ZUL MUHAMMAD

GETARAN JIWA DENDANGAN PEMUZIK JALANAN DI PINGGIR JALAN BANDAR MELBOURNE AUSTRALIA INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERSENTUH

Lagu Getaran Jiwa dendangan asal oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan lah asing bagi rakyat Malaysia , Singapura, Indonesia dan Brunei. Lagu ini banyak dinyanyikan oleh ramai penyanyi lain dengan berbagai-bagai versi.


Kerana itu lah lagu ini tak pernah jemu didengar dan sehingga kini lagu ini ada peminat nya yang tersendiri. Seiring dengan waktu lagu ini tetap didengari oleh mereka yang berbeza era dan ada  sebagai halwa telinga.


Kepelbagaian  gaya nyanyian yang berbeza membuatkan lagu ini semakin dikenali oleh negara luar dan siapa sangka irama Lagu getaran Jiwa ini turut didengdangkan dipinggir jalan di Melbourne, Australia dan bagi rakyat Malaysia yang kebetulan berada disitu , ianya adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Video yang dikongsi oleh  Facebook Era (Malaysia), menunjuk kan sepasang  pemain muzik jalanan mendengkan kan lagu ini dengan nyanyian yang sangat merdu.




Video ini telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dan telah dikongsi di pelbagai platform sosial media.

Lagu Getaran Jiwa yang ditulis oleh S. Sudarmaji dan dinyanyikan oleh Allahyarham P Ramlee ketika dia memegang watak sebagai Ghazali dalam filem Antara Dua Darjat  yang ditayangkan pada tahun 1960 bergandingan dengan Allahyarhamah Biduanita Saadiah yang memegang watak sebagai tengku Zaleha.



Antara penyanyi yang pernah menyanyikan semula lagu ini ialah  Aisyah, Liza Hanim, Aisyah Aziz, KRU, Elizabeth Tan, Bittersweet, Shila Majid, Wan dan ramai lagi.

Ini bukan lah pertama kali lagu ini mendapat perhatian diluar Negara. Dipentas antarabangsa Irama Getaran Jiwa turut di dengdangkan Oleh Kitaro dalam salah satu persembahan instrumental yang bertajuk Dawn In Malaysia: getaran Jiwa.


Post a comment

1 Comments

  1. Versi paling unik lagu ni bagi saya adalah dendangan KRU. Apa pun lagu ni memang evergreen dan membai jiwa. Alfatihah untuk insan-insan seni yang telah meninggalkan kita

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)