Skip to main content

INI YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG SAYUR KALE



Hi semua.
Bagi penggemar sayur atau yang mengamalkan diet sihat korang mesti cukup biasa makan sayur Kale. Daun nya nampak macam kerinting dan kalau di Malaysia ni ada yang panggil sayur ni Sayur Kailan Kerinting.

Harga nya tak la mahal sangat. Memang korang boleh dapatkan di banyak pasaraya kat Malaysia ni.Kalau kat pasaraya AEON tu memang ada la. Dekat pasar yang jual2 ikan tu mungkin tak banyak la dijual. Dan rasanya tak de jual pun.



Khasiat Sayur kale


Sayur ni dah ramai yang makin suka makan sebab dah tentulah kerana khasiatnya. Mengandungi 33 kalori untuk 1 cawan daun kale. mengandungi  protein, dan juga serat untuk membantu proses pencernaan.

Sayur kale juga mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin K, asid folat dan vitamin B yang penting untuk perkembangan otak, asid alpha-linolenic dan lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, lutein, zeaxantin, fosfor, kalium dan kalsium

Ada yang kata dah cari kat tesco, econsave tapi tak de, Bukan tak de tapi dah habis kot sebab sayur ni kena berada dalam suhu yang rendah. So sayur ni dalam kategori yang cepat rosak.

Kalau korang beli dan simpan dalam peti sejuk, ianya cuma boleh bertahan paling lama pun seminggu sahaja. Tu pun dah tak nampak segar la.



Sayur Kale ni juga biasanya di tanam pada musim sejuk sehingga awal musim panas. Tak boleh siram terlalu banyak air dan tak boleh kurang. Sayur Kale ada berbagai-bagai jenis dan rasanya juga berbeza, Setiap Kale juga tak sama cara penanaman dan penjagaan nya.

Sebab tu ada sayur Kale yang boleh ditanam pada musim sejuk dan ada yang sesui di tanam pada musim panas. Daun Kale yang sudah cukup matang, kalau tidak di petik akan membuatkan rasa daun kale pahit dan tak sedap.



Sayur kale boleh dimasak dengan cara merebus, panggang atau pun di goreng, Ada yang tak suka Sayur Kale ni..Katanya tak sedap. Tapi ada cara unik untuk buat sayur kale ni rasa sedap. Caranya ialah dengan massage sayur kale.

Hahah.. lain macam je bunyi nya. tak kan nak buat macam massage orang lenguh kaki tu?? Ye betul..begitu la cara nya. Daun Kale yang dah dipotong di masuk kan dalam bekas. kemudian dengan menggunakan kedua belah tangan, ramas dan picit daun kale. Jangan sampai daun tu hancur pulak. Cukup sekadar memicit  dan menggenggam daun kale.

Kemudian boleh la dimasak..

Resepi Yang Boleh Di Masak Menggunakan Sayur Kale



Cara masak Sayur Kale sangat mudah dan simple. Ianya tak mengambil masa yang lama untuk memasak sayur Kale. Korang boleh merebus atau memanggang sayur Kale mengikut citarasa sendiri. Daun Kale yang muda dan tidak terlalu tua boleh dibuat sallad dengan mencampurkan strawberry atau pun orange.

Bagi korang yang suka selera melayu, Sayur Kale juga boleh dimasak tumis bersama belacan. Sama seperti korang buat kangkung goreng belacan.

Boleh juga sayur Kale di tumis dengan mencampurkan taugeh dan tauhu. masak lah mengikut citarasi korang sendiri. Rasanya memang sedap.

Comments

  1. Sayur kailan ikan masin, tomyam dan telur dadar. Allahu. Nikmat dunia 😁

    ReplyDelete
  2. Selalu makan sayur kailan je. Sayur kale ni tak pernah cuba lagi. Nanti nak cuba cari la kat Aeon, sebab kat pasar memang takde sayur ni

    ReplyDelete
  3. tak pernah jumpa rasanya, tapi biasa nengok sayur ni kalau masakan oputih... menarik jugak baca semua fakta pasal sayur kale nih

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …