TOP RESTAURENT'S TO CHECK IN PENANG, MALAYSIA

Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan pernah mendapat julukan Syurga Makanan. Tak hairan lah sesiapa yang datang ke Penang pasti mencari-cari tempat makan yang sedap malah penduduk disini juga masing-masing mempunyai tempat makan pilihan selera mereka sendiri. So korang jangan pelik apasal saya  ni susah sangat nak kurus.😭😭



Korang yang memang tinggal di Penang tahu la  banyak sangat makanan sedap-sedap. Kalau kau kata kat sana sedap, nanti ada la menyampuk bagitau kat sinun lagi sedap. Gitu lah betapa banyaknya restoran yang sedap-sedap di Pulau Pinang ni

Mungkin makanan-makanan disini ada terdapat di negeri lain juga tapi terdapat keunikan dan kelainan pada makanan tersebut apabila diberikan sentuhan unik menggambarkan negeri Pulau Mutiara ini.🏝

Sebab tu jangan kata "eleh..kat tempat aku pun ada makanan ni..πŸ˜’πŸ˜’" Memang la ada tapi rasa tak sama okay. Jom Saya nak perkenalkan beberapa restoran best yang korang patut cuba di Pulau Pinang ni.




Here are the best Restaurent that you need to check in Penang.

TOP RESTAURENT TO CHECK IN PENANG, MALAYSIA
1- Kopitan Classic Penang Delight (Sunway Perdana)
Terkenal dengan lebih 60 menu makanan yang menarik dan sedap ,  dan lebih 50 jenis minuman panas dan sejuk. Restaurent ini juga sangat  terkenal dengan layanan yang "friendly" oleh kakitangan nya.πŸ‘¨‍πŸ’ΌπŸ‘©‍πŸ’ΌπŸ‘¨‍πŸ’ΌπŸ‘©‍πŸ’Ό

Bila kau tak tahu nak makan apa, panggil je pelayan nya dan tanya apa yang diaorang boleh recomend kat situ. Bagitau korang suka makanan yang macam mana. Suka yang bergoreng ke, atau yang tak berminyak ke.. Diaorang akan cadangkan makanan terbaik untuk kita.



Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis Western food,  Pelbagai jenis Chicken Rice, Nasi Lemak dan banyak lagi makanan lain seperti Roti Bakar, Nyonya Delight dan snack dengan harga yang berpatutan. Korang patut mencuba Chicken Kushiyaki yang berharga rm8.16 sahaja untuk 1 set. Pasti ianya akan menjadi snack kegemaran setiap kali korang ke Kopitan Classic Penang Delight.

Restoran ini dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 11:30 malam.


2. BlackBall Desert House (Bukit mertajam)
kalau korang adalah penggemar desert wajiblah untuk ke Blackball Desert House yang terletak di Bukit Mertajam.  Restoran ini menyediakan pelbagai desert yang sedap dan menepati selera Asia yang menggemari manisan gabungan Jelly dan kekacang.🍧

Ni bukan ais kacang tau.Hahahh.πŸ˜‚πŸ˜‚. Yang ketul-ketul tu macam tepung yang kenyal-kenyal gitu. Saya pun tak tau dibuat dari apa. Rasanya dari tepung ubi atau tepung pulut la kot. Ada cincau sikit, jagung macam-macam la.




Antara yang menariknya ialah Classic Iced Desert yang terdapat Aloe Vera di dalam nya. Boleh pilih ye adik-adik, diantara 4 jenis Classic Iced Desert ni, Dalamnya di letak kan  mengandungi Matcha Jelly, Red Beans, Nata de Coco,  Sweet Corn dan banyak lagi.

Bayangkan bila sekali telan je sejuk je tekak ni. πŸ˜‹πŸ˜‹Tapi kalau korang tak suka yang sejuk diaorang ada jugak jual desert yang panas. Ala-ala macam makan bubur manis la kot. Korang kena try la pergi restoran ni. Tak rugi cuba tau.

Pelbagai jenis minuman juga disediakan dan salah satu yang patut anda cuba ialah Winter Melon Tea With Baby Balls.

Restaurent ini dibuka dari jam 12 tengahari hingga 12 malam.


