Skip to main content

BERAPA BANYAK AIR YANG SEPATUTNYA KITA MINUM SETIAP HARI.

Baru-baru ni saya terbaca tentang perdebatan beberapa pengguna twitter tentang jumlah air yang sepatutnya kita minum. Ini berikutan penjelasan seorang pengguna twitter yang menyarankan untuk kita minum air sebanyak mungkin. Menurut beliau minum banyak air mampu menurunkan berat badan.



Dia juga turut berkongsi pengalaman mmenurunkan berat badan selepas minum hampir 7 liter air setiap hari. Perkara tersebut mendapat tentangan ramai yang percaya tindakan lelaki tersebut hanya akan membahayakan nyawa kerana akan menyebabkan buah pinggang kita akan bekerja keras dan akan menyebabkan kerosakan.



Sebenarnya berapa banyak air yang kita patut minum setiap hari?


Berapa banyak jumlah air yang sepatutnya kita minum bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Jika kita kerap melakukan aktiviti lasak yang membuatkan kita lebih banyak berpeluh dan haus maka banyak lah air yang sepatutnya kita minum.

Namun jika kita tidak merasa haus atau rasa tidak perlu minum , maka tak payah lah minum. Namun kita digalak kan untuk minum 3liter air setiap hari bagi lelaki dan 2 liter bagi wanita. Ianya bukan lah satu ketetapan cuma kuantiti air yang digalak kan ini adalah yang bersesuaian dengan tubuh badan kita. jika tidak dapat minum sehingga 2-3 liter sehari cukup lah dengan mengambil air putih sebanyak 8 gelas sehari.

Kuantiti air yang diambil setiap hari bukan lah hanya tertakluk kepada air putih sahaja. Ianya mungkin air jus, sup , susu dan mungkin juga buah-buahan yang mengandungi banyak air.


Kesan buruk jika Minum air berlebihan.

Setiap organ dalam badan kita memerlukan air. Air membolehkan badan kita berfungsi dengan baik dari perut hinggalah ke kelenjar peluh. Minum air yang cukup meningkatkan fungsi otak kita  untuk mengekalkan maklumat dengan lebih cekap.

Sekiranya kita tidak minum air dengan mencukupi, badan kita akan menjadi kering, dan semuanya akan menjadi perlahan, ini boleh menyebabkan fungsi buah pinggang kita berkurangan dan  meningkatkan risiko jangkitan dalaman.




Namun minum air juga ada kesan buruknya jika ianya diambil secara berlebihan. Minum air berlebihan menjadikan buah pinggang terbeban dan ianya boleh menyebabkan elektrolit di dalam badan tidak seimbang.

Minum air terlampau banyak bukan penyebab kurus malah ianya  mungkin menyebabkan sawan. Cara nak kurangkan berat badan adalah dengan bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori.

Comments

  1. Iyer....buat apa apa pun..jgn berlebihan.

    ReplyDelete
  2. ramai salah faham bab ni sebab dalam makanan pun ada air. contohnya kuah dan sup. ambil berlebihan jenuhlah buah pinggang nak buat kerja

    ReplyDelete
  3. So far intake air saya setiap hari okay. Tapi senaman tuh lah susah sikit kot XD

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …