Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

STATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUS - PERTAMBAHAN 1 KES MENJADIKAN 8 KES SETAKAT INI

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV) DI MALAYSIA


STATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) pertambahan kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di kalangan kontak rapat dilaporkan pada 30 Januari 2020. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak lapan (8) kes; iaitu terdiri daripada tiga (3) kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima (5) kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat. Kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah terdiri daripada warganegara China.

Kes ke-8 terbaharu yang dilaporkan positif di kalangan kontak rapat ini adalah merupakan isteri kepada kes 2019-nCoV ke-7 yang sebelum ini telah dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020. Kes ke-8 ini adalah warganegara China berusia …

JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER PEMBAYARAN FASA PERTAMA BSH 2020 DAN KAUNTER PENDAFTARAN BSH BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter pembayaran BSH fasa pertama bagi tahun 2020 bagi Kawasan Pedalaman  Sabah dan Sarawak. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual bagi kemudahan awam.




Sarawak




Sabah

JADUAL CUTI SEKOLAH PULAU PINANG TAHUN 2020

Di bawah adalah Jadual cuti sekolah bagi sekolah-sekolah seluruh Pulau Pinang. Cuti peristiwa bergantung kepada keputusan pihak sekolah. 




*Cuti perayaan adalah sebagaimana yang diperuntukan oleh KPM.
*Jumllah hari persekolahan pada tahun 20202 ialah 197 hari.

NAMA NYA MANUSIA...

Sebenarnya semua orang ada cerita sedih yang dia tengah lalui.
Kadang-kadang nampak orang tu bahagia je..
nampak dia senang .. Nampak semuanya cukup ..

Tapi ..

Bila kenal dia, tahu dia cemana..
baru nampak cerita sedih yang amat kasihan
yang dia sedang lalui..




Semua orang sedang melalui nya..
Nama pun manusia..
Manusia mana lah yang tak ada masalah.

Sebesar kuman sekali pun mesti ada cerita sedihnya...

REVIEW FILEM HELEN : INI YANG BERLAKU KALAU KITA TERPERANGKAP DALAM BILIK SEJUK BEKU

Hi semua..

Agak lama juga saya tak review filem dan drama. Dah banyak juga senarai filem dan drama yang tengah tunggu giliran untuk saya review. Hari ni saya nak review filem Malayalam berjudul HELEN.

Filem ni di lakon kan oleh Anna Ben, Lal dan Noble Babu Thomas. Anna Ben ni memang banyak berlakon filem2 Malayalam yang best2. Saya minat filem2 lakonan dia sebab dia cantik, comel dan bersahaja.




Untuk rating saya bagi 8/10. Rating agak tinggi juga sebab filem ni best, jalan cerita tak merapu, pelakon best dan plot dia tersusun je. Tak mengelirukan dan ending dia tak buat penonton tertanya-tanya.




Durasi filem cuma 1 jam 56 minit. Maknanya tak de la babak2 yang tak perlu dan boleh buat kita bangun pi tandas la, pergi bancuh milo la. Memang mata tertumpu kat filem ni saja.

Sebelum tu saya bagi sinopsis sikit untuk filem ni.



HELEN mengisahkan seorang gadis yang bekerja di restoran makanan segera. Dia berimpian untuk ke Kanada bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Dia ada sorang aya…

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN DI SYURGA

Salah satu cara paling berkesan untuk kekal istiqamah dalam beribadah dan melakukan kebaikan  ialah membayangkan tentang keindahan kehidupan di syurga yang kekal abadi. Waktu saya bersekolah dulu ustaz selalu bercerita tentang keindahan kehidupan di syurga dan kami semua akan mula membayangkan nya.



Sebab itu kita digalak kan untuk bercerita tentang syurga pada anak-anak kita. Ini untuk meransang dan mendorong mereka melakukan kebaikan untuk dunia dan akhirat.
Apa yang paling saya ingat, kata ustaz saya, kehidupan di dunia ni langsung tak sama dengan di syurga. Tak de satu pun benda yang sama di dunia ni akan ada di syurga. Jadi kalau kita membayangkan rasa bahagia di syurga tu, sebenarnya bahagia yang di syurga itu lebih lagi berbanding apa yang kita bayang kan.



Rasa gembira , bahagia, indah dan sebagai nya, semuanya lebih dari apa yang kita mampu bayang kan. Begitu lah apa yang sebenarnya digambarkan tentang syurga.
Kebaikan yang kita buat di dunia ni, tentu lah pengharapan kita unt…

INI YANG SAYA BUAT UNTUK TENANGKAN FIKIRAN DAN KEMBALI SIHAT

Alhamdulillah...

Sekarang jiwa makin tenang.. Tidur pun dah ok sikit la. Tak de memikir sampai tak boleh tidur malam. Walaupun letak-letak kepala mula la otak ligat berfikir benda yang bukan-bukan tapi saya fokus kan  untuk bertenang, tarik nafas, kira sampai seratus..



Lepas tu saya kedip2 kan mata banyak kali supaya mata cepat letih. Sambil2 tu layan drama korea, filem tamil, drama China.. Hehehe.. Lama2 mata mengantuk tak de dah nak fikir benda bukan2 sebelum tidur.

Memang la jauh dari sosial media ni, saya macam tak tahu isu semasa.. Tapi buat apa sibuk nak tahu isu semasa kalau fikiran tak tenang.Kan??




Apa-apa pun kena la utamakan diri sendiri. kadang-kadang tu saya buka juga facebook dan twitter. scroll juga untuk tengok cerita2 yang viral tapi bila terbaca saja komen yang tak elok, bergaduh, saling hina menghina cepat2 saya tutup dan sambung main candy crush .

Saya stress bila tengok benda2 macam tu. Walaupun tak de kena mengena dengan saya tapi bila tengok benda-benda gitu te…

CARA MEMBUAT SALAD PEDAS THAI ( YUM) YANG MUDAH DAN SEDAP

Banyak betul makanan Thai yang saya suka. Susah nak jumpa makanan Thai yang tak sedap. Kebanyakan makanan Thai ada rasa masam dan pedas. Sebab tu ramai yang suka. Rasa pedas dan masam buat selera kita terbuka. Salah satu makanan Thai yang sedap ialah Yum atau pun Salad Pedas Thai.



Saya tak pernah cuba membuat Yum tapi saya pernah makan Yum dan rasanya memang sedap. Sampai sekarang tertanya-tanya apa lah resepi membuat yum ni. Bila ada yang sudi berkongsi tips dan resepi membuat Yum atau Salad Pedas Thai ni, terus la saya catit dan simpan dalam blog ni.

Mungkin Boleh jadikan rujukan juga untuk pembaca lain yang nak mencuba membuat Yum.




Yum atau Salad Pedas Thai agak mudah dibuat namun nak mendapatkan rasa yang sempurna tu memang susah. Rasa Yum lebih kepada rasa Tom Yam. Tapi bezanya cuma Yum tidak berkuah.

Bahan Utama yang melengkapkan rasa Yum ialah perahan limau. Tapi yang membuatkan Yum ini memerlukan kemahiran ialah sukatan bahan yang sempurna dan tepat. Agak susah nak dapatkan r…

GAMBAR-GAMBAR LISA BLACKPINK SEBELUM PEMBEDAHAN HIDUNG

Bagi peminat Kpop mesti tak asing dengan nama Lisa dari Blackpink. Dia dikatakan antara wanita paling cantik di dunia. Gadis berdarah Thailand ni memang sangat di senangi oleh peminat-peminat kpop bukan sahaja kerana kecantikan nya malah dia seorang yang bersemangat dan ada karisma.
Baru-baru ni tersebar beberapa gambar Lisa yang membandingkan saiz hidungnya dahulu dan sekarang. Gambar yang dimuat naik oleh haters Lisa itu mendakwa Lisa pernah melakukan pembedahan plastik untuk mengubah keadaan hidungnya.
Walau bagaimana pun gambar-gambar tersebut bukan nya menjadi kecaman pada Lisa, malah peminat dan mereka yang melihatnya berasa kagum dengan perubahan hidungnya yang nampak semula jadi.



SEBELUM







SELEPAS




 Apa pun Lisa tetap cantik dan menawan. Semoga Lisa terus success dalam kerjayanya.


LAKSA TAK HABIS NAK BUAT APA? RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak-anak. 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang.Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa.

Bila dah masak laksa ni, benda biasa jadi bila ada laksa lebih yang tak habis. Kuah habis dulu dari laksa. Tak kan nak buang pulak laksa tu..kan?

Jadi saya buat laksa goreng yang simple ni.



Laksa goreng ni sedap bila laksa tu direbus sampai laksa betul2 lembut. Kalau korang rebus laksa tak berapa lembut atau guna laksa yang jenis liat sikit tu, memang tak berapa sedap la kejadian laksa goreng ni.

Kalau laksa lembut rasanya lebih kurang je macam kuetiow goreng.

Saya buat laksa goreng ni agak basah sikit. saya tak suka kering sangat. kalau korang suka yang jenis kering, masa tumis bahan tu tak payah la masuk kan air. tumis bahan lepas tu masuk kan je laksa dan masak sampai kering.




Jom baca semak resepi laksa goreng yang simple dan sedap.
Bahan-Bahan:

1 mangku…

APA ITU DEPRESSION, BIPOLAR DISODER, SOCIAL ANXIETY DISODER, OCD DAN ADD

Masalah kesihatan mental semakin membimbangkan di zaman sekarang ni. Baru-baru ni saya dengar di radio yang mengatakan , sosial media antara punca mengapa semakin ramai yang mengalami masalah kesihatan mental.



Sebab tu la sekarang ni saya dah semakin kurang menghabis kan masa di facebook, instagram atau pun twitter. Saya pun ada terfikir nak tutup semua akaun sosial media saya. Cuma bukan sekarang. Biarlah ianya perlahan-lahan.

Yang saya perasan, bila kurang layan sosial media ni, saya jarang-jarang diserang vertigo.
Saya ada hadapi masalah untuk tidur malam. Bila saya nak tidur je saya akan fikir pasal mati, pasal sakit, dan kalau ada masalah kecil je saya akan terus fikir sampai tak tidur.

Saya risau benda ni melarat sampai jadi Anxiety. Sebab tu saya kena buat sesuatu. Saya kena hidup bahagia , tak mau rasa serabut dengan masalah orang lain, tak mau sedih, dan saya nak fikir pasal diri saya dan keluarga saya je.




Baru-baru ni pakcik saya meninggal, saya jadi lebih tertekan dan siang…

ANAK RAJA PUN TAHU MEMASAK : INI SEBAB MENGAPA KITA MESTI BELAJAR MEMASAK

Anak dara saya dah umur 13 tahun. Waktu zaman saya dulu, umur 13 tahun dah boleh masak nasik, goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan buat gulai ikan. Setakat celur ulam, rebus telur tu, celah jari je la.



Tapi si Maisara ni umur 13, buka tudung periuk pun sambil menjerit, takut panas. Nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab ibu dia ni bukan bagi sangat dia ke dapur. Kalau saya memasak, saya suruh dia baca buku ke, jemur kain ke, kemas bilik ke.

Tak de la nak suruh masak pun. Tapi setakat ni kerja memasak yang dia tahu cuma masak nasik. Pernah la sekali dua dia goreng nugget.

Perlukah orang perempuan tahu memasak?

Bagi pendapat saya , Ya!orang perempuan kena tahu memasak. Bukan orang perempuan je. Lelaki pun kena tahu memasak. Selagi kau bernama manusia kau kena la tahu memasak. Kebanyakan orang bujang  yang rajin memasak ni, saya tengok dia sangat mudah menyimpan duit.

Tak de la sampai nak makan telur goreng pun kena beli.kan?




Tapi cara didikan tu yang buat ada setengah orang tak ta…

INI PUNCA MENGAPA CHINA INGIN MENGHAPUSKAN ETNIK UIGHUR

Hi semua..

Sekarang ni dimana-mana dah ramai orang bukan islam yang pandang serong dengan agama islam. Ada yang berani yang menghina agama islam secara terang-terangan. mereka dah tak takut kalau dikenakan sebarang tindakan lebih-lebih lagi orang bukan islam dari negara luar.



Di Malaysia ni tindakan tegas dikenakan pada sesiapa saja yang menghina agama lain. Tapi setakat yang saya tahu belum ada lagi tindakan dikenakan pada mana2 orang islam atas dakwaan menghina agama lain. Sebab di Malaysia ni orang islam lebih suka ambik tahu hal agama sendiri berbanding agama orang lain.

Tapi yang peliknya orang bukan agama islam pula yang buat "terokk" tentang agama islam. Agaknya kenapa mereka ni sibuk sangat dengan hal-hal agama islam ni?  kenapa bukan islam terlalu membenci agama islam?

Sebenarnya mereka ni bukan risau kalau-kalau ada anggota keluarga atau rakan mereka yang masuk islam tapi mereka rimas dengan sikap orang islam yang kadang-kadang melebih-lebih dan minta diberi keuta…

HANTAR SI NOPAL KE ASRAMA SK GANGGA

Minggu ni ramai anak-anak yang dah memulakan kehidupan di asrama. Anak saya memang tak duduk asrama sebab ibunya nak anak-anak berkepit  bawah ketiak selama diaorang masih kecil ni.Hahaha..

Nanti anak dah besar , dah kerja jarang dah nak dapat duduk dengan ibu ayah ni.Entah2 balik pun dah tak selalu.Lagi2 bila dah kawin..kan??So masa kecik ni duduk je dulu dengan ibu.Heheh..



Tapi anak saudara saya yang sorang ni memang kami tak sangka la dia nak duduk asrama. Umurnya baru 11 tahun. Tapi ibu dia galak kan juga lah.. Pertama sebab dia suka main phone. Asyik minta phone ibu dia. Duduk asrama ni tak de la phone. Boleh la main galah panjang petang-petang, bersukan dan waktu belajar dan waktu makan pun dah di tetapkan..

Tahun depan dah nak UPSR. so kena pulun sikit la. .

Tapi kata ibu dia , dia suka duduk asrama sebab ramai kawan.





Jujurnya kami ni sebenarnya sedih weh bila dia duduk asrama. Pertamanya dia anak bongsu. Bukan pernah jauh dari keluarga. Dia tido malam pun sebelah Angah  dia. …

INI YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG SAYUR KALE

Hi semua.
Bagi penggemar sayur atau yang mengamalkan diet sihat korang mesti cukup biasa makan sayur Kale. Daun nya nampak macam kerinting dan kalau di Malaysia ni ada yang panggil sayur ni Sayur Kailan Kerinting.

Harga nya tak la mahal sangat. Memang korang boleh dapatkan di banyak pasaraya kat Malaysia ni.Kalau kat pasaraya AEON tu memang ada la. Dekat pasar yang jual2 ikan tu mungkin tak banyak la dijual. Dan rasanya tak de jual pun.



Khasiat Sayur kale
Sayur ni dah ramai yang makin suka makan sebab dah tentulah kerana khasiatnya. Mengandungi 33 kalori untuk 1 cawan daun kale. mengandungi  protein, dan juga serat untuk membantu proses pencernaan.

Sayur kale juga mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin K, asid folat dan vitamin B yang penting untuk perkembangan otak, asid alpha-linolenic dan lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, lutein, zeaxantin, fosfor, kalium dan kalsium

Ada yang kata dah cari kat tesco, econsave tapi tak de, Bukan tak de tapi dah habis kot sebab sayu…