3. Syed Bistro (Bayan Lepas)
Bagi penggemar Nasi Briyani korang wajib mencuba Nasi Briyani di Syed Bistro yang terletak di Bayan Lepas . Lamb Shank Bukhara Briyani adalah salah satu hidangan yang terdapat di Syed Bistro selain Chicken Bukhara Briyani dan Mutton Bukhara Briyani.
Ni sesuai la untuk yang mesti nak kena makan nasi. Biasa la bila Nasi Briyani ni dia punya hidangan memang sepinggan boleh makan berdua. Makan sorang boleh kenyang sampai malam. Makan malam kenyang sampai pagi.Giteeewww!!🀩🀩

Di sini juga terdapat juga pelbagai jenis Nasi Goreng dan minuman panas dan sejuk. Nasi Briyani di sini dimasak menggunakan beras Basmathi 1st gred .

Restoran ini dibuka 24 jam. Saya kalau pergi restoran gini mesti nak try roti ke, kebab ke.. Nasi ni saya kurang gemar sikit . Sebab tu saya ramping! kahkahkah..🀣🀣



4. Restoran Asmah Dan Jalal (Bukit Panchor)
Menghidangkan pelbagai hidangan nasi campur dengan menu kampung hinggalah masakan Thai seperti Ayam berempah, Kari ikan termenung, Nasi Goreng Pataya, dan makanan laut lain nya restoran ini kerap dikunjungi penduduk setempat dan dari luar.

Masuk restoran gini mesti lah nak makan makanan kampung. Saya mesti nak cari kerabu dan gulai. Lepas tu ikan goreng dan sambal belacan. ha Cukup!! Order sirap. Pegghhh! bila makan tak sedar mak mertua lalu kat belakang.



Untuk sarapan pagi restoran ni ada menyediakan Nasi lemak dengan aneka jenis lauk seperti Paru, Sambal ikan, Ayam berempah dan sambal udang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan setia restoran ini. Restoran  Asmah Dan Jalal berpengalaman luas dalam perniagaan makanan. Restoran ini dibuka sehingga jam 10 malam.


5. Firefly Jetty Cafe (Jeti Kelip-kelip Nibong Tebal)
Restoran yang mesra pelanggan sambil menjamu mata melihat keindahan sekitar jeti Kelip-Kelip. Nama pun jeti kelip-kelip.Mesti lah malam-malam boleh tengok kelip-kelip disini. Sangat sesuai dijadikan tempat pertemuan dan berkumpul dengan rakan-rakan.

Makanan yang dihidangkan juga panas-panas dan dah tentulah sedap. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis pasta, Nasi Ayam, Chicken Chop, finger food dan aneka jenis minuman panas dan sejuk.

Kalau korang pergi restoran ni akan nampak ramainya keluarga bawak anak-anak ke sini. sebab tempat ni santai betul.Bukan je makanan diaorang je yang sedap, mata pun dijamu jugak tau.



Saya cadangkan untuk korang mencuba GOLDEN SOFTSHELL CRAB iaitu hidangan ketam yang di goreng bersama tempura crumb, dihiasi dengan telur dan sos keju yang disajikan dengan salad hijau.

Restoran ini dibuka setiap hari untuk sarapan pagi dan ditutup setiap hari selasa.  Waktu operasi adalah dari jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Cemana?? Nak cuba restoran yang mana satu dulu? Kalau tak mau pergi ke restoran ni tapi nak rasa makanan yang dijual pun boleh. Kita kan ada food delivery Penang > by Foodpanda < yang bila-bila masa je bersedia menghantar makanan kegemaran korang sampai depan pintu.



Mudah betul sekarang ni nak makan pun orang boleh hantarkan. Tak cukup dengan pengahantaran ke rumah siap bagi diskaun pulak. Kalau macam ni memang hari-hari la guna food delivery. πŸ₯°πŸ₯°

Yang datang bercuti, duduk je dalam bilik hotel dan pesan je makanan dari restoran-restoran ni. Bila bercuti dengan masa singkat mana sempat nak jalan-jalan cari makan kat Penang ni. Betul tak..

Post a comment

3 Comments

  1. bila lah dapat repeat ke penang lagi, tak puas pergi sana sehari je

    ReplyDelete
  2. baru tahu sbb kalau balik penang memang duk bayang nasi kandar je, tak dan nk g kedai makan lain

    ReplyDelete
  3. Semua ni belum pernah singgah lagi. kot ter datang penang boleh cuba. tak pun order online foodpanda je mudah :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)