BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN DI SYURGA

Salah satu cara paling berkesan untuk kekal istiqamah dalam beribadah dan melakukan kebaikan  ialah membayangkan tentang keindahan kehidupan di syurga yang kekal abadi. Waktu saya bersekolah dulu ustaz selalu bercerita tentang keindahan kehidupan di syurga dan kami semua akan mula membayangkan nya.



Sebab itu kita digalak kan untuk bercerita tentang syurga pada anak-anak kita. Ini untuk meransang dan mendorong mereka melakukan kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Apa yang paling saya ingat, kata ustaz saya, kehidupan di dunia ni langsung tak sama dengan di syurga. Tak de satu pun benda yang sama di dunia ni akan ada di syurga. Jadi kalau kita membayangkan rasa bahagia di syurga tu, sebenarnya bahagia yang di syurga itu lebih lagi berbanding apa yang kita bayang kan.




Rasa gembira , bahagia, indah dan sebagai nya, semuanya lebih dari apa yang kita mampu bayang kan. Begitu lah apa yang sebenarnya digambarkan tentang syurga.

Kebaikan yang kita buat di dunia ni, tentu lah pengharapan kita untuk dibalas dengan syurga Allah. Tapi sebenarnya balasan yang kita akan dapat itu juga kita sendiri tak kan tahu. Kita tak tahu di syurga nanti balasan baik yang macam mana yang kita akan dapat. Seronok kan??? Ianya macam kita buka satu kotak hadiah dan di dalam nya ialah hadiah yang kita tak sangka2 akan dapat.

Firman Alllah..

Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah al-Baqarah, ayat 25)

Digambar kan juga keindahan syurga ini yang mana padanya ada sungai yang mengalir di bawah mahligai istana yang tinggi dan indah serta pepohonan yang menaungi. 



Didunia ni kita duduk kat rumah teres, tanah pun secoet saja. Mampu tanam kunyit dengan serai saja. Boleh bayangkan tak, bila kita duduk di rumah yang ada pokok2 yang rimbun dengan sungai yang mengalir di bawah nya?

Kemudian Allah memberikan rezeki buahan yang lazat lalu ahlul iman berkata; kesemua buahan ini telah Allah jadikan dalam kehidupan sebelum ini iaitu kehidupan dunia, namun rasanya teramat sedap dan lazat berbanding dahulu.

Korang bayang kan kalau korang suka buah limau, tapi di syurga buah limaunya lebih sedap dan rasanya korang tak kan dapat bayangkan. Ianya terlalu sedap.

Disyurga tanahnya berwarna putih, tanahnya diperbuat daripada kasturi dan za'faran, seperti tepung berwarna putih yang lembut serta halus apabila disentuh.





Bangunan-bangunan di syurga pulak di buat dari butiran emas dan perak, lantainya daripada minyak kasturi, kerikilnya daripada mutiara daripada yakut dan tanahnya daripada za'faran.

Kehidupan di syurga adalah kekal dan tak akan mati, tidak akan pernah merasa susah. Pakaian kita juga tak akan pernah buruk dan busuk. Semakin hari semakin cantik dan usia kita juga akan sentiasa muda.

Di syurga juga ada bilik-bilik yang cantik dan luas. Bilik-bilik ini khas untuk mereka yang sentiasa memberi makan kepada kawan yang selayaknya. Selain itu, mereka yang layak menghuni bilik itu dalam kalangan yang lemah-lembut budi bicaranya, sentiasa berpuasa sunat serta rajin solat pada waktu malam di saat manusia lain sedang tidur lena.


Sehari-harian kita di syurga dihiasi dengan bau  syurga yang harum dengan cuaca yang tak panas tak sejuk. Cuaca sentiasa berangin .

Di syurga penghuni-penghuninya saling berkunjung antara satu sama lain. Mereka berkumpul bersama dan berbual tentang apa yang mereka lakukan di dunia dahulu.

Didunia ni kita diuji dengan senang , susah, pangkat, wang ringgit, dan sebagainya. kita melakukan apa saja asalkan di pandang tinggi, di hormati. Walhal apa yang penting ialah persedian kita menghadap Allah swt nanti.

Jangan lah kita melakukan perkara yang sia-sia dan menjerumuskan kita dalam api neraka.


Post a comment

2 Comments

  1. subhanallah. terima kasih atas perkongsian. terasa kerdil diri ini dengan limpah kurnia Allah Yang Maha Esa T_T

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)