Skip to main content

ANAK RAJA PUN TAHU MEMASAK : INI SEBAB MENGAPA KITA MESTI BELAJAR MEMASAK

Anak dara saya dah umur 13 tahun. Waktu zaman saya dulu, umur 13 tahun dah boleh masak nasik, goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan buat gulai ikan. Setakat celur ulam, rebus telur tu, celah jari je la.



Tapi si Maisara ni umur 13, buka tudung periuk pun sambil menjerit, takut panas. Nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab ibu dia ni bukan bagi sangat dia ke dapur. Kalau saya memasak, saya suruh dia baca buku ke, jemur kain ke, kemas bilik ke.

Tak de la nak suruh masak pun. Tapi setakat ni kerja memasak yang dia tahu cuma masak nasik. Pernah la sekali dua dia goreng nugget.

Perlukah orang perempuan tahu memasak?

Bagi pendapat saya , Ya!orang perempuan kena tahu memasak. Bukan orang perempuan je. Lelaki pun kena tahu memasak. Selagi kau bernama manusia kau kena la tahu memasak. Kebanyakan orang bujang  yang rajin memasak ni, saya tengok dia sangat mudah menyimpan duit.

Tak de la sampai nak makan telur goreng pun kena beli.kan?




Tapi cara didikan tu yang buat ada setengah orang tak tahu langsung memasak. Ramai kebanyakan ibu2 ni bila dia ada di dapur dia tak suka di ganggu. Rasa semak dan susah nak buat kerja.

Macam saya juga la tu. Sambil memasak saya suka dengar lagu hindustan. Hahah.. Tapi bila buat kerja berdua atau lebih nanti mula la nak ajak kita bersembang, tanya itu ini. Tanya lepas ni nak potong apa, lepas ni nak buat apa.

Leceh la!!



Bila memasak sorang2 jadi tenang dan rasa lebih cepat walaupun buat sendiri je semuanya. Sebab tu la ada anak dara pun tak tahu memasak. Hahah.

kadang2 risau la jugak. Terfikir cemana la dia nak berjimat cermat nanti bila dah kerja kalau nasi sebungkus pun hari2 nak kena beli. kalau pandai masak kan senang sikit. Boleh berjimat, ada keyakinan nak cuba belajar resepi lain, boleh mula kan hidup berumahtangga tanpa buang masa dengan beajar memasak benda asas..


Sebenarnya umur berapa pun tak salah untuk mula belajar memasak. Pandai2 la nak hidup. betul tak? Jangan tak de rasa nak bejar memasak dah la. Kadang2 tak tahu memasak ni menyusah kan orang jugak. Nak makan kena orang masak kan, tak de duit nak makan menyusahkan orang pulak sebab dia pinjam duit orang,. Lain la kalau anak raja..

Eh!anak raja pun sekarang ni dah pandai masak okayyyy...

Comments

  1. setuju tu kak, adik lelaki bongsu saya tu walaupun manja kami kakaknya pun suruh dia belajar masak, atleast masa dia belajar kt U duduk menyewa dia boleh la berjimat dgn masak sendiri, setakat masak nasi, masak sayur, goreng ayam goreng telur tu pun dah kira ok sangat dah kan... orang perempuan lagi lah kene tahu masak, tak semestinya belajar tinggi tak payah masak, kalau boleh belajar tinggi takkan belajar masak yg mudah tak boleh buat kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …