Skip to main content

HANTAR SI NOPAL KE ASRAMA SK GANGGA

Minggu ni ramai anak-anak yang dah memulakan kehidupan di asrama. Anak saya memang tak duduk asrama sebab ibunya nak anak-anak berkepit  bawah ketiak selama diaorang masih kecil ni.Hahaha..

Nanti anak dah besar , dah kerja jarang dah nak dapat duduk dengan ibu ayah ni.Entah2 balik pun dah tak selalu.Lagi2 bila dah kawin..kan??So masa kecik ni duduk je dulu dengan ibu.Heheh..



Tapi anak saudara saya yang sorang ni memang kami tak sangka la dia nak duduk asrama. Umurnya baru 11 tahun. Tapi ibu dia galak kan juga lah.. Pertama sebab dia suka main phone. Asyik minta phone ibu dia. Duduk asrama ni tak de la phone. Boleh la main galah panjang petang-petang, bersukan dan waktu belajar dan waktu makan pun dah di tetapkan..

Tahun depan dah nak UPSR. so kena pulun sikit la. .

Tapi kata ibu dia , dia suka duduk asrama sebab ramai kawan.





Jujurnya kami ni sebenarnya sedih weh bila dia duduk asrama. Pertamanya dia anak bongsu. Bukan pernah jauh dari keluarga. Dia tido malam pun sebelah Angah  dia. Tak jauh pulak dari tempat tido ibu.

Tiba-tiba kena tido sendiri. Risau pulak sibulat tu jatuh katil.Hahahh.

Asrama Sekolah Kebangsaan Gangga ni diwujudkan sejak tahun 1993 lagi. Masa tu adik saya yang sekarang umur 36 tahun adalah antara perlajar yang menjadi penghuni Asrama SK Gangga. Dia start duduk asrama masa umur 10 tahun.

Asrama ni asalnya dibina untuk membantu memudahkan pelajar2 yang  bersekolah digangga. Oleh sebab ni kawasan kampung jadi ada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

3 orang adik saya pernah jadi penghuni asrama Sekolah Kebangsaan Gangga ni. Dan sekarang anak saudara pulak meneruskan tradisi keluarga.Heheh..

Asrama ni kelengkapan nya serba lengkap dan selesa sebab tak ramai pelajar. Mudah la warden nak uruskan pekajar2 ni.Senang nak pantau..Kan?

Kabarnya dah ramai anak-anak yang duduk asrama ni , pelajaran nya dari merosot terus menampakkan perubahan yang baik. Ada yang berjaya dapat 6A dalam UPSR. Sebab mereka diajar tentang menguruskan masa dengan berdisiplin.

Ok..jamu mata tengok gambar dulu la. Tak banyak gambar sempat ambil sebab sibuk tolong si bulat ni mengemas.Heheh..

Keadaan dalam bilik tido. Satu dorm ada 10 pelajar je. Ni pun tak penuh.  Sebab tak ramai pelajar yang duduk asrama tahun ni.

Budak yang baju putih tu petah betul bercakap.Macam orang tua mulutnya. kawan sekelas si Nopal tu.

Ni kat depan asrama. Tempat pelajar2 bermain waktu petang. Tak sempat nak ambik gambar tandas, surau dan dewan makan sebab segan la nak ambik gambar.ramai orang..heheh..

Tapi kawasan nya bersih tau..





Ni laluan di depan asrama. Adik saya kata warden perempuan ni garang..heheh.

Bagus la garang..dok buat lembut2 dengan budak2 ni apa tak jadi nanti..

kami pulak yang sibuk mengemas. Si nopal ni dia sibuk kehulu hilir dengan kawan-kawan nya..
Locker je yang macam tak puas hati sikit.Banyak yang rosak.

Mujur kami sampai awal, dapat la locker yang elok.

Ni Kat bilik pendaftaran. Kecik je biliknya. Ada bayaran bulanan juga untuk duduk asrama ni.tapi tak la mahal. Cuma kakak saya selesaikan semua bayaran sekali gus. KalaU tak salah saya lebih kurang rm300 kot..Lupa pulak dah.. Sekali dengan duit kelas tambahan. Pelajar asrama ada kelas tambahan khas untuk diaorang.

Tengok anak-anak lain dihantar ayah diaorang, sayu pulak hati ayahnya tak sempat nak tengok semua ni. Tapi kami hantar dia pi asrama macam rombongan cik kiah. Meramaikan keadaan.. Walaupun orang lain mak ayah yang hantar, tapi keluarga si Nopal jugak yang paling riuh..Hahahah...

**DOK ASRAMA JANGAN KURUS YE NOPAL..

Comments

  1. ok jugak nopal nya ikut nak duduk asrama, nasibla ada kawan-kawan dia pun tak la bosan ya...

    moga nopal boleh biaskan diri dgn suasana asrama tuh...

    ReplyDelete
  2. harap yg baik2 sahaja semuanya untuk adik nopal ^_^

    ReplyDelete
  3. Bagusnya dia nk dok asrama... Mcm nak ja hantar anak buah kt kg tu dok asrama jugak.. Asyik main tel ja kerja dia..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…