ZUL MUHAMMAD

JIMAT BETUL BELI ALAT TULIS DAN BAG SEKOLAH DI SHOPEE

Hi semua..

Cuti sekolah 2019 belum mula pun lagi tapi saya dah buat persiapan barang anak-anak untuk sekolah tahun 2020. Nampak tak perancangan tu kena buat awal sementara ada duit ni. Masuk bulan 12 sibuk dah nak bercuti la, nak pergi makan kenduri la. Semua tu pakai duit tau.

JIMAT BETUL BELI ALAT TULIS DAN BAG SEKOLAH DI SHOPEE 




Saya ni kalau bab belanja memang akan fikir untuk barang-barang yang penting dulu. Sekarang ni paling penting sekali ialah beli barang sekolah anak-anak. So yang itu lah yang kita buat dulu. Bila masuk bulan 12 nanti , nak pergi jalan-jalan ke, makan kenduri ke,  keluar duit lebih pun tak risau dah sebab persediaan anak-anak untuk sekolah kita dah siap sedia.

Tidak la nanti dah balik bercuti mula la serabut dengan baju sekolah anak tak beli lagi, kasut sekolah pun baru nak beli. Sedar-sedar hujung tahun duit tinggal rm50. Heheh.

Tak perlu cari masa lapang nak buat persiapan sekolah anak. Kita beli kat Shopee saja. Jimat masa dan tenaga. Hari ni dah sampai semua barang-barang yang saya order di Shopee.

alat tulis murah di shopee dan jimat


Semuanya adalah bag sekolah dan alat tulis. Alat tulis tu saya beli stock untuk setahun. Pembaris, pemadam , pensil warna dua kotak sebab pensil warna yang lama masih elok lagi.





Kemudian beli water colour untuk kakak, 1 dozen pen, pensil, pencil box. Tu je la. Benda lain semua nya masih ada masih elok. Pakai je la peralatan yang masih boleh pakai. Jangan ajar anak membazir. Yang saya beli semua ni pun akan digunakan bila yang dah lama2 tu dah habis atau rosak. Baru la boleh ambik yang baru ni ye anak-anak .

Semuanya  kosnya cuma rm130.

Bag sekolah murah dan berkualiti


Saya paling suka bag sekolah diaorang ni. Yang kakak punya ni dia ada pancil case, bag untuk letak telekung dengan bag untuk letak phone ni. Comel kan gambar kucing?? Mulanya mata ni berkenan dengan bag ni yang kaler pink. Tapi pasrah bila kakak bukan lagi baby girl. Dia nak kaler blue.

Tapi bila sampai je bag ni rasa gembira la sebab blue colour pun cantik. Yang ni harganya cuma RM33. Ada 6 colur lain nya.

Si adik pun nak bag sekolah blue jugak. Tapi mesti nak ada gambar car. jenuh jugak la mencari last2 berkenan dengan bag ni. Cantik tak?

Bag sekolah kanak-kanak yang murah dan berkualiti


Mula-mula sampai saya ingatkan bag ni kecik. Risau je takut buku tak muat. Bila dah buka baru nampak bahagian dalam nya luas. Ni dah masuk kan semua buku teks pun masih ada ruang untuk letak buku tulis.

Buku panjang yang macam nota sains tu pun muat tau. Bag ni ada saiz S, M, L . Yang ni saiz S. Sesuai untuk budak darjah 1 dan 2. Kalau anak korang darjah 4, 5 , 6 boleh la pilih saiz L. Besar sikit bag nya.

Bag sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak usia 8 tahun yang murah dan berkualiti


Saya tak mau la bag lebih besar dari Mikhail kesian dia macam nak pi berperang je. Yang ni sedang-sedang je. Harganya cuma rm36.80. Bahagian dalamnya banyak poket rahsia. Kawan-kawan nak mencuri pun jadi giveup sebab kena buka banyak poket. Hahahah.

Yang sekarang ni tinggal nak beli kasut sekolah dan baju sekolah Mikhail lagi sehelai. Sebab baju lama pun masih elok. Untung ye beli baju mahal sikit. Pastikan kualiti kain tu bagus. Biar tahan lama.


Baju sekolah kakak dah siap semua. So cadangnya sebelum awal bulan 12 baru nak beli kasut sekolah budak dua ketoi ni. Pilihan semestinya kasut Pallas. Saya suka kasut pallas ni sebab tahan lama. Korang boleh baca entry saya ni kenapa saya suka kasut Pallas.



Kasut sekolah tak boleh beli online sebab kasut kena saiz yang betul-betul tepat dan pastikan anak cuba pakai kasut tu, Suruh dia jalan dan lompat sikit. kalau dia selesa baru beli. Jangan pandai-pandai sendiri beli tanpa  sukat kaki anak. Bila anak menangis tak nak pakai kita jugak yang pokai sebab kena beli lain. Hahaah..

Kita dulu masa kecik2 lain la. Pakai je apa mak ayah beli walaupun kasut ketat ke, kasut longgar ke. Waktu bersukan boleh buka kasut , melompat kaki ayam je. Sekarang dah tak boleh.Bersukan mesti pakai kasut. Tak boleh berkaki ayam.

Post a comment

1 Comments

  1. Untung sekarang ada shoppee. Harga murah, mak ayah pun tak payah keluar masuk kedai. Tapi bab baju dan kasut tu saya setuju.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)