ZUL MUHAMMAD

KEDAI BIHUN SUP SEDAP DI BUKIT MINYAK PULAU PINANG - BIHUN SUP PAK HARUN

Hi semua. 

KEDAI BIHUN SUP SEDAP DI PULAU PINANG- BIHUN SUP PAK HARUN  Selalunya order bihun sup je. Tapi kali ni tekak nak makan mee sup pulak. Saya sendiri pun tak pernah makan kat kedai ni. Suami je yang selalu datang makan sini dengan kawan-kawan dia. Kali ni dia bawak bini dia pulak datang makan sini.






Hanya bini dia je yang boleh menentukan sama ada sup kat sini betul-betul sedap atau propa je. Hahaha.. Kedai bihun sup yang daging melimpah ruah ni namanya Kedai Bihun Sup Pak Harun terletak di Bukit Minyak.

Memang sentiasa ramai orang dan dibuka cuma pada hari bekerja. Sabtu Ahad tutup. tengahari pun ramai, petang pun ramai. Kalau nak datang masa tak ramai orang kena datang pagi la..dalam jam 9-10 pagi tu tak berapa ramai orang. Jam 4 petang biasanya diaorang dah nak tutup.

Tapi mana la tau kalau2 rezeki korang jam 4 dia masih buka.



Suami order bihun sup dan saya order mee sup. Ada disediakan dua sambal. Satu sos cili dan satu sambal kicap. Harganya pun berpatutan. Murah sangat la bagi saya. Dalam rm5 kot. Atau tak sampai rm5 rasanya. 

Saya pun lupa dah. Sebab orang yang bayarkan.Hahha.






Daging dia lembut sangat dan banyak. Sedap betul meratah daging.Kuah dia pun tak bau daging yang kuat. Lepas makan tak de pulak saya sakit kepala ke apa. Selalunya kalau sup daging macam ni orang akan letak serbuk perasa. Lepas makan saya akan pening dan tido. Hahah. Tapi Alhamdulillah makan mee sup sup di sini tak buat saya sakit kepala. Maknanya tak banyak la kot serbuk perasa yang diletak. 




Kedai makan biasa saja ye.  Jangan ingat kedai tertutup pulak. Tak de aircond tak de kipas. Pakai angin semulajadi je. Jangan nanti korang complain pulak kata tak de aircond. Hahahha.

Kalau korang nak cari kedai ni guna waze atau maps je. Cari je Kedai Bihun Sup Pak Harun. Letak nya sebelah BHP Bukit Minyak. Depan nya, seberang jalan ada kedai cat kereta. 

Post a comment

1 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)