ZUL MUHAMMAD

REVIEW DAN SINOPSIS KDRAMA CHOCOLATE 2019

Hi semua..

Sekarang banyak betul Kdrama yang best-best. Tapi korang perasan tak genre kdrama ni macam bermusim jugak la. Sekarang dah makin kurang Kdrama dengan genre fantasy. Tapi lebih kepada cinta yang lebih serius dan matang.



Contohnya macam cinta dalam perkahwinan dan alam pekerjaan. Kalau beberapa tahun sebelum ni genre fantasy dan horror memang mendominasi di banyak saluran tv yang menyiarkan Kdrama.

So untuk Kdrama terkini yang sedang ditayangkan saya nak review sikit tentang Kdrama tajuk Chocolate. Drama ni dibintangi oleh Ha Ji Won dan Yoon Kye Sang.




Kalau korang masih ingat Ha Ji won ni pernah berlakon drama Secret Garden pada tahun 2010. Memang meletup habis drama tu. Sekarang umurnya dah 41. Tapi masih cantik tau.

Yoon Kye Sang pulak adalah bekas anggota kumpulan G.O.D dulu. Banyak drama2 yang dia berlakon cuma watak sampingan saja.

Ok..jom baca sinopsis Drama Chocolate 2019. Posting ini saya dah kongsikan di laman IG saya dan facebook. Cuma tak lengkap saja. So ini dia review lengkap Kdrama Chocolate.



SINOPSIS KDRAMA CHOCOLATE 2019

Apasal la drama best-best keluar 1 episod seminggu. Jenuh nak tunggu episod tiap2 minggu tau

Chocolate salah satu drama best. Ini drama cinta. Saya suka jugak tengok drama cinta2 ni. Asal jangan cinta budak sekolah dah la

Drama Chocolate bermula dengan kisah sorang budak lelaki (LeeKang) yang tinggal dengan ibu dia dan buka satu restoran tepi laut.

Satu hari datang sorang budak perempuan (ChaYoung) kat restoran dia dan dia kutip makanan yang jatuh dan makan. Leekang nampak kejadian tu dan dia pelawa budak perempuan tu makan kat restoran dia

Satu hari LeeKang dan mak dia terpaksa tutup restoran dan pindah ke Seoul. Chayoung datang dan tengok2 restoran dah tutup dan orang situ kata LeeKang dan maknya dah pindah. Sedih la ChaYoung

Bertahun kemudian bila masing2 dah dewasa, ChaYoung dah besar dia ternampak semula LeeKang kat hospital. Tapi LeeKang tak kenal dia



LeeKang jadi pakar bedah, dan yang sedihnya kawan baik LeeKang suka kat ChaYoung. Macam cinta 3 segi la

ChaYoung tak boleh terima keadaan tu dan bawak diri ke luar negara jadi tukang masak

Satu hari ChaYoung terjumpa semula LeeKang kat luar negara masa dia tengah sertai pertandingan memasak.

Rupanya LeeKang cari dia sebab nak suruh masak kan makanan kat kawan dia yang dulu jatuh cinta kat ChaYoung

Sebab kawan baik dia ni ada penyakit dan tak lama dah boleh hidup

Pendapat saya dan Review drama Chocolate:-

Saya suka drama ni sebab ada masak2. ChaYoung dan Leekang ni suka memasak. Tapi Chayoung je yang capai impian jadi chef. LeeKang terpaksa jadi pakar bedah sebab keluarga nya paksa. Nampak Ha Ji Won macam betul2 seorang Chef tau.

Cara dia pegang piping bag dan pegang alatan baking tu nampak jelas macam betul-betul mahir. tabik la kat Ha Ji Won. Mesti banyak latihan yang dia buat. Ingat senang ke nak guna alatan baking macam seorang pro.

Tapi agaknya mungkin Ha Ji Won betul2 minat baking selain berlakon, siapa tau..kan?

Drama ni baru episod 2. Part paling sedih masa kawan Leekang tu meluahkan perasaan kat ChaYoung, LeeKang ada je perhati diaorang



Lepas tu dia siap bawak bunga untuk ChaYoung sebab nak berkenalan la dengan bakal kekasih kawan baik dia. Padahal ChaYoung suka kat Leekang

Sedihnya sebab LeeKang macam tak kenal langsung kat ChaYoung.Tak tahu la dia pura2 tak kenal ke apa. Masa part ni sedih sangat tengok ChaYoung sebab dia macam terkejut dan tertanya-tanya sama ada Leekang kenal dia ke tak.


Mata dia pun dah berkaca sebab sedih. Kita yang tengok pun macam sedih sama. Saya percaya cerita ni mesti ada banyak babak airmata. Harap2 macam tu la sebab dah lama tak de Kdrama yang sedih macam drama Sad Love Story dulu..kan?

Ok.. setakat tu saja lah review saya untuk Kdrama Chocolate ni. Memandangkan ianya drama baru dan belum habis ditayangkan tak banyak yang saya boleh ceritakan.


.

Post a comment

0 Comments