Skip to main content

BERCUTI SEMINGGU DI KAMPUNG - PERTAMA KALI MAKAN BUAH AJAIB

Hi semua..

Ayu

Saya balik kampung dan bercuti seminggu dengan anak-anak dan Ayu di kampung. Selama 9 hari di kampung memang jarang-jarang la online sampai tak update blog. Entry review konsert Gegar Vaganza Minggu ke 3 pun tak tulis sebab malas sangat.




Bukan nya tak de masa tapi bila dah duduk kampung tu lebih seronok isi masa dengan berehat, berbual dan mengusik anak-anak saudara kat kampung, Seronoknya sampai bila dah habis cuti pun jadi malas.



Suasana kat kampung memang nyaman dan tenang. Tengok la gambar ni. Penuh dengan pokok-pokok di keliling rumah. Ada pokok mangga pun tak boleh kait buahnya sebab tinggi sangat. Galah tak ada. Cuma mampu telan air liur je  la.



Dalam banyak-banyak pokok di kampung tu saya nak tunjuk sikit satu buah yang best ni. Buah ni namanya buah Ajaib. Kenapa namanya buah Ajaib? Sebab buah ni bila dimakan, apa saja benda masa yang kita makan selepas makan buah ajaib ni, akn menjadi manis dan sedap. Gambar atas ni kakak saya yang snap.


Sebab masa ni saya dah balik Penang. terlupa nak pi tengok pokok Buah Ajaib ni. Rupanya banyak yang masak. Aih..Ruginya. Kalau tidak boleh ambik sikit bawak balik.




Ni lah rupa buah Ajaib ni bila di gigit. Bahagian dalam nya ada biji. Korang biasa tengok tak? ni la pertama kali saya tahu kewujudan buah Ajaib ni. Ada banyak blog yang cerita pasal buah ajaib ni. Korang cari la baca khasiat dan cara tanam nya,

Pokok nya rendah saja. separas pinggang kita je.



Saya try makan buah Ajaib ni dengan mangga ni. Siapa pernah makan mangga muda yang bersabut ni mesti tau mangga ni memang masam ya amat. Tapi bila makan mangga ni jadi manis pulak sebab sebelum makan buah mangga ni saya dah makan buah ajaib.

Rasa buah Ajaib ni tak la manis sangat atau pun tawar sangat. Rasanya biasa je, ada rasa lemak2 sikit. Tak payah buang2 kulit. Gigit je terus. Biji nya tu keras sikit. Saya tak makan biji nya. Tak  tahu la boleh makan ke tidak.

Korang boleh cari kat kedai2 jual pokok mesti ada pokok ni.


Comments

  1. Buah ajaib? wow, Mekar pun first time tahu pasal buah ni

    ReplyDelete
  2. saya pun baru tau ni psl buah ajaib

    ReplyDelete
  3. First time tau kewujudan buah ajaib... Ok, nanti nak baca review khasiat buah Ajaib :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …