Skip to main content

INI PUNCA MENGAPA CHINA INGIN MENGHAPUSKAN ETNIK UIGHUR

Hi semua..

Sekarang ni dimana-mana dah ramai orang bukan islam yang pandang serong dengan agama islam. Ada yang berani yang menghina agama islam secara terang-terangan. mereka dah tak takut kalau dikenakan sebarang tindakan lebih-lebih lagi orang bukan islam dari negara luar.



Di Malaysia ni tindakan tegas dikenakan pada sesiapa saja yang menghina agama lain. Tapi setakat yang saya tahu belum ada lagi tindakan dikenakan pada mana2 orang islam atas dakwaan menghina agama lain. Sebab di Malaysia ni orang islam lebih suka ambik tahu hal agama sendiri berbanding agama orang lain.

Tapi yang peliknya orang bukan agama islam pula yang buat "terokk" tentang agama islam. Agaknya kenapa mereka ni sibuk sangat dengan hal-hal agama islam ni?  kenapa bukan islam terlalu membenci agama islam?

Sebenarnya mereka ni bukan risau kalau-kalau ada anggota keluarga atau rakan mereka yang masuk islam tapi mereka rimas dengan sikap orang islam yang kadang-kadang melebih-lebih dan minta diberi keutamaan.




Apa yang saya lihat, di Malaysia ni, orang bukan islam masih menghormati orang islam. Memang ada la yang tak berapa cerdik menghina orang islam.Tapi tak banyak macam di negara China, Malaysia juga tak buat undang-undang pelik yang sampai menyusahkan orang bukan islam.

Jadi mungkin sebab tu orang bukan islam masih boleh hidup bersama dengan orang islam di malaysia ni.

Tapi keadaan berbeza di China. dan ini lah yang dikatakan punca utama kenapa Agama islam sangat dibenci oleh orang bukan islam di sana dan punca mengapa berlakunya penghapusan Ethnik Uighur.

Sebagai contoh..

Ada satu  university di Haidian, Beijing . di situ terdapat satu ruangan dimana orang bukan islam dilarang duduk di kerusi ruangan tersebut.



Disebuah premis pulak di tetapkan , makanan tidak halal dilarang dibawa masuk.

Undang-undang macam ni lah yang membuatkan islam dipandang serong oleh orang bukan islam.

Kalau orang islam je yang boleh duduk macam mana dengan orang bukan islam? kena berdiri ke?

Kalau cuma makanan halal saja yang boleh dibawa masuk, maknanya orang bukan islam tak boleh makan apa yang mereka suka kah?

Ada banyak sebab kenapa di China berlaku krisis antara orang islam dan bukan islam. dan ianya berlaku kerana orang islam terlalu meminta diberi keutamaan dalam perkara-perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan tolak ansur.

Saya pernah terbaca dimana satu restoran makanan tidak halal di satu daerah di China dipaksa untuk menghentikan operasinya kerana penduduk tempatan yang majoritinya adalah orang islam tak senang dengan kewujudan restoran tidak halal tersebut.





Jarak antara restoran halal dan tak halal tu cuma sejauh kurang 500 meter dan ini membuatkan penduduk tempatan tak senang. Penduduk tempatan masuk ke restoan tidak halal tu dan mula merosak kan batrang-barang di dalam premis makanan tidak halal tu.



China menganggap Ethnik Uighur sebagai ekstremisme Islam disebabkan sikap segelintir orang islam yang tak boleh nak hidup bermasyarakat dengan non muslim. Disebabkan segelintir yang bersikap ekstremisme islam ini la berlakunya penghapusan ethnik di China.

Sebagai orang islam kita wajib mengikuti cara hidup yang ditetapkan dalam agama kita tapi tak bermakna orang bukan islam juga perlu hidup dengan gaya hidup orang islam. Dunia ni bukan milik orang islam sahaja.

Comments

  1. Allahu. sesungguhnya terus rasa kelu tanpa kata :(

    ReplyDelete
  2. di mana pun hidup saling tolak ansur memang penting, jangan kerana segelintir yang pentingkan diri semua terkena susahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …