IKAN BILIS DAN KACANG TANAH GORENG -AIR TANGAN SUAMI

Hi semua..



Nampak ni.. satu balang ikan bilis dan kacang tanah goreng. Ni suami punya kerja ni. Semalam (ahad) dia pergi beli sarapan. Anak-anak nak makan nasi lemak.

Bersiap la dia nak keluar beli sarapan. Lepas 15 minit dia sampai rumah bukan main banyak pulak bungkusan di bawak nya. Nampak jugak ada bungkusan nasi lemak




Rupanya dia beli kacang tanah dan ikan bilis jugak. Terus dia kedapur. Letak kuali atas dapur. Tuang minyak. Panas je minyak terus digorengnya ikan bilis. Kemudian goreng kacang.

Sibuk sangat nampaknya ni. Pelik pulak pasaipa yang terlampau rajin ni. Seingat saya tak de pula guna jampi apa2 nak bagi laki rajin turun dapur. Hahah..

Saya pun ambik pinggan nak bagi Mikhail makan nasi lemak. Sekali suami cakap..

"Nanti dulu. Nasi lemak tu tak de kacang dan ikan bilis. Dah habis tadi. Ada nasi dengan sambal je. "


Patut la suami bukan main rajin goreng ikan bilis. Ingat kan nak goreng sikit je. Sekali satu balang di gorengnya.

Ha..lepas ni makan nasi bertambah la kita. Sebab ada ikan bilis dan kacang dah siap goreng. Hahah..



Suami saya ni kalau bab makan dia nak lengkap dan sedap. Dia sanggup bersusah payah asalkan dapat makan sedap tau.

Sebab tu dia rajin. Dia tak harapkan isteri je untuk buat benda2 macam memasak, basuh baju, jemur baju. Boleh kata kerja rumah kat rumah ni selalu jugak la dia yang buat.

Sebelum kawin pun dia memang rajin. Dia suka memasak dan dah biasa buat kerja2 rumah. Masa saya pantang lepas bersalin pun dia la yang masak sebelum pi kerja dan balik kerja. 🤗




Post a comment

2 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)