Skip to main content

INI YANG SAYA BUAT UNTUK TENANGKAN FIKIRAN DAN KEMBALI SIHAT

Alhamdulillah...

Sekarang jiwa makin tenang.. Tidur pun dah ok sikit la. Tak de memikir sampai tak boleh tidur malam. Walaupun letak-letak kepala mula la otak ligat berfikir benda yang bukan-bukan tapi saya fokus kan  untuk bertenang, tarik nafas, kira sampai seratus..



Lepas tu saya kedip2 kan mata banyak kali supaya mata cepat letih. Sambil2 tu layan drama korea, filem tamil, drama China.. Hehehe.. Lama2 mata mengantuk tak de dah nak fikir benda bukan2 sebelum tidur.

Memang la jauh dari sosial media ni, saya macam tak tahu isu semasa.. Tapi buat apa sibuk nak tahu isu semasa kalau fikiran tak tenang.Kan??




Apa-apa pun kena la utamakan diri sendiri. kadang-kadang tu saya buka juga facebook dan twitter. scroll juga untuk tengok cerita2 yang viral tapi bila terbaca saja komen yang tak elok, bergaduh, saling hina menghina cepat2 saya tutup dan sambung main candy crush .

Saya stress bila tengok benda2 macam tu. Walaupun tak de kena mengena dengan saya tapi bila tengok benda-benda gitu terus otak saya ligat berfikir apa yang betul apa yang salah. Lepas tu saya tension sorang-sorang bila makin banyak komen-komen yang jahat.

Apa yang saya buat untuk tenangkan fikiran dan jauh dari memikirkan sesuatu yang tak pasti?

1-  tonton drama dan filem

2-  berdiet dan mula bersenam.

3- Main game :)

4- pastikan untuk mengaji setiap malam

5- kurangkan melayan sosial media

Bila saya baca ramai orang sekarang yang mengalami anxiety, saya mula dapat rasa yang saya menuju kearah itu. setiap malam susah nak tidur. Saya banyak berfikir pasal mati, sakit, dan macam2 lagi hal yang kebanyakan nya tak pasti dan remeh,



Saya tak suka keluar rumah. Lebih suka duduk dalam rumah dan rasa selamat. Bila nak keluar saya mula rasa rimas. Rasa nak cepat2 balik.

Benda2 macam tu memang suami saya tak perasan tapi saya banyak terbaca perkongsian ramai yang dah mengalami anxiety ni dan saya macam dapat rasa yang saya menuju ke arah tu. Sebab  tu saya rasa saya perlu buat sesuatu dengan segera supaya benda ni tak melarat.



Walaupun mungkin ianya bukan tanda2 awal anxiety tapi rasanya tak salah untuk saya bertindak awal.Tak rugi pun..kan.?

Buat masa sekarang belum tergerak nak aktif di sosial media lagi. Saya perlu pentingkan kesihatan saya. Mula-mula dulu saya terfikir nak delete semua akaun sosial media. tapi suami tak bagi .Katanya perlu juga tahu isu semasa. Facebook dan twitter pun banyak bagi info semasa.

So saya hold kejap niat saya nak delete akaun sosial media tu. Tengok keadaan masa depan macam mana. Buat masa ni semuanya hanya di blog sahaja.


Comments

  1. alhamdulillah. moga tenang2 dan baik2 saja semuanya. inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. ayoooo, lenkali jangan fikir sangat baca apa yang ada di socmed lepas tu buat benda lain. Macam dana ni jenis cepat lupa, kang baca-baca marah hati rasa tak best bila dah ngantuk tido bangun esok lupa dah semua tu heheheh... jenis loner memang gini hehehe , kat opis duk bilik sorang-sorang, makan sorang-sorang... buat keje pun sendiri je...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …