ZUL MUHAMMAD

CARA GORENG IKAN MASIN SUPAYA RANGUP DAN TAK LIAT

Hi semua..
Saya bukan penggemar ikan masin. Tapi suami saya suka betul ikan masin. Padahal dia bukan makan ikan segar ni. Kalau seminggu mesti 3,4 kali dia nak saya gorengkan ikan masin.

Kalau boleh hari-hari dia nak ikan masin. tapi sebab saya ni sayang laki, tak mau dia kena darah tinggi ..tidak la saya nak gorengkan hari-hari kat dia. Biasanya kalau balik kampung saya di Beruas, dia akan beli ikan masin kedera.

Alah..yang sisik banyak tu. Yang tu saya pun suka jugak. Tapi kalau yang kering sekeping gitu saya tak suka. Keras dan rasanya kosong.


Contohnya macam ikan kering ni. Yang ni suami saya suka sangat nih. Dia siap beli dua bungkus. Ini ikan kering haruan. Dia beli kat Pendang. Kalau korang biasa dah dengan bendang, ikan haruan ni memang bendang tu tempat dia la. 






Harga dia tak la mahal sangat pun. Sebungkus ada dalam 3-4 ekor. Harganya rm5 je. Tapi agak masin sikit la. Mungkin sebab dia nak pastikan ikan ni tak hanyir. Sebab ni kan ikan darat. Ikan darat ni kalau buat ikan masin, tak kena gaya rasa hanyir tu akan ada lagi.


Disebabkan rasa masin tu . bila korang nak goreng, korang rendam la dulu ikan ni dalam air panas. Tak payah rendam lama-lama. Cukup dalam 5-6 minit saja.

Lepas tu basuh dengan air biasa. Tengok la bekas apa anak bertuah saya  guna untuk rendam ikan masin ni. Loyang kek diguna nya.. Aduhai la anak.. Hahha.



 Bila dah habis rendam dan basuh, korang potong dua atau potong 3 bahagia. supaya senang nak goreng. Kalau masuk kan sekor gitu susah pulak nak makan nya nanti. Ikan haruan ni besar jadi tak boleh dihabiskan kalau makan sorang.

Bila minyak dah panas masuk kan ikan. Saya suka masuk kan cili masa ikan dah hampir-hampir garing.

Ada orang tak tahu cemana nak buat ikan masin jadi garing dan tak liat. Cara saya mudah je. Saya akan masuk kan ikan bila minyak dah betul-betul panas. Api tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan..



Bila ikan dah agak perang , tutup api dan tolak ikan tu ke tepi kuali. Supaya dia tak tenggelam dalam minyak panas tu. Tolak ke tepi je. Tak payah angkat lagi. Lepas 5 minit baru angkat masuk kan dalam pinggan untuk dihidangkan.

Memang selalunya saya buat cara tu je. Ikan masin memang garing dan rangup. Tak kan liat punya lah. Nanti cuba tau.


Post a comment

2 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)