KALI KEDUA BAWA AYU BALIK KAMPUNG


Macam ni lah Ayu bila masuk dalam kereta. Tak payah nak bawak sangkar sebab dia takut. Dia nak duduk dekat kita baru dia rasa selamat. Baru lah lena tidur nya kalau dekat dengan kita. 

Kalau tidak dia punya bising tu macam kena rotan tu. 






Baru2 ni bawak balik dia ke Kampung. Sebenarnya dah dua kali dia ikut balik kampung. Sekali masa dia kecik dulu. Masa tu letak dia dalam sangkar. Tak sampai masuk tol lagi terpaksa bawak keluar dia dari sangkar dan sepanjang jalan kena peluk je sebab dia takut.

Sejak tu tahu la dah dia memang nak dekat dengan kita je bila naik kereta. Tak payah susah2 nak usung sangkar.


Oleh sebab dah besar ni baru balik kampung lagi, dia macam takut2 je kat kampung. kat kampung pun banyak kucing lain. Tapi kucing2 kat kampung tak suka bergaduh dan jenis tak peduli kalau ada kucing lain.


So Ayu cuma banyak tidur je kat bawah meja tanpa gangguan. Tempat dia kat dapur je la. Ada kucing lain nak kawan pun dia tak layan pun.

Sombong sangat siapa nak kawan. Kawan sorang2 je la. lepas tu tengok kucing lain main kejar2 dia pun terjenguk-jenguk la nak main sama. tapi dah sombong semua kucing tak layan dia. Padan muka. Hahhaah..

Post a comment

3 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)