SUAMI JANGAN BERKIRA DENGAN ISTERI KALAU UPAH MENYUSU ANAK PUN ISTERI TAK MINTA

Hi semua..


Saya teringat masa baru-baru lahir kan anak pertama saya berpantang di kampung ada kawan mak saya datang rumah. Sembang punya sembang dia cerita la pengalaman masa dia lepas lahirkan anak. Tiap kali dia bersalin suaminya akan belikan hadiah untuk dia.

Selalunya belikan kain dan dia akan buat la baju kurung . Kemudian yang paling best suami dia akan bagi imbuhan atau boleh la nak kata upah sebab menyusukan anak-anak.

Best kan jadi ibu ni??

Saya yang dengar pun rasa macam nak minta je upah dan hadiah. Tapi tidak le saya minta.Hahahah..

Sebab saya fikir ni kan anak saya, tak kan lah saya nak minta upah menyusu kan anak pulak. Itu lah yang dinamakan tolak ansur.

Kalau kat Malaysia ni, cer korang minta upah menyuskan anak kat suami korang. Tak pasal-pasal orang kata "Ibu jenis apa ni..menyusu pun nak minta upah." sedangkan benda tu tak salah pun. Korang boleh je minta dan suami wajib bagi mengikut apa yang dipersetujui oleh korang suami isteri.

Tapi cuba korang fikir kalau bayar upah menyusukan anak ni dijadikan amalan orang perempuan. Atau pun amalan bayar upah menyusu ni jadi sesuatu yang biasa kat negara kita tentu tak sesekali akan ada yang fikir "ibu jenis apa dia ni.."

Kan??



Nanti ada pulak yang kata "apasal pulak nak kena bayar upah..Bukan ke suami dah bagi tempat tinggal, belikan barang dapur, bayar bil. Tak cukup lagi ke?

Kalau ada lelaki cakap macam tu sila tepuk dahi suami korang tiga kali dan hantar dia pergi kursus kahwin semula.Hahha..

Ramai kaum suami yang juga rasa berbangga bila dia tak payah keluarkan rm300 sebulan untuk beli susu formula.

"Alhamdulillah..Isteri saya menyusukan anak saya sampai usia anak saya  8 tahun. Jimat tak payah beli susu formula. Kadang2 saya pun tumpang sama.."

Tulis si suami dilaman facebook nya..

HAAHAHHAHA....

Jadinya pada suami-suami jangan lah berkira sangat dengan isteri tu. Upah menyusukan anak pun dia tak minta, apa lagi hadiah setiap kali melahirkan anak. kalau dia nak mengungkit ada banyak yang dia boleh ungkit.

Yang suami pulak, cadar katil terselak sikit pun dah complain kata isteri tak pandai mengemas, Bantal senget sikit pun dah buat muka macam raja yang murka, isteri masak sayur tumis je, goreng ayam dan sambal belacan pun kata isteri tak pandai masak.

Padahal suami pun ada je tak sempurna yang yang isteri boleh nak ungkit dan bersuara. Tapi dia tak buat.

Kenapa??

Sebab dia tahu apa itu tolak ansur. Dia terima saja apa yang suami nya bagi dan apa je keadaan suami. Kalau dia merungut pun dia ambik juga pemberian suaminya. Tak de pun dia campak ke tong sampah.

Bukan dia diam tu maknanya nya awak tu bagus. Tak de bagus nya. Kalau bercerai tengok dia susun satu buku awak punya keburukan.

Hahahah..

SUAMI JANGAN BERKIRA DENGAN ISTERI KALAU UPAH MENYUSU ANAK PUN ISTERI TAK MINTA SUAMI JANGAN BERKIRA DENGAN ISTERI KALAU UPAH MENYUSU ANAK PUN ISTERI TAK MINTA Reviewed by Diana Rashid on November 29, 2019 Rating: 5

No comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.