Skip to main content

LAKSA TAK HABIS NAK BUAT APA? RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak-anak. 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang.Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa.

Bila dah masak laksa ni, benda biasa jadi bila ada laksa lebih yang tak habis. Kuah habis dulu dari laksa. Tak kan nak buang pulak laksa tu..kan?

Jadi saya buat laksa goreng yang simple ni.



Laksa goreng ni sedap bila laksa tu direbus sampai laksa betul2 lembut. Kalau korang rebus laksa tak berapa lembut atau guna laksa yang jenis liat sikit tu, memang tak berapa sedap la kejadian laksa goreng ni.

Kalau laksa lembut rasanya lebih kurang je macam kuetiow goreng.

Saya buat laksa goreng ni agak basah sikit. saya tak suka kering sangat. kalau korang suka yang jenis kering, masa tumis bahan tu tak payah la masuk kan air. tumis bahan lepas tu masuk kan je laksa dan masak sampai kering.




Jom baca semak resepi laksa goreng yang simple dan sedap.


Bahan-Bahan:

1 mangkuk laksa
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit lada sulah
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili giling
Garam secukup rasa
1 biji telur
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit ikan bilis di tumbuk halus
(boleh gantikan dengan ayam atau daging yang di hiris halus atau udang dan sotong)

Bawang Goreng
Daun sup
Cili Padi

Cara_caranya:

(kisar bawang merah, bawang putih dan halia)

Panaskan minyak

Tumis ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah di hiris halus.

masuk kan cili giling dan tumis sampai naik minyal

Masuk kan sos tiram , kicap, garam dan lada sulah.

(kalau nak laksa goreng yang kering, waktu ni boleh masuk kan telur.)



bila dah kering masuk kan laksa. kacau sebati.

Kemudian masuk kan daun sup, dan cili padi.

Akhir sekali masuk kan 2 sudu air dan telur jika korang nak kan laksa goreng yang sedikit basah..

Sebelum makan tabur cili padi dan bawang goreng.


Selamat mencuba dan kalau korang suka resepi ni sila tinggalkan komen untuk rujukan kawan-kawan lain.




Comments

  1. Selain laksa, nasi impit pun kalau tak habis boleh goreng juga :)

    ReplyDelete
  2. tak penah tak habis laksa ni kalau buat kat rumah. sebab bila laksa habis, kuah masih ada selagi tu lah dok rebus laksa lagi. haha :D

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …