempat yang lebih baik dari dunia ni.

Semoga arwah berada di tempat dan kalangan orang-orang beriman. Alfatihah..






Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